Now Reading
Echolalia – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Jenis, Diagnosis, Rawatan

Echolalia – Simptom, Punca, Faktor Risiko, Jenis, Diagnosis, Rawatan

Echolalia

Individu yang mengalami Echolalia mengulang bunyi dan frasa yang mereka dengari. Mereka mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan berkesan kerana mempunyai masalah untuk mengekspresikan apa yang difikirkan. Contohnya, seseorang yang mempunyai masalah ini mungkin hanya dapat mengulang soalan berbanding menjawabnya.

Dalam kebanyakan kes, Echolalia adalah usaha untuk berkomunikasi, belajar bahasa, atau berlatih bahasa. Ia adalah berbeza dengan sindrom Tourette.

Individu yang mengalami keadaan ini tidak mempunyai kawalan terhadap apa yang mereka katakan atau bila mereka mengatakannya.

Simptom Echolalia

Simptom utama keadaan ini adalah pengulangan frasa dan bunyi yang pernah didengari. Individu tersebut mengulangi apa yang didengarinya sebaik sahaja mendengarnya.

Seterusnya, simptom ini juga boleh berlaku kemudian, iaitu selepas beberapa jam atau hari selepas mendengarnya.

Tanda-tanda lain yang mungkin berlaku termasuklah rasa kecewa, murung dan mendiamkan diri dalam perbualan. Individu yang mengalami Echolalia seperti cepat terasa atau cepat marah, terutama ketika diajukan soalan.

Punca Echolalia

Kanak-kanak dengan keadaan ini biasanya berkembang dengan normal pada mulanya, tetapi selepas kira-kira 18 bulan, anda mungkin menyedari bahawa pembesaran mereka adalah lambat atau mereka mudah lupa apa yang telah dipelajari, ataupun sentiasa mengulangi apa yang mereka dengar.

Bagi kanak-kanak autisme, tiada yang benar-benar mengetahui apakah yang menjadi penyebab Echolalia.

Sekiranya keadaan ini berlaku di kalangan orang dewasa, ia mungkin terjadi disebabkan oleh trauma hentakan pada kepala atau amnesia yang teruk dan memerlukan mereka untuk mempelajari kemahiran berbahasa mereka semula.

Faktor Risiko Echolalia

  • Kanak-kanak dengan masalah masalah berkomunikasi dan sukar mempamerkan ekspresi.
  • Kanak-kanak dengan autisme adalah sangat terdedah pada Echolalia.
  • Seseorang yang tertekan atau berasa cemas.
  • Orang dewasa dengan amnesia teruk atau trauma akibat hentakan kepala mungkin mengalami Echolalia ketika mereka berusaha untuk mengembalikan kemampuan bercakap mereka.

Jenis-Jenis Echolalia

Interactive

Berikut adalah beberapa contoh ‘interactive echolalia’:

  • Mengambil giliran

Ibu bapa bertanyakan kepada anak mereka yang mengalami Echolalia tentang apa yang dia lakukan pada hujung minggu ini. Kemudian dia menjawab dengan mengatakan  “jangan lupa memakai seluar renang anda”.

Dalam hal ini, pertanyaan itu dijawab dengan arahan yang diberikan untuk kegiatan yang dilakukan, bukannya menjawab pertanyaan tersebut.

  • Penyelesaian lisan

Ibu bapa memberitahu kanak-kanak untuk menggosok gigi kemudian dia membalas dengan ayat yang menandakan tugas telah diselesaikan dengan berkata, “gadis yang baik”..

  • Penyediaan maklumat

Ibu bapa bertanya kepada anaknya tentang apa jenis makanan ringan yang dia mahukan dan dia menjawab dengan menyanyikan bunyi daripada restoran makanan segera tersebut.

Dalam kes ini, mereka tidak berada di dalam kereta jadi tiada petunjuk bahawa makanan ringan yang mereka inginkan mempunyai perkaitan dengan restoran yang dituju atau jika mereka akan keluar untuk membeli makanan ringan tersebut.

Labelling

Berikut adalah beberapa contoh ‘labelling echolalia’.

  • Tidak fokus

Seorang kanak-kanak mungkin berjalan di sekitar bilik dan mengulangi apa-apa bahagian daripada rancangan TV yang didengari sebelum ini. Ia dianggap sebagai latihan perangsang diri.

  • Situation association

Kanak-kanak tersebut mungkin melihat sebiji epal dan mula membaca iklan berkaitan produk ‘Apple’.

  • Latihan

Kanak-kanak mungkin diajukan pertanyaan dan dengan nada perlahann, dia menjawab soalan itu kepada dirinya sendiri beberapa kali, kemudian secara langsung menjawab pada orang dewasa yang mengajukan soalan itu tadi.

See Also
tiktok

Diagnosis Echolalia

Doktor pakar boleh mendiagnosis dengan mengadakan perbincangan dengan individu yang mengalami Echolalia.

Sekiranya mereka mempunyai masalah untuk melakukan apa-apa perkara selain mengulang apa yang didengarinya, mereka mungkin mengalami Echolalia.

Sesetengah kanak-kanak autisme kerap diuji untuk keadaan ini semasa pembelajaran pertuturan mereka.

Tahap Echolalia diklasifikasikan daripada biasa sehingga serius. Doktor boleh mengenal pasti tahap dan menetapkan rawatan yang bersesuaian.

Rawatan Echolalia

Echolalia boleh dirawat melalui kombinasi kaedah berikut:

1. Terapi pertuturan

Intervensi tingkah laku yang disebut “cues-pause-point” sering digunakan untuk Echolalia tahap pertengahan.

Dalam rawatan ini, ahli terapi pertuturan akan meminta individu untuk menjawab soalan dengan betul dan memberitahu mereka bahawa signal akan diberi apabila tiba masanya untuk mereka menjawab.

Ahli terapi juga akan memegang kad isyarat dengan jawapan yang betul.

2. Ubat

Seorang doktor boleh memberi ubat anti-kemurungan atau ubat penenang untuk memerangi kesan sampingan. Namun, ubat ini tidak dapat merawat keadaan tersebut, tetapi membantu memastikan individu yang mengalami Echolalia untuk bertenang.

Kesan menenangkan ini dapat membantu mengurangkan keparahan simptom tertekan atau rasa cemas.

Sumber:

error: Content is protected !!