Drypers Toiletries

Drypers toiletries adalah produk drypers lain yang menawarkan rangkaian produk penjagaan mandian bayi yang paling bestnya ia dirumus dengan bahan-bahan semulajadi. Selain daripada lampin pakai buang produk ini juga keluaran Drypers yang popular di pasaran. Bahan utama yang digunakan dalam rangkaian produk penjagaan bayi drypers ini ialah ekstrak isirung oat semulajadi, Provitamin B5 dan Baby Friendly Fragrance.

Bahan dalam rangkaian produk penjagaan bayi drypers toiletries ini ialah:

1. Ekstrak isirung oat semulajadi

Ekstrak kernel oat merupakan diantara bahan-bahan utama dalam produk penjagaan bayi drypers. Ekstrak kernel oat ini digunakan kerana ia sudah lama dikenali sebagai agen yang mampu memberi ketenangan kulit.

2. Provitamin B5

Provitamin B5 sering didapati dalam semua produk penjagaan bayi Drypers dirumuskan kerana sifatnya yang mampu bertindak sebagai pelembap, yang berupaya untuk mengekalkan hidrat kulit, licin dan sihat.

3. Baby Friendly Fragrance

Ibu bapa juga tak perlu risau untuk menggunakan produk ini kerana Drypers telah menyediakan produk yang sesuai untuk bayi. Produk penjagaan mandian Drypers mengandungi bahan-bahan wangian Baby Friendly Fragrance yang diluluskan oleh Persatuan Fragrance Antarabangsa (IFRA)

Antara produknya ialah:

Drypers Baby Head to Toe

Produk ini menarik dan menjimatkan kerana ia boleh digunakan untuk mencuci seluruh bahagian tubuh si manja head to toe seperti namanya, bermula daripada kepala hinggalah ke jari kaki. Mandian ini kaya dengan ekstrak Isirung Oat, Provitamin B5 dan wangian lembut mesra yang sesuai untuk bayi, ianya merupakan produk bernilai hebat.

Cara Penggunaan: Membubuh di atas kain yang lembut, mengurut secara lembut di atas kulit dan rambut sehingga berbuih, kemudian membasuh dengan air. Ia juga sesuai digunakan oleh bayi yang baru lahir.

Saiz pek: 220ml & 750ml

2. Drypers Baby Head to Toe dengan Ekstrak Avokado & Isirung Oat

Diperkaya dengan ekstrak Avokado untuk membantu melembutkan rambut dan melembapkan kulit bayi anda. Digabungkan dengan ekstrak Isirung Oat, Provitamin B5 dan bau yang lembut. Ianya tidak memedihkan mata serta menjadikan kulit bayi anda berasa licin dan lembap.

Cara Penggunaan: Bubuh di atas kain yang lembut, mengurut secara lembut di atas kulit dan rambut sehingga berbuih, kemudian membasuh dengan air. Ia juga sesuai digunakan oleh bayi yang baru lahir.

Saiz pek: 220ml & 750ml

3. Drypers Baby Head to Toe dengan Kompleks Buah-buahan

Drypers Baby Head to Toe yang baharu diperkaya dengan ekstrak tomato, lemon, limau gedang dan bilberry untuk melembapkan rambut dan kulit anak anda secara semula jadi. Digabungkan dengan ekstrak Isirung Oat, Provitamin B5 dan bau yang lembut. Ianya tidak memedihkan mata serta menjadikan kulit bayi anda berasa segar dan nyaman.

Cara Penggunaan: Bubuh di atas kain yang lembut, mengurut secara lembut di atas kulit dan rambut sehingga berbuih, kemudian membasuh dengan air. Ia juga sesuai digunakan oleh bayi yang baru lahir.

Saiz pek: 220ml & 750ml

4. Drypers Baby Bath

Mandian bayi ini diperkaya dengan ekstrak Isirung Oat dan Provitamin B5, menjadikan kulit si manja sentiasa lembut dan lembap. Sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir.

Cara Penggunaan: Sapu di atas kain basah yang lembut, urut secara lembut di atas kulit dan rambut sehingga berbuih. Bilas dengan air. Juga sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir.

Saiz pek: 220ml & 750ml

5. Drypers Baby Shampoo

Formula bebas tangisan ini lembut dan menjadikan rambut si manja sihat dan rapi. Ekstrak Isirung Oat melembapkan dan wangian lembut mesra yang sesuai untuk bayi menenangkan si manja. Belailah rambut si manja anda dan nikmati setiap detik indah bersamanya.

Cara Penggunaan: Sapukan pada rambut yang basah dan urut dengan lembut sehingga berbuih. Bilas dengan air. Juga sesuai digunakan untuk bayi yang baru lahir.

Saiz pek: 220ml & 750ml

Kesimpulannya, Drypers Baby Toiletries sangat disyorkan kepada bayi kerana ianya diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Selain itu, tahukah anda Drypers memberikan anda mata ganjaran melalui Drypers Baby Club. Anda hanya perlu kumpul point dan dapat menukarnya dengan produk Drypers.

Summary
Drypers Toiletries Untuk Si Manja Anda
Article Name
Drypers Toiletries Untuk Si Manja Anda
Description
Drypers juga menawarkan rangkaian produk penjagaan mandian bayi yang dirumus dengan bahan-bahan semulajadi. Bahan utama yang digunakan dalam rangkaian produk penjagaan bayi drypers ini ialah ekstrak isirung oat semulajadi, Provitamin B5 dan Baby Friendly Fragrance.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: