econazine
Krim Econazine digunakan untuk merawat jangkitan kulat yang berlaku pada kulit, alahan kulit, kurap, ruam gatal, alahan hidung, kulat kaki, alahan pada saluran pernafasan, alahan hidung dan keadaan-keadaan lain.

Pengenalan

Krim Econazine digunakan untuk merawat jangkitan kulat yang berlaku pada kulit, alahan kulit, kurap, ruam gatal, alahan hidung, kulat kaki, alahan pada saluran pernafasan, alahan hidung dan keadaan-keadaan  lain. Krim Econazine juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.

Krim Econazine mengandungi Econazole Nitrate dan Triamcinolone sebagai bahan aktif.

Krim Econazine berfungsi dengan cara mengganggu pembentukan membran sel kulat dan melemahkan struktur membrannya dan mengurangkan pengeluaran bahan kimia dalam badan yang boleh menyebabkan tindak balas alahan.

Kegunaan Econazine

Econazine atau Econazole digunakan untuk merawat pelbagai jangkitan kulat kulit seperti kulat kaki, gatal ruam, dan kurap. Ubat ini juga telah digunakan untuk merawat keadaan kulit yang dikenali sebagai pityriasis (tinea versicolor), jangkitan kulat yang menyebabkan kulit leher, dada, lengan, atau kaki menjadi kering atau gelap. Econazine adalah sejenis antikulat ‘azole’ yang berfungsi dengan mencegah pertumbuhan kulat.

Cara menggunakan Krim Econaine 

Sapukan ubat ini pada kulit sahaja. Bersihkan dan keringkan kawasan yang hendak dirawat terlebih dahulu sebelum menggunakannya. Sapukan ubat ini pada sekitar kawasan yang terjejas mengikut arahan doktor anda, biasanya sebanyak sekali atau dua kali sehari. Dos dan jangka masa rawatan bergantung pada jenis jangkitan yang anda alami. Jangan gunakan ubat ini dengan terlalu kerap atau lebih lama daripada tempoh yang ditetapkan oleh doktor anda.

Basuh tangan anda selepas menggunakan ubat ini kecuali di kawasan yang dirawat termasuklah tangan anda. Jangan membungkus, menutup, atau membalut kawasan yang disapu ubat kecuali jika telah diarahkan oleh doktor anda.

Jangan gunakan ubat ini pada mata, hidung, mulut, atau di dalam faraj anda. Sekiranya ubat ini terkena di kawasan tersebut, bilas dengan air sebanyak mungkin.

Gunakan ubat ini secara tetap seperti diarahkan oleh doktor bagi mendapatkan manfaat yang maksimum. Untuk membantu anda ingat, gunakan ubat ini pada masa yang sama pada setiap hari.

Terus gunakan ubat ini sehingga jumlah yang ditetapkan telah habis, walaupun simptom yang anda alami mungkin hilang setelah menggunakan ubat ini selama beberapa hari. Menghentikan penggunaan ubat ini terlalu awal mungkin boleh mengakibatkan jangkitan berulang.

Maklumkan kepada doktor anda sekiranya keadaan penyakit anda masih berterusan selepas 2 minggu rawatan (atau selepas rawatan selama 4 minggu untuk kulat kaki) atau jika keadaan anda semakin bertambah buruk.

Langkah Berjaga-Jaga & Amaran Penggunaan Econazine

Sebelum menggunakan ubat Econazine, maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengalami sebarang alahan terhadapnya atau alahan terhadap ubat jenis azole yang lain (seperti clotrimazole, ketoconazole, miconazole); atau jika anda mempunyai alahan terhadap ubat lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan tindak balas alahan atau masalah lain. Bercakaplah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda tentang sejarah perubatan anda.

Sebelum menjalani pembedahan, maklumkan doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda sedang gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi, dan juga produk herba).

Sewaktuhamil, ubat ini perlu digunakan hanya bila perlu diatas saranan atau nasihat doktor. Bincangkan risiko dan manfaat penggunaan ubat ini dengan doktor terlebih dahulu.

Adalah masih tidak diketahui sama ada ubat ini boleh masuk ke dalam susu ibu atau tidak. Sila rujuk kepada doktor anda sebelum menyusukan bayi.

Kesan Sampingan Econazine

Berikut adalah senarai kesan sampingan yang mungkin berlaku disebabkan oleh penggunaan semua bahan aktif yang terdapat dalam Krim Econazine. Bagaimanapun, ini bukanlah senarai yang komprehensif. Kesan sampingan ini mungkin berlaku, tetapi tidak selalunya berlaku. Sebahagian kesan sampingan mungkin jarang berlaku tetapi ianya dianggap serius. Berbincanglah dengan doktor anda jika anda mengalami kesan sampingan yang berikut, terutamanya jika kesan sampingan tersebut tidak hilang.

  • Ruam
  • Mengantuk
  • Gatal-gatal
  • Keletihan
  • Sensasi terbakar
  • Kemerahan
  • Pengecutan kulit
  • Glaukoma
  • Perubahan rasa atau bau
  • Katarak
  • Krim Econazine juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak disenaraikan di atas.

Sekiranya anda mengalami kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat perubatan. Anda juga boleh melaporkan kesan sampingan kepada pihak berkuasa pentadbiran makanan dan ubat tempatan anda.

Kontraindikasi Econazine

Kontraindikasi bagi Econazine adalah jangkitan kulit TB (Tuberkulosis), luetik atau virus.

Interaksi Econazine

Interaksi ubat boleh mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat yang mungkin berlaku. Jadi, simpan senarai semua ubat dan produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / ubat bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan kepada doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mulakan, menghentikan, atau mengubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Dos Econazine

Ubat ini mungkin berbahaya sekiranya anda tertelan. Sekiranya seseorang mengambil dos berlebihan dan mempunyai simptom serius seperti sesak nafas atau kesukaran bernafas, hubungi 999 atau segera hubungi pusat kawalan racun tempatan.

Jangan sekali-kali berkongsi ubat anda dengan individu lain.

Ubat ini hanya diberikan sebagai rawatan bagi keadaan semasa anda sahaja. Jangan gunakannya untuk kemudian hari untuk merawat jangkitan lain melainkan jika doktor memberitahu anda.

Semasa mengubati masalah pityriasis atau panau, ubat ini mungkin tidak akan mengembalikan warna normal kulit anda. Malah, ia mungkin memerlukan masa selama beberapa bulan selepas rawatan selesai untuk warna kulit semula jadi anda kembali.

– Jika terlepas Dos

Sekiranya anda terlepas dos, terus gunakan ubat sebaik sahaja anda teringat. Sekiranya menghampiri tempoh dos seterusnya, abaikan dos yang terlepas. Gunakan dos seterusnya mengikut jadual. Jangan gandakan dos.

SUMBER

https://www.tabletwise.com/singapore/econazine-cream

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-11726-592/econazole-topical/econazole-cream-topical/details

https://www.mims.com/malaysia/drug/info/econazine

Summary
Econazine (Jangkitan kulat) - Kegunaan, Kesan sampingan dan Interaksi
Article Name
Econazine (Jangkitan kulat) - Kegunaan, Kesan sampingan dan Interaksi
Description
Krim Econazine digunakan untuk merawat jangkitan kulat yang berlaku pada kulit, alahan kulit, kurap, ruam gatal, alahan hidung, kulat kaki, alahan pada saluran pernafasan, alahan hidung dan keadaan-keadaan lain. Krim Econazine juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: