Ecotrin
Ecotrin adalah ‘salicylate’ yang digunakan untuk mengubati kesakitan, dan mengurangkan demam atau keradangan.

Pengenalan Ecotrin

Ecotrin adalah ‘salicylate’ yang digunakan untuk mengubati kesakitan, dan mengurangkan demam atau keradangan. Kebanyakan orang mungkin lebih mengenalinya dengan nama generiknya iaitu aspirin.

Kegunaan Ecotrin

Ecotrin atau aspirin digunakan untuk mengurangkan keadaan demam dan melegakan kesakitan ringan hingga sederhana bagi keadaan seperti sakit otot, sakit gigi, selesema biasa dan sakit kepala. Ia juga dapat digunakan untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak dalam keadaan seperti artritis.

Malah, ia juga dikenali sebagai ‘salicylate’ dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID). Ecotrin berfungsi dengan menyekat zat semula jadi tertentu di dalam badan  untuk mengurangkan rasa sakit dan bengkak. Tapi, pastikan anda merujuk doktor anda sebelum merawat kanak-kanak yang berumur kurang dari 12 tahun.

Selain itu, Ecotrin juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam artikel ubat ini.

Kesan sampingan Ecotrin

Bersama dengan kesannya yang diperlukan, aspirin (bahan aktif yang terkandung dalam Ecotrin) boleh menyebabkan beberapa kesan yang tidak diingini. Walaupun tidak semua kesan sampingan ini boleh berlaku, tetapi jika ia berlaku, individu mungkin memerlukan rawatan perubatan dengan segera.

Segera berjumpa doktor jika ada kesan sampingan berikut semasa mengambil Ecotrin:

  • Sakit perut, kekejangan atau rasa terbakar
  • najis berwarna hitam, lambat
  • air kencing berdarah atau keruh
  • perubahan dalam kesedaran
  • sakit dada atau rasa tidak selesa
  • kekeliruan
  • sembelit
  • sawan yang teruk atau berterusan
  • air kencing berwarna gelap
  • penurunan kekerapan atau jumlah air kencing
  • cirit-birit
  • sukar bernafas
  • mengantuk
  • pengsan
  • pernafasan yang pantas
  • berasa seperti sesuatu yang mengerikan akan berlaku
  • demam
  • keletihan dan kelemahan umum
  • sakit kepala
  • pedih ulu hati
  • peningkatan rasa dahaga
  • senak
  • degupan jantung tidak teratur
  • najis berwarna terang
  • hilang selera makan
  • kehilangan kesedaran
  • sakit di bahagian belakang atau sisi bawah badan
  • kekejangan dan kelemahan otot
  • gegaran otot
  • loya atau muntah
  • rasa gementar
  • rasa kebas atau kesemutan di tangan, kaki, atau bibir
  • panik
  • pernafasan dalam dan cepat
  • kegelisahan
  • sawan
  • ruam
  • kejang perut
  • pembengkakan pada muka, jari, atau bahagia kaki bawah
  • pendarahan atau lebam yang tidak biasa
  • keletihan atau kelemahan yang tidak biasa
  • muntah darah atau bahan yang kelihatan seperti kopi
  • kelemahan atau rasa berat pada bahagian kaki
  • kenaikan berat badan
  • mata dan kulit berwarna kuning

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap ubat ini jarang berlaku. Walau bagaimanapun, dapatkan bantuan perubatan segera sekiranya anda melihat gejala termasuk ruam, gatal/ bengkak (terutama pada muka / lidah / tekak), rasa pening yang teruk, kesukaran bernafas.

Ini bukanlah senarai lengkap kesan sampingan Ecotrin yang boleh berlaku. Sekiranya anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda.

Interaksi Ecotrin

Jangan ambil ubat ini dengan ubatan berikut:

  • Cidofovir
  • Ketorolac
  • Probenecid

Ubat ini juga boleh berinteraksi dengan ubat berikut:

  • Alkohol
  • Alendronate
  • Bismuth Subsalicylate
  • Flavokoksid
  • Suplemen herba seperti ‘feverfew,’ bawang putih, halia, ginkgo biloba, ‘horse chestnut’
  • Ubat untuk diabetes atau glaukoma Seperti Acetazolamide, Methazolamide
  • Ubat untuk masalah gout
  • Ubat-ubatan yang merawat atau mencegah pembekuan darah seperti enoxaparin, jeparin, ticlopidine, warfarin
  • Ubat aspirin atau ubatan seperti aspirin yang lain
  • NSAID, Ubat tahan sakit dan keradangan, seperti ibuprofen atau naproxen
  • Pemetrexed
  • Sulfinpyrazone
  • Vaksin langsung varicella

Senarai ini mungkin tidak menggambarkan semua kemungkinan interaksi yang boleh berlaku. Jadi, berikan senarai semua ubat-ubatan, herba, ubat-ubatan tanpa preskripsi, atau suplemen yang anda gunakan kepada penyedia perkhidmatan kesihatan anda. Juga beritahu mereka jika anda merokok, mengambil alkohol atau menggunakan ubatan haram. Beberapa item mungkin berinteraksi dengan ubat anda.

Kontraindikasi Ecotrin

Sebelum mengambil Ecotrin, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya; atau kepada ‘salicylates’ (seperti ‘choline salicylate’), atau kepada ubat tahan sakit atau pengurang demam lain (NSAID seperti ibuprofen, naproxen) ataupun jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Di samping itu, ubat ini tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan perubatan tertentu. Sebelum menggunakan ubat ini, berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi jika anda mempunyai gangguan pendarahan/ pembekuan darah seperti hemofilia, kekurangan vitamin K, jumlah platelet yang rendah.

Begitu juga sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan seperti penyakit buah pinggang, penyakit hati, diabetes, masalah perut (seperti bisul, pedih ulu hati, sakit perut), asma yang sensitif terhadap aspirin, pertumbuhan di hidung (polip hidung), gout, kekurangan enzim tertentu (pyruvate kinase atau kekurangan G6PD).

Seterusnya, Ecotrin boleh menyebabkan pendarahan perut. Penggunaan alkohol dan tembakau setiap hari, terutamanya apabila digabungkan dengan produk ini, boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapatkan kesan sampingan ini. Hadkan pengambilan minuman beralkohol, dan berhenti merokok. Dapatkan maklumat lebih lanjut dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Sebelum menjalani pembedahan, beritahu doktor atau doktor gigi bahawa anda mengambil ubat ini.

Ketahui juga bahawa kanak-kanak dan remaja berusia kurang dari 18 tahun tidak boleh mengambil aspirin jika mereka menghidap cacar air, selesema atau penyakit yang tidak didiagnosis ataupun jika mereka ada menerima vaksin baru-baru ini. Dalam kes ini, pengambilan bahan aspirin boleh meningkatkan risiko sindrom Reye, penyakit yang jarang berlaku tetapi serius. Beritahu doktor dengan segera jika anda melihat perubahan tingkah laku dengan simptom loya dan muntah yang mana ini mungkin merupakan tanda awal sindrom Reye.

Orang dewasa yang lebih tua juga mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan ubat ini, terutamanya pendarahan perut dan usus.

Ecotrin dan kehamilan

Ecotrin tidak digalakkan bagi merawat kesakitan atau demam semasa kehamilan. Ia boleh membahayakan bayi belum lahir atau menyebabkan masalah semasa kelahiran. Rujuk doktor anda sebelum menggunakan ubat ini jika anda hamil atau mencuba untuk hamil.

Dalam beberapa kes, Ecotrin dengan dos rendah (40-150 miligram sehari) boleh digunakan dengan selamat semasa kehamilan untuk mencegah keadaan tertentu. Bercakap dengan doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.

Tambahan pula, Ecotrin boleh menyerap masuk ke dalam susu ibu. Apabila digunakan dalam jumlah besar (seperti untuk mengubati sakit atau demam), ia boleh membahayakan bayi yang menyusu. Walau bagaimanapun, dos rendah bagi serangan jantung atau pencegahan strok boleh digunakan jika diarahkan oleh doktor anda. Tetapi, pastikan anda merujuk doktor anda sebelum menyusukan bayi dahulu.

Dos Ecotrin

Sekiranya anda mengambil ubat ini untuk rawatan diri, ikuti semua arahan pada pakej produk. Jika mempunyai sebarang pertanyaan, bertanyakan kepada doktor atau ahli farmasi anda.

Ambil ubat ini secara oral. Minum segelas air penuh (8 ons / 240 mililiter) dengannya kecuali jika doktor memberitahu anda sebaliknya. Jangan berbaring sekurang-kurangnya 10 minit selepas mengambil ubat ini. Sekiranya sakit perut berlaku semasa anda mengambil ubat ini, anda boleh mengambilnya dengan makanan atau susu.

Telan tablet secara keseluruhan. Jangan hancurkan atau kunyah tablet kerana ini menyebabkan sakit perut.

Dos dan tempoh rawatan adalah berdasarkan keadaan perubatan anda dan tindak balas terhadap rawatan. Baca label produk untuk mendapatkan cadangan mengenai berapa banyak tablet yang anda boleh ambil dalam jangka masa 24 jam dan berapa lama anda boleh merawat diri sebelum mendapatkan nasihat perubatan. Jangan ambil lebih banyak ubat atau mengambilnya lebih lama daripada yang disyorkan kecuali jika diarahkan oleh doktor. Gunakan dos berkesan yang paling rendah dan rujuk doktor atau ahli farmasi anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan.

Bagaimana jika anda terlepas dos?

Sekiranya anda mengambil ubat ini mengikut jadual biasa dan ketinggalan dos, ambilnya secepat mungkin. Sekiranya sudah hampir masa untuk dos anda yang seterusnya, hanya ambil dos tersebut. Jangan ambil dos berganda atau tambahan.

SUMBER

https://www.drugs.com/mtm/ecotrin.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-12051/ecotrin-oral/details

https://www.wellrx.com/ecotrin/drug-information

Summary
Ecotrin
Article Name
Ecotrin
Description
Ecotrin adalah ‘salicylate’ yang digunakan untuk mengubati kesakitan, dan mengurangkan demam atau keradangan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: