dulang hantaran

Dulang hantaran adalah tapak atau tempat untuk meletakkan hantaran perkahwinan untuk diberikan kepada pasangan kita pada hari pertunangan.

Tema dan kesesuaian majlis pertunangan mahupun perkahwinan itu mempengaruhi jenis dulang. Hal ini kerana ada pasangan pengantin yang mahukan tema berkonsepkan tradisional, moden, hidden hantaran, kotak kayu ataupun dulang bakul rotan atau banyak lagi.

Masa untuk menggubah dulang hantaran itu bergantung kepada kreatif atau tidak seseorang individu tersebut. Jika sudah mempunyai tema pada hari pertunangan tersebut pasti singkat sahaja masa yang diperuntukkan untuk menggubah dulang hantaran.

Sekiranya anda sedang mencari idea untuk lakukan gubahan dulang hantaran, artikel ini adalah sangat tepat untuk anda. Di bawah ini terdapat 5 gubahan dulang hantaran mengikut tema yang boleh memberikan idea bagi bakal mempelai dalam mempersiapkan hari bahagia mereka.

1. Tradisional

Konsep tradisional merupakan konsep melayu asli bermula sejak dari zaman dulu lagi. Selalunya tema emas diraja, hijau gelap atau ungu dipillih kerana sangat sesuai dengan konsep melayu asli sejak zaman dahulu lagi.

Dulang hantaran tradisional ini telah menggunakan penampi dalam gubahannya merupakan contoh yang sesuai dengan konsep melayu asli.

Penggunaan penampi di atas dulang akan terlihat lebih unik sekiranya digabungkan dengan warna merah bunga ros atau bunga hydrangea. Kita juga boleh menggunakan bunga hidup supaya cantik mata memandang kerana kelihatan segar dan ini membantu untuk mencuri perhatian pada hari penting tersebut. Pertambahan tepak sirih tradisional akan meningkatkan lagi aura tradisional bagi menepati citarasa bakal mempelai.

2. Moden

Terrarium sering digunakan dalam konsep moden untuk gubahan dulang hantaran kerana kelihatan lebih mewah dan mahal. Bunga-bunga yang berwarna warni digunakan sebagai sifat untuk menunjukkan cinta antara dua orang sedang berbunga. Bunga kekwa yang digunakan membawa maksud kesetiaan dan pengorbanan dalam mengekalkan hubungan selama. Manakala, bunga ros ungu memberi maksud keikhlasan dalam bercinta untuk menerima sebarang kelebihan dan kekurangan pasangan.

Bunga lavender juga digunakan dalam gubahan dulang ini kerana memberi maksud cinta pandang pertama dan berjanji untuk menyayangi antara satu sama lain hingga akhir. Penggunaan terrarium adalah untuk meletakkan kotak cincin yang telah dipilih sebagai bukti satu ikatan telah dimeterai. Cincin itu nanti akan disarungkan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Maka itu lah bukti kasih antara dua orang manusia demi hidup bersama.

3. Hidden Hantaran

Hidden hantaran merupakan gubahan yang sesuai dengan pasangan yang mahukan privasi untuk tidak menampakkan barang di dalamnya untuk diberikan kepada pasangan masing-masing. Kini trend hidden hantaran kembali hangat pada zaman kini walaupun hidden hantaran ini telah digunakan sejak zaman nenek moyang lagi.

Kerja lebih mudah dan senang jika anda menggunakan hidden hantaran ini kerana tidak perlu fikir untuk mendekorasi agar kelihatan menarik. Hanya perlu fikir cara lipat menggunakan beberapa jenis kain seperti kain chiffon, satin mahupun organza atau batik. Batik juga merupakan simbolik melayu tradisional yang tidak pernah gagal mencuri perhatian kerana reka bentuknya yang unik serta penggunaan warna-warna yang menyerlah.

4. Kotak Kayu/Pallet

Untuk kelihatan lebih hipster, anda sangat disarankan untuk menggunakan kotak kayu/pallet kerana gubahan ini kelihatan lebih simple atau lebih tepat lagi ala-ala ‘garden’. Tapi ini semua terpulang kepada sang pengantin itu sendiri. Bunga tangkai, grass carpet dan poliform adalah antara peralatan yang digunakan semasa melakukan gubahan.

Barang-barang atas dulang akan kelihatan tinggi dan kemas kerana diletakkan poliform sekali pada bahagiann bawah. Kayu pallet ini akan memberikan aura seni ketulenan kayu yang mempamerkan simbol kekuatan dan tidak dilupakan juga simbol alam semulajadi.

5. Dulang Bakul Rotan

Dulang bakal rotan merupakan antara idea dulang hantaran yang mudah untuk dibawa kerana mempunyai tangkainya sendiri jadi lebih selamat untuk dibawa dan dipegang. Tambahan pula, dulang bakul rotan ini mempunyai pelbagai saiz mengikut kesesuaian barang hantaran yang dibawa. Jadi pengantin mempunyai pilihan dalam membuat keputusan sesuai dengan barang hantaran yang telah dibeli.

Bakul yang digunakan mestilah tidak besar atau tidak kecil dengan barang hantaran supaya tidak kelihatan janggal. Dulang bakul rotan juga tidak mahal harganya. Serta boleh dibeli di kedai yang menjual barangan pengantin. Pengantin mestilah bijak dalam mengatur perbelanjaan aga tidak lebih berbelanja.

Jadi anda sudah melihat 5 jenis gubahan dulang hantaran mengikut tema. Ada apa-apa yang telah menarik perhatian anda? Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam merancang hari bahagia! Semoga berkekalan ke anak cucu!

SUMBER:

1) https://www.pesonapengantin.my/apa-yang-bakal-pengantin-kena-tahu-bila-nak-bagi-dulang-hantaran/

2) https://www.pengantinbaru.com.my/dulang-hantaran/

Summary
Dulang Hantaran: Idea Gubahan Yang Menarik !
Article Name
Dulang Hantaran: Idea Gubahan Yang Menarik !
Description
Dulang hantaran adalah tapak atau tempat untuk meletakkan hantaran perkahwinan untuk diberikan kepada pasangan kita pada hari pertunangan.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: