ekstrak semanggi merah
Ekstrak Semanggi Merah (Trifolium pratense) adalah sejenis tumbuhan berbunga yang boleh digunakan sebagai suplemen.

Pengenalan

Ekstrak Semanggi Merah (Trifolium pratense) adalah sejenis tumbuhan berbunga yang boleh digunakan sebagai suplemen. Semanggi Merah (Trifolium pratense) adalah sejenis tumbuhan berbunga. Seperti kacang kuda dan kekacang, ia dikategorikan sebagai legume. Semanggi merah mengandungi isoflavones iaitu sejenis phytoestrogen. Phytoestrogen mempunyai komposisis yang sama seperti estrogen, hormon wanita yang menolak menopaus.

Atas sebab itu, semanggi merah mungkin berkesan untuk simptom menopaus. Kadangkala, ia juga diambil bagi tujuan kehilangan ketumpatan, ruam panas, berpeluh malam atau kolesterol tinggi.

Semanggi merah boleh didapati dalam bentuk tablet, sebagai bahan tunggal atau dicampur bersama herba lain. Oleh kerana suplemen semanggi merah mempunyai pelbagai pengilang, adalah penting untuk membaca dos yang disyorkan pada label botol masing-masing dan berunding dengan doktor sebelum pengambilannya terlebih dahulu. Semanggi merah juga boleh didapati dalam bentuk teh.

Kegunaan Ekstrak Semanggi Merah

• Kolesterol tinggi di kalangan wanita. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan suplemen semanggi merah secara oral selama 3 bulan hingga satu tahun tidak mengurangkan kolesterol lipoprotein berkepekatan rendah (LDL atau kolesterol “buruk”) atau meningkatkan lipoprotein berkepekatan tinggi (HDL atau kolesterol “baik”) pada wanita yang mempunyai tahap kolesterol tinggi.

• Lemah tulang (osteoporosis). Beberapa kajian awal mencadangkan bahawa pengambilan semanggi merah setiap hari selama 6 bulan boleh meningkatkan ketumpatan mineral tulang dan kesihatan wanita yang telah menopaus. Walau bagaimanapun, kebanyakan bukti menunjukkan bahawa pengambilan semanggi merah tidak memperbaiki osteoporosis.

Keguguran rambut (alopecia). Kajian awal menunjukkan bahawa penggunaan produk gabungan yang mengandungi ekstrak semanggi merah boleh meningkatkan pertumbuhan rambut pada individu yang mengalami masalah keguguran rambut.

• Simptom kelenjar prostat yang membesar (benign prostatic hyperplasia, BPH). Kajian telah menunjukkan bahawa suplemen semanggi merah mungkin memperbaiki beberapa simptom BPH. Malah ia dilihat dapat mengurangkan masalah kencing malam dan meningkatkan kualiti hidup pada lelaki yang mengalami BPH. Walau bagaimanapun, suplemen semanggi merah didapati tidak memberi kesan pada kadar aliran air kencing, nilai antigen spesifik prostat (Prostate Specific Antigen) atau saiz prostat.

• Kanser payudara. Bukti awal menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak suplemen semanggi merah tertentu (Promensil) pada setiap hari selama satu tahun tidak meningkatkan ketumpatan tisu payudara, menunjukkan bahawa ia tidak dapat memberi kesan pada risiko kanser payudara.

• Kanser dinding rahim (kanser endometrium). Penyelidikan awal menunjukkan bahawa pengambilan suplemen semanggi merah tidak membantu mencegah kanser endometrium.

• Kesakitan payudara ketika haid. Terdapat beberapa bukti awal bahawa semanggi merah mungkin melegakan sakit payudara dan kelembutan payudara.

• Simptom menopaus. Terdapat penemuan penyelidikan yang bercanggah mengenai kesan semanggi merah bagi simptom menopaus. Kebanyakan kajian menunjukkan bahawa pengambilan teh semanggi merah secara oral sehingga satu tahun tidak mengurangkan simptom menopaus seperti hot flashes atau berpeluh pada waktu malam. Namun begitu, segelintir penyelidikan menunjukkan bahawa produk ekstrak semanggi merah tertentu (Promensil, Novogen) mungkin boleh mengurangkan keparahan simptom menopaus tetapi tidak berkesan terhadap kekerapan hot flashes. Walau bagaimanapun, kajian lain menunjukkan bahawa sejenis ekstrak semanggi merah (MF11RCE, Melbrosin International) mungkin memperbaiki simptom kebimbangan (anxiety) dan kemurungan yang berkaitan dengan menopaus.

• Keadaan pascamenopaus. Beberapa bukti awal menunjukkan bahawa ekstrak semanggi merah boleh memperbaiki segelintir keadaan sekunder yang berkaitan dengan pascamenopaus. Ia termasuklah mengurangkan tekanan darah dan memperbaiki tahap kolesterol dalam kalangan wanita menopaus. Walau bagaimanapun,ekstrak semanggi merah tidak berkesan untuk meningkatkan kemahiran berfikir.

Selain itu, lebih banyak bukti kajian yang  diperlukan untuk menilai manfaat ekstrak semanggi merah untuk kegunaan-kegunaan tersebut:

• Masalah pencernaan.

• Masalah paru-paru (batuk, bronkitis, asma).

• Penyakit jangkitan seksual (STD – Sexually transmitted disease).

• Sindrom Prahaid (PMS – pramenstrual syndrom).

• Masalah kulit (ketumbuhan kanser, luka terbakar, ekzema, psoriasis).

• Keadaan-keadaan lain.

Kesan Sampingan Ekstrak Semanggi Merah

Walaupun ekstrak semanggi merah adalah selamat untuk kegunaan jangka pendek, penggunaan jangka panjang mungkin boleh meningkatan risiko kanser dinding rahim.

Wanita mengandung atau menyusu dan wanita yang mempunyai kanser hormon sensitif perlu mengelakkan pengambilan ekstrak semanggi merah.

Interaksi Ekstrak Semanggi Merah

Ekstrak semanggi merah mempunyai kelebihan untuk menipiskan darah dan meningkatkan kesan ubat antikoagulan dan antiplatelet. Elakkan mengambilnya bersama ubat penipis darah seperti Coumadin (warfarin) dan berhenti mengambilnya sekurang-kurangnya dua minggu sebelum menjalani pembedahan.

Selain itu, suplemen ini juga boleh berinteraksi dengan pil perancang kehamilan oleh kerana fungsi isoflavon yang seakan hormon.

Ekstrak semanggi merah boleh menyebabkan kesan toksik sekiranya diambil dengan methotrexate, iaitu ubat yang digunakan untuk merawat beberapa jenis kanser dan untuk mengawal penyakit psoriasis atau artritis reumatoid.

Sekiranya anda mempertimbangkan untuk menggunakan ekstrak semanggi merah, pastikan anda berunding dengan doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan interaksi ubat-ubatan yang boleh menjejaskan keadaan anda.

– Interaksi Sederhana

Berhati-hati dengan kombinasi ini!

• Pil perancang kehamilan (ubat kontraseptif) berinteraksi dengan SEMANGGI MERAH

Sesetengah pil perancang kehamilan mengandungi hormon estrogen. Semanggi merah mungkin mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Namun begitu, semanggi merah tidak sekuat estrogen yang terdapat dalam pil perancang kehamilan. Mengambil suplemen ekstrak semanggi merah bersama pil perancang kehamilan mungkin mengurangkan keberkesanan pil perancang kehamilan. Sebaliknya, jika anda mengambil pil perancang kehamilan bersama semanggi merah, gunakan kaedah perancang kehamilan lain seperti kondom. Beberapa pil kawalan kelahiran termasuklah ethinyl estradiol dan levonorgestrel (Triphasil), etinyl estradiol dan norethindrone (Ortho -Novum 1/35, Ortho-Novum 7/7/7), dan lain-lain.

Estrogen berinteraksi dengan SEMANGGI MERAH

Sejumlah besar ekstrak semanggi merah mungkin mempunyai kesan yang sama seperti estrogen. Tetapi ekstrak semanggi merah tidak sekuat pil estrogen. Namun, mengambil ekstrak semanggi merah bersama pil estrogen mungkin mengurangkan kesan pil estrogen tersebut. Beberapa pil estrogen termasuklah conjugated equine estrogen (Premarin), ethinyl estradiol, dan lain-lain.

• Ubat yang diubah oleh hati berinteraksi dengan SEMANGGI MERAH

Sesetengah ubat diubah dan dipecahkan oleh hati. Semanggi merah mungkin mengurangkan kelajuan hati memecah ubat-ubatan. Mengambil Bunga Cengkih Merah bersama suplemen yang dipecahkan oleh hati boleh meningkatkan kesan dan kesan sampingan ubat-ubatan tersebut. Sebelum mengambil ekstrak semanggi merah, berbincanglah dengan ahli farmasi atau doktor anda jika anda turut mengambil ubat yang diubah oleh hati.

Sesetengah ubat yang diubah oleh hati termasuklah:

  • Substrat Cytochrome P450 1A2 (CYP1A2). Amitriptyline (Elavil), haloperidol (Haldol), ondansetron (Zofran), propranolol (Inderal), theophylline (Theo-Dur, lain-lain), verapamil (Calan, Isoptin, lain-lain), dan lain-lain.
  • Substrat Cytochrome P450 2C19 (CYP2C19). Omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Prevacid), dan pantoprazole (Protonix); diazepam (Valium); carisoprodol (Soma); nelfinavir (Viracept); dan lain lain.
  • Substrat Cytochrome P450 2C9 (CYP2C9). Diclofenac (Cataflam, Voltaren), ibuprofen (Motrin) , meloxicam (Mobic), dan piroxicam (Feldene); celecoxib (Celebrex); amitriptyline (Elavil); warfarin (Coumadin); Glipizida (Glucotrol); losartan (Cozaar); dan lain lain.
  • Substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4). Lovastatin (Mevacor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole ( Sporanox), fexofenadine (Allegra), triazolam (Halcion), dan banyak lagi.

• Ubat-ubatan yang memperlahankan pembekuan darah (ubat Antikoagulan/Antiplatelet) berinteraksi dengan SEMANGGI MERAH

Dos semanggi merah yang banyak mungkin boleh memperlahankan pembekuan darah. Oleh itu, ia tidak boleh diambil bersama ubat yang memperlahankan pembekuan darah. Sesetengah ubat yang memperlahankan pembekuan darah termasuklah aspirin, clopidogrel (Plavix), diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), dan lain-lain. ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), dan lain-lain.

Tamoxifen (Nolvadex) berinteraksi dengan SEMANGGI MERAH

Sesetengah jenis kanser dipengaruhi oleh hormon dalam badan. Kanser estrogen-sensitif adalah sejenis kanser yang dipengaruhi oleh tahap estrogen di dalam badan. Kebiasaannya, ubat Tamoxifen (Nolvadex) digunakan untuk membantu merawat dan mencegah jenis kanser ini. Namun begitu, semanggi merah didapati boleh mempengaruhi tahap estrogen di dalam badan. Dengan itu, semanggi merah mungkin mengurangkan keberkesanan tamoxifen (Nolvadex). Jadi, jangan ambil ekstrak Red Clover jika anda menggunakan tamoxifen (Nolvadex).

Dos Ekstrak Semanggi Merah

Dos semanggi merah yang berpatutan bergantung pada beberapa faktor seperti umur, kesihatan, dan beberapa keadaan lain. Pada masa ini masih belum ada maklumat saintifik yang mencukupi untuk menentukan dos yang betul-betul sesuai bagi ekstrak semanggi merah.

Ingatlah bahawa produk semulajadi tidak semestinya selamat dan dosnya adalah penting. Pastikan anda mengikuti arahan pada label produk dan berunding dengan ahli farmasi atau doktor anda sebelum menggunakannya.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-308/red-clover

https://www.verywellhealth.com/the-benefits-of-red-clover-89577

https://www.healthline.com/health/red-clover-menopause#red-clover

Summary
Article Name
Ekstrak Semanggi Merah
Description
Ekstrak Semanggi Merah (Trifolium pratense) adalah sejenis tumbuhan berbunga yang boleh digunakan sebagai suplemen.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: