duodenitis
Duodenitis adalah keradangan pada duodenum. Keadaan ini mungkin adalah simptom akut atau kronik. Keadaan ini selalunya boleh dirawat dan tidak menyebabkan komplikasi berpanjangan.

Duodenitis adalah keradangan pada duodenum. Keadaan ini selalunya boleh dirawat dan tidak menyebabkan komplikasi berpanjangan.

Simptom

Simptom biasa termasuklah:

  • Loya
  • Muntah
  • Perut rasa panas atau kejang
  • Sakit perut sehingga ke belakang
  • Ketidakhadaman
  • Mudah rasa kenyang sebaik sahaja mula makan

Punca

Punca duodenitis yang sering berlaku adalah disebabkan bakteria yang dipanggil Helicobacter pylori. Sebilangan besar bakteria yang menyerang perut atau usus kecil anda boleh menyebabkan keradangan.

Punca umum gastritis dan duodenitis yang lain termasuk penggunaan jangka panjang ubat-ubatan tertentu, seperti aspirin, ibuprofen, atau naproxen, atau minum terlalu banyak alkohol.

Sebab yang kurang biasa termasuk:

  • Penyakit Crohn
  • keadaan autoimun yang mengakibatkan atrophic gastritis
  • penyakit celiac
  • refluks hempedu
  • gabungan jangkitan virus tertentu – seperti herpes simplex – dengan sistem imun yang lemah
  • kecederaan trauma pada perut atau usus kecil anda
  • pernah menggunakan mesin pernafasan
  • tekanan yang teruk disebabkan oleh pembedahan besar, trauma badan yang teruk, atau hentakan
  • tertelan bahan atau racun kaustik
  • menghisap rokok
  • terapi radiasi
  • kemoterapi

Faktor Risiko

Sesetengah faktor meningkatkan risiko menghadapi duodenitis. Tidak semua orang yang mempunyai faktor risiko dhidapi duodenitis. Faktor risiko untuk duodenitis termasuk:

  • Ketagihan arak yang melampau
  • Penyakit Crohn (penyakit radang usus yang boleh menyerang bahagian usus)
  • Jangkitan H pylori
  • Mempunyai sejarah terapi radiasi
  • Penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang berpanjangan, seperti ibuprofen (Advil, Motrin), naproxen (Aleve), atau aspirin
  • Tekanan atau penyakit yang serius
  • Penggunaan tembakau

Diagnosis

Duodenitis mungkin didiagnosis dengan pelbagai kaedah tetapi yang paling tepat dan berguna adalah OGD (Oesophago-Gastro-Duodenoscopy).

Endoskopi yang fleksibel dimasukkan melalui mulut ke dalam perut dan duodenum. Keradangan boleh didiagnosis dan biopsi. Sampel kemudian diambil untuk pemeriksaan Helicobacter Pylori.

Rawatan

Duodenitis biasanya akan sembuh dengan terapi pemampatan asid selama enam minggu menggunakan ubat perenjat pam proton (Omeprazole, Esmoprazole dll) dan pembasmian Helicobacter Pylori (jika ada) dengan gabungan dua antibiotik selama seminggu.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/gastritis-duodenitis#treatments

http://sussexsurgical.co.uk/information.php?t=Duodenitis&s=Upper-Gastrointestinal-Surgery&id=101


 

Summary
Duodenitis - Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Duodenitis - Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Duodenitis adalah keradangan pada duodenum. Keadaan ini mungkin adalah simptom akut atau kronik. Keadaan ini selalunya boleh dirawat dan tidak menyebabkan komplikasi berpanjangan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: