Dyslipidemia
‘Dyslipidemia’ berlaku apabila seseorang mempunyai tahap lipid yang tidak normal dalam darahnya.

‘Dyslipidemia’ berlaku apabila seseorang mempunyai tahap lipid yang tidak normal dalam darahnya. Walaupun istilah ini menggambarkan pelbagai keadaan, bentuk ‘dyslipidemia’ yang paling biasa melibatkan:

  • tahap lipoprotein berkepadatan rendah (LDL) atau kolesterol “jahat” yang tinggi
  • tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (HDL) atau kolesterol “baik” yang rendah
  • tahap trigliserida yang tinggi
  • tahap kolesterol tinggi, yang merujuk kepada tahap LDL dan trigliserida yang tinggi

Kolesterol LDL dianggap sebagai jenis kolesterol “jahat” kerana ia dapat menumpuk dan membentuk gumpalan atau plak di dinding arteri anda. Terlalu banyak plak di arteri jantung boleh menyebabkan serangan jantung. Sebaliknya, HDL pula adalah kolesterol “baik” kerana membantu menghilangkan LDL dari darah anda.

Ramai orang boleh mencapai tahap kolesterol yang sihat dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Namun, ada yang memerlukan ubat untuk mencegah masalah kesihatan tambahan.

Simptom Dyslipidemia

Anda mungkin mengalami ‘dyslipidemia’ tetapi tidak mengetahuinya. Seperti tekanan darah tinggi, kadar kolesterol tinggi tidak mempunyai gejala yang jelas. Ia sering dijumpai semasa anda melakukan ujian darah rutin.

Walau bagaimanapun, ‘dyslipidemia’ boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, yang boleh menjadi satu petanda. Tahap kolesterol LDL yang tinggi dikaitkan dengan penyakit arteri koronari (CAD), iaitu keadaan di mana berlakunya penyumbatan pada arteri jantung anda dan penyakit arteri periferal (PAD) yang merupakan penyumbatan pada arteri kaki anda. CAD boleh menyebabkan sakit dada dan mendorong kepada serangan jantung. Gejala utama PAD pula adalah sakit kaki ketika berjalan.

Kedua-dua CAD dan PAD boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang serius, termasuk serangan jantung dan strok. Gejala umum keadaan ini termasuk:

  • sakit kaki, terutamanya ketika berjalan atau berdiri
  • sakit dada
  • rasa sesak atau tekanan di dada dan sesak nafas
  • sakit, sesak dan tekanan di leher, rahang, bahu dan belakang badan
  • rasa senak dan pedih ulu hati
  • masalah tidur dan keletihan pada waktu siang
  • pening
  • jantung berdebar-debar
  • berpeluh sejuk
  • muntah dan loya
  • bengkak di kaki, pergelangan kaki, perut dan urat leher
  • pengsan

Punca Dyslipidemia

Beberapa perlakuan boleh menyebabkan keadaan ini seperti:

  • merokok
  • obesiti dan gaya hidup yang tidak tetap
  • pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak tepu dan lemak trans

Pengambilan alkohol yang berlebihan juga boleh menyumbang kepada tahap trigliserida yang lebih tinggi. Anda mempunyai risiko ‘dyslipidemia’ primer yang lebih tinggi jika salah satu atau kedua ibu bapa anda mengalami keadaan sama. Peningkatan usia juga merupakan faktor risiko bagi kadar kolesterol tinggi. Seterusnya, individu wanita cenderung mempunyai tahap LDL yang lebih rendah berbanding lelaki sehinggalah mereka masuk ke fasa menopaus. Dalam fasa ini, barulah tahap LDL mereka mula meningkat.

Keadaan perubatan lain yang boleh meningkatkan risiko ‘dyslipidemia’ anda termasuk:

Diagnosis Dyslipidemia

Ujian darah biasa yang memeriksa LDL, HDL dan trigliserida akan menunjukkan sama ada tahap kolsterol anda tinggi, rendah atau dalam tahap yang sihat. Nilai ini boleh berubah dari tahun ke tahun, jadi ianya bagus untuk melakukan ujian darah secara berkala. Sekiranya anda mengambil ubat untuk ‘dyslipidemia’, doktor mungkin mahukan anda menjalani ujian darah yang lebih kerap.

Pada dasarnya, anda memerlukan ujian kolesterol di mana seorang pakar penjagaan kesihatan akan mengambil sampel darah dari urat di lengan anda dengan menggunakan jarum kecil. Setelah jarum dimasukkan, sejumlah kecil darah akan dikumpulkan ke dalam tabung uji atau botol.

Ujian kolesterol biasanya dilakukan pada waktu pagi, jadi anda mungkin diminta untuk tidak makan atau berpuasa selama beberapa jam sebelum ujian berlangsung.

Anda juga dapat menggunakan kit ujian di rumah untuk menguji kadar kolesterol sendiri. Namun, ia adalah idea lebih baik untuk mendapatkan bacaan lebih tepat yang dibuat di klinik atau hospital oleh pakar perubatan terlatih.

Faktor Risiko Dyslipidemia

Beberapa faktor diketahui dapat meningkatkan kemungkinan ‘dyslipidemia’ dan keadaan berkaitan. Faktor risiko ini merangkumi:

  • obesiti
  • gaya hidup yang tidak aktif
  • kurang melakukan senaman fizikal secara berkala
  • penggunaan alkohol
  • penggunaan tembakau
  • penggunaan ubatan haram
  • jangkitan kelamin
  • diabetes jenis 2
  • hipotiroidisme
  • keadaan buah pinggang atau hati yang kronik
  • masalah pencernaan
  • usia lebih tua
  • diet yang kaya dengan lemak tepu dan trans
  • ibu bapa atau datuk nenek yang mengalami ‘dyslipidemia’
  • jantina di mana wanita lebih cenderung mempunyai tahap LDL yang lebih tinggi selepas menopaus

Rawatan Dyslipidemia

Seorang doktor biasanya akan memberi tumpuan untuk menurunkan kadar trigliserida dan LDL seseorang. Walau bagaimanapun, rawatan yang dilakukan boleh berbeza-beza bergantung kepada penyebab ‘dyslipidemia’ dan seberapa parahnya.

Malah, doktor juga boleh menetapkan satu atau lebih ubat pengubah lipid untuk individu dengan kadar kolesterol keseluruhan yang sangat tinggi sekurang-kurangnya 200 miligram per desiliter darah. Kadar kolesterol tinggi biasanya dirawat dengan statin, bagi mengganggu pengeluaran kolesterol di hati.

Seterusnya, doktor juga boleh menetapkan ubat kolesterol lain yang diambil sebagai ubat tambahan kepada statin atau sebagai pengganti statin. Terdapat banyak kebaikan dan keburukan yang harus dipertimbangkan ketika memilih ubat pengawal kolesterol sebegini.

Ubat bukan statin ini termasuk:

  • ezetimibe (Zetia)
  • fibrate, seperti fenofibrate (Fenoglide)
  • perencat PCSK9

Perubahan gaya hidup dan makanan tambahan juga dapat membantu meningkatkan tahap lipid darah yang sihat. Rawatan semula jadi merangkumi:

  • mengurangkan pengambilan lemak tidak sihat, seperti dalam daging merah, produk tenusu penuh lemak, karbohidrat halus, coklat, kerepek dan makanan bergoreng
  • bersenam secara berkala
  • mengekalkan berat badan yang sihat, dengan menurunkan berat badan jika perlu
  • mengurangkan atau mengelakkan pengambilan alkohol
  • berhenti merokok dan menggunakan produk tembakau yang lain
  • mengelakkan duduk untuk jangka masa yang lama
  • meningkatkan pengambilan lemak tak tepu yang sihat, seperti dalam kacang, bijian, ikan, biji-bijian dan minyak zaitun
  • mengambil minyak omega-3, sama ada dalam bentuk cecair atau dalam bentuk kapsul
  • makan banyak serat daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan biji-bijian
  • tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam setiap malam
  • minum banyak air

SUMBER

https://www.medicalnewstoday.com/articles/321844

https://www.healthline.com/health/dyslipidemia#symptoms

https://medlineplus.gov/lab-tests/cholesterol-levels/

Summary
Dyslipidemia
Article Name
Dyslipidemia
Description
‘Dyslipidemia’ berlaku apabila seseorang mempunyai tahap lipid yang tidak normal dalam darahnya. Seperti tekanan darah tinggi, kadar kolesterol tinggi tidak mempunyai gejala yang jelas.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: