Durian Belanda

Durian belanda adalah buah unik dan eksotik serta amat sesuai dan bagus untuk dibuat jus. Rasanya seperti gabungan nenas, berri dan sitrus serta mempunyai tekstur berkrim. Durian belanda adalah buah tropika yang unik, berasal dari Caribbean dan Amerika Tengah.

Ia mempunyai banyak nama termasuklah: –

  • Graviola
  • Guanábana
  • Guyabano
  • Mangga berduri
  • Epal kastard berduri

Sebenarnya, epal kastard berduri adalah penerangan yang tepat untuk durian belanda. Ia kelihatan seperti epal kastard besar dengan duri kecil diseluruh kulitnya (walaupun tidak tajam). Tetapi yang jelas, durian belanda dan epal kastard bukanlah buah yang sama.

Durian belanda sering digunakan untuk perasa ais krim, sorbet, dan gula-gula. Bar buah-buahan yang dibuat dari durian belanda sangat popular di Venezuela. Anda boleh membeli buah ini segar jika anda mempunyai akses kepada buah-buahan yang diimport di kedai runcit dan pasar berhampiran rumah anda.

Langkah-Langkah Penyediaan:-

Apabila durian belanda berwarna kuning-hijau dan agak lembut, ia sangat sesuai untuk dibuat jus. Terus terang saya katakan, jusnya ini sangat unik dari segi rasa! Fikirkan untuk mencampurkan sekali buah nanas dan buah berri. Ia sangat menarik!

Langkah 1: Kupas buah

Kupas buah sangat mudah apabila sudah masak. Yang harus anda lakukan hanyalah membuat potongan awal dan anda boleh mengupas kulit dengan tangan anda.

Langkah 2: Keluarkan bahagian keras

Buah ini mempunyai tekstur ringan tetapi bahagian tengahnya lebih keras. Anda tidak perlukan bahagian yang keras ini oleh itu potong bahagian tengahnya dan buang.

Langkah 3: Keluarkan biji

Biji durian belanda mengandungi sebatian yang disebut annonacin; yang dianggap sebagai neurotoksin. Dalam dos yang tinggi, toksin ini boleh merosakkan sistem saraf anda. Oleh itu, penting untuk membuang SEMUA biji.

Langkah 4: Kisar Pulpa

Dengan semua biji dikeluarkan, tambahkan pulpa pekat ke dalam pengisar anda dan kisar selama beberapa minit.

Sekiranya tekstur serat buahnya terlalu pekat, tambahkan sedikit air (seperempat cawan pada satu masa) dan terus kisar.

Sekiranya anda menambah sedikit air, jus anda akan mempunyai tekstur yang lebih tebal dan berkrim. Anda akan mendapat jus nipis yang bagus dengan lebih banyak air. Sesuaikan dengan pilihan anda.

Langkah 5: Maniskan dan perasakan

Semasa di dalam pengisar, tambahkan pemanis kegemaran anda ke dalam jus. Bagi yang suka manis, anda boleh menggunakan susu pekat manis untuk tekstur yang lebih pekat. Saya biasanya menggunakan setengah tin susu pekat ia juga boleh diganti dengan gula.

Tiada ada resepi khusus untuk jus durian belanda. Itu semua berdasarkan apa yang anda ada dan apa yang anda suka. Sesuaikan resepi agar sesuai dengan citarasa anda sendiri!

Selamat mencuba.

SUMBER

https://zenhealth.net/soursop-juice/

https://www.thespruceeats.com/soursop-juice-and-smoothie-recipe-2078388

Summary
Durian Belanda: Cara Simple Buat Jus Durian Belanda
Article Name
Durian Belanda: Cara Simple Buat Jus Durian Belanda
Description
Durian belanda adalah buah unik dan eksotik serta amat sesuai dan bagus untuk dibuat jus. Rasanya seperti gabungan nenas, berri dan sitrus serta mempunyai tekstur berkrim. Durian belanda adalah buah tropika yang unik, berasal dari Caribbean dan Amerika Tengah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: