edaftar menengah

Permohonan eDaftar Sekolah Menengah 2022 Online (APDM)Anda ingin daftar Sekolah Menengah? Bagaimana cara daftar kemasukan ke sekolah menengah secara online? Perhatian buat para guru atau admin sekolah di Malaysia yang ingin membuat (APDM) tahun 2022. Berikut dikongsikan Cara Permohonan eDaftar Sekolah Menengah 2022 Online buat rujukan anda.

Sedia maklum, eDaftar Menengah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh KPM yang digunakan dalam sistem aplikasi pangkalan data murid (APDM) untuk mendaftar murid Tahun Enam (6) memasuki Sekolah Menengah Tingkatan 1 dan Kelas Peralihan. Kesemua data murid ini diguna sama oleh semua sistem lain di KPM antaranya iaitu Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh dan lain-lain lagi.

Permohonan eDaftar Sekolah Menengah 2022 Online (APDM)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan cara Permohonan eDaftar Sekolah Menengah secara online:

Cara Permohonan eDaftar Menengah 2022 Online

BAHAGIAN A : Dibuat Oleh GPK HEM / Admin Sekolah

1. Buka Sistem Pengurusan sekolah (SPS).
Klik pengurusan murid.

2. Log in Admin

i. Taipkan Kod Sekolah (Huruf Besar) untuk Id Pengguna
ii. Kata Laluan “sekolah” jika tidak ditukar
iii. Klik HANTAR untuk Masok Aplikasi
iv. Pilih jawapan berdasarkan permintaan soalan dan tekan verify.

3. Paparan Muka Utama dipaparkan. Klik  eDaftar Menengah.

4. GPK HEM / Admin Sekolah perlu menyemak nama sekolah feeder menengah sebelum proses pendaftaran dibuat.

i. Untuk menyemak nama sekolah feeder.

ii. Paparan analisa murid yang telah mendaftar serta bilangan kelas tahun 6 dan nama guru kelas L
iii. Admin Sekolah (PK HEM) hendaklah “klik” dalam kota kecil tersebut setelah memastikan semua murid telah didaftarkan dan “klik” kotak Sahkan, untuk membuat pengesahan.

5. Pihak sekolah juga boleh mencetak senarai sepadu untuk simpanan sekolah

BAHAGIAN B : Dibuat Oleh Guru Kelas

i. Taipkan ID Penggunaka dan Kata Laluan.

ii. Klik pada butang Log Masuk.

iii. Paparan berikut akan keluar.

iv. Klik eDaftar Menengah.

2. Guru Kelas boleh mula mengisi permohonan berdasarkan yang dipohon oleh murid.

i. Guru boleh mula mengisi permohonan dengan klik butang di sini.
ii. Guru dikehendaki memastikan senarai murid mencukupi. Murid bukan warga tidak boleh memohon ke Tingkatan 1 melalui aplikasi ini.

3. Memulakan proses permohonan

i. Sila buat pilihan sekolah
ii. Nyatakan sebab pilihan ke sekolah berkenaan untuk memudahkan PPD membuat penempatan.
iii. Nyatakan jarak dari rumah ke sekolah.
iv. Isi maklumat-maklumat yang berikut bagi memudahkan pengurusan di sekolah menengah
v. Klik butang kemaskini untuk menghantar permohonan ini.

4. Permohonan luar feeder

Jika murid tersebut memilih untuk memohon diluar feeder, sila klik Pilihan Kedua – pilih ‘Luar Feeder ‘ untuk dikeluarkan senarai sekolah lain yang terdapat di luar feeder.

5. Paparan selepas permohonan dibuat

i. Murid yang telah memohon akan dipaparkan sekolah pilihannya.
ii. Sila buat proses seterusnya kepada murid-murid yang lain

6. Tambahan untuk SJKC dan SJKT Pengisian markah pemahaman dan Penulisan untuk Peralihan.

A. Tahun 4 dan Tahun 5 – Markah PKBS Akhir tahun
B. Tahun 6 – Markah Percubaan UPSR

7. Paparan admin sekolah

Admin sekolah boleh melihat bilangan murid yang telah selesai membuat permohonan.

8. Paparan PPD

PPD boleh memantau bilangan sekolah yang telah selesai membuat permohonan.

9. Paparan Negeri

Negeri boleh memantau bilangan PPD yang telah selesai membuat permohonan.

10. Paparan BPSH

BPSH boleh memantau bilangan negeri yang telah selesai membuat permohonan.

Login APDM 2022 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Login APDM 2022 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid) Bagaimana cara login masuk sistem APDM? Perhatian buat anda yang ingin ketahui cara login Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) secara online. Berikut dikongsikan Cara Login APDM tahun 2022 Online buat panduan anda.

Untuk makluman anda, Aplikasi Pangkalan Data Murid atau mudah dikenali sebagai APDM merupakan satu sistem pangkalan data murid secara dalam talian yang bertujuan menyimpan segala maklumat berkenaan murid yang akan digunapakai ketika mengisi aplikasi SAPS. Sistem ini yang juga dikenali sebagai Model Pengurusan Murid yang dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mengelakkan guru-guru daripada mengemaskini data berulang kali dalam sistem perkhidmatan online.

Login APDM 2022 Online (Aplikasi Pangkalan Data Murid)

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Cara Login APDM 2022 secara online termasuk cara kemaskini APDM:

Cara Login Masuk APDM 2022 Online

1. Layari Portal Rasmi Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online menerusi pautan seperti berikut:
KLIK  https://apdm.moe.gov.my/

2. Log masuk APDM dengan mengisi ID Pengguna dan Kata Laluan yang disahkan.

3. Klik pada butang ‘Masuk’ dan isikan maklumat kehadiran murid.

Fungsi Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

Berikut adalah fungsi-fungsi sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid:

1. Boleh membuat pendaftaran kelas baru bagi kemasukan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.

2. Mendaftarkan murid ke dalam kelas yang ditetapkan melalui senarai data murid dalam Tetapan Tahun 1, Tingkatan 1 dan Peralihan.

3. Menyemak maklumat murid jika ada perubahan.

4. Melakukan pindahan kelas.

5. Mengesahkan semua maklumat murid.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan APDM, boleh terus hubungi di;

BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN, Aras 3 & 4,  Blok E2 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.


Email : [email protected]

Semoga perkongsian Cara Login APDM tahun 2022 ini dijadikan rujukan buat anda semua.

Sumber:

1) https://www.semakanupu.com/2020/01/login-apdm-2020-online-aplikasi.html?m=1#gsc.tab=0

2) https://www.semakanupu.com/2020/01/permohonan-edaftar-sekolah-menengah.html#gsc.tab=0

3) https://upuonline.net/permohonan-edaftar-menengah-2019/

Tagged: