Drypers ClassicPantz

Drypers adalah jenama lampin bayi yang terkenal dikalangan ibu bapa kerana ianya sangat universal. Bukan sahaja sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah bayi yang mempunyai kulit kering dan sensitif malahan, ia juga terdapat dalam pelbagai jenis harga yang bersesuaian.

Drypers Classicpantz antara produk yang Drypers keluarkan untuk memudahkan urusan ibu-ibu kerana senang dipakai dan mempunyai lapisan yang cepat serap. Oleh itu, ianya sangat membantu ibu diluar sana kerana tidak lagi risau bocor. Ianya terdapat saiz M, L, XL dan XXL.

Kebaikan Drypers ClassicPantz

  • Mempunyai fungsi Self-Cool CoverTM yang sangat berguna untuk melepaskan haba dan lembapan secara semulajadi melalui liang mikro dengan 100% lapisan telus udara yang membolehkan peredaran udara untuk memastikan kulit bayi sentiasa kering dan nyaman walaupun dalam cuaca yang panas.
  • Memmpunyai SkinDRY Layer menyebabkan ianya cepat menyerap dan menyalur urin dengan sekata untuk memastikan kulit bayi sentiasa kering dan selesa. Jadi anak anda tidak akan kehilangan mood dan tidur tidak terganggu.
  • Reka bentuk khasnya memberi keselesaan dan amat sesuai untuk kegunaan setiap hari.
  • Mempunyai Pelindung Tahan Bocor kemas dan ianya selesa pada kaki si manja untuk mencegah kebocoran.
  • Flexi-Fit™ merupakan elastik pinggang khas yang memberi keselesaan untuk si manja anda. Nyaman dan lembut, si manja anda dapat bergerak dengan lebih senang, dan lebih selesa.

Cara pengunaan Drypers ClassicPantz:

Cara penggunaannya adalah semudah 1,2,3! Ikuti langkah-langkah mudah di bawah:

  1. Pakai Drypers seperti memakai seluar.

2. Untuk menanggal, koyak cantuman di kedua-dua sisi.

3. Gulungkan lampin yang kotor, lekat dengan Pita Lekat & Buang.

Kesimpulannya, anda perlu bijak memilih diapers yang sesuai untk bayi anda. Ini untuk memastikan diapers yang anda belikan itu sesuai dengan kulit anak anda. Jika bayi anda kerap kencing, jangan risau kerana diapers jenama drypers ini mempunyai lapisan penyerap yang lembut serta dapat menyerap najis dan air kencing tanpa melekit di kulit bayi. Ini akan membolehkan bayi anda berada dalam keadaan yang selesa walaupun telah lama memakai lampin.

Tambahan pula tahukah anda, Drypers memberikan anda mata ganjaran melalui Drypers Baby Club. Anda hanya perlu kumpul point dan dapat menukarnya dengan produk Drypers.

Summary
Drypers ClassicPantz Lampin Terbaik Untuk Bayi Anda
Article Name
Drypers ClassicPantz Lampin Terbaik Untuk Bayi Anda
Description
Drypers Classicpantz memudahkan urusan ibu-ibu kerana senang dipakai dan mempunyai lapisan yang cepat serap.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: