Dr Wu Lien Teh
Satu fakta menarik tentang topeng muka N95 yang tidak ketahui adalah ia direka oleh Dr Wu Lien Teh, warganegara kita sendiri pada tahun 1879.

Satu fakta menarik tentang topeng muka N95 yang tidak ketahui adalah ia direka oleh Dr Wu Lien Teh, warganegara kita sendiri pada tahun 1879. Ya, ini adalah suatu pencapaian yang perlu dibanggakan kerana bukan sahaja topeng muka ini digunakan di Malaysia, malah di seluruh dunia juga. Beliau telah mereka topeng muka yang akhirnya menjadi bentuk topeng muka N95 seperti yang kita lihat sekarang.

Penularan wabak COVID-19 yang telah berlarutan sejak Januari 2020 di Malaysia telah menunjukkan penurunan kes yang semakin menggembirakan. Walaupun di negara luar, kes-kesnya masih meningkat dengan banyak, namun sejak kes pertamanya ditemui di Wuhan, China, banyak pendekatan yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan termasuklah arahan ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ yang dilanjutkan sehingga 28 April 2020.

Kini, masyarakat digesa untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan kebersihan secara kerap serta memakai topeng muka jika perlu keluar membeli barangan atau kerana keperluan lain. Walaupun topeng muka N95 adalah lebih baik dari segi perlindungan berbanding topeng muka pembedahan yang biasa, namun kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama.

Sebagai pelajar lepasan daripada Universiti Cambridge yang terkemuka, beliau adalah individu yang sangat dihormati kerana pengetahuan tentang perubatan dan sumbangannya dalam bidang ini hingga melayakkan dirinya dicalonkan bagi Hadiah Novel bagi bidang perubatan semasa tahun 1935.

Ciptaannya yang agung ini berlangsung di China, di mana beliau telah bertugas di wilayah Utara, iaitu di Harbin semasa berlakunya wabak pada tahun 1910. Ketika beliau tiba di sana, kira-kira 60,000 orang telah meninggal dunia disebabkan wabak tersebut.

Menyedari bahawa beliau perlu memahami bagaimana wabak itu berlaku, Dr Wu Lien Teh melakukan autopsi yang belum pernah dilakukan kepada mangsa wabak itu. Melalui pembedahan itu, beliau mendapati bahawa epidemik itu terjadi disebabkan wabak pneumonia yang merebak melalui cairan tubuh, bukannya melalui tikus dijangkiti kutu seperti yang dipercayai ketika itu.

Penemuannya itu dilihat meragukan pada awalnya memandangkan dia hanyalah seorang individu biasa yang masih muda serta bercakap dalam bahasa Mandarin yang tidak fasih. Mana mungkin orang lain akan mempercayainya pada ketika itu. Namun, itu tidak mematahkan semangat Dr Wu Lien Teh. Beliau telah mencipta topeng muka yang kiranya adalah “nenek moyang” kepada topeng muka N95 sekarang untuk mengatasi penyebaran wabak menggunakan lapisan kapas dan kain kasa.

Sekali lagi, rakan-rakannya enggan mengiktiraf usahanya itu secara serius. Malah, terdapat seorang doktor dari Perancis, Dr Mesny yang memberikan komen secara rasis yang mengatakan bahawa tiada apa perlu diharapkan daripada seorang lelaki Cina biasa seperti beliau. Dr Mesny kemudian meneruskan kerjanya di hospital tanpa mengendahkan pemakaian topeng muka itu dan dijangkiti virus itu sendiri dan kemudian mati tidak lama selepas itu.

Setelah tanggapan pertama yang tidak memberangsangkan itu, ternyata topeng muka tersebut adalah efektif serta dapat dihasilkan dengan cepat memandangkan ia adalah murah dan mempunyai bentuk yang ringkas. Malah, topeng muka itu juga dilihat menjadi item perlindungan yang berharga semasa wabak selesema Spanish pada tahun 1918.

Selain itu, hampir sama dengan arahan PKP yang dikuatkuasa sekarang, Dr Wu juga mengesyorkan bahawa sebarang perjalanan melepasi sempadan dikawal ketat dan meminta semua pihak membantu menjayakan langkah itu bersama-sama. Hasilnya, masyarakat di Harbin berupaya menyambut Tahun Baru Cina pada tahun selepas itu kerana mereka sudah bebas daripada wabak yang melanda sebelumnya.

Pada tahun 1911, beliau terpilih untuk mengetahui ‘The International Plague Conference’ dan telah bekerja keras untuk menangani isu wabak penyakit di China. Kemudian, beliau pulang ke Malaysia pada tahun 1937 untuk  melarikan diri daripada tentera Jepun ketika itu.

Beliau telah membuka sebuah klinik di ‘Ipoh’s Brester Road’ yang sekarang dikenali sebagai Jalan Sultan Idris Shah. Selepas peperangan yang berlaku, beliau meneruskan kerjayanya sebelum bersara pada usia 80 tahun. Setahun selepas itu, beliau meninggal dunia kerana serangan strok di kampungnya di Pulau Pinang.

Sehingga kini, jasanya dikenang di China melalui patung yang didirikan untuk menghormati jasanya di Universiti Perubatan Harbin. Malah, di Malaysia pula, Jalan Ipoh dan kawasan kejiranan di Pulau Pinang mengangkat namanya dan Persatuan Dr Wu Lien Teh yang berpusat di Pulau Pinang bagi memelihara warisannya. 

Disebabkan usaha kerasnya, kini seluruh dunia mendapatkan manfaat terutamanya ketika berlaku wabak penyakit seperti COVID-19 ini yang memerlukan kita semua memakai topeng muka untuk melindungi diri sendiri. Terima kasih Dr Wu Lien Teh atas jasamu kepada kami semua!

Kredit: Gambar diambil daripada sumber https://www.freemalaysiatoday.com

SUMBER

https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2020/04/20/dr-wu-lien-teh-malayas-nobel-prize-nominee-and-n95-mask-inventor/

https://marketingmagazine.com.my/dr-wu-lien-teh-malayas-nobel-prize-nominee-and-n95-mask-inventor/

Summary
Dr Wu Lien Teh: Penerima Hadiah Nobel Malaya dan Pereka Topeng Muka N95
Article Name
Dr Wu Lien Teh: Penerima Hadiah Nobel Malaya dan Pereka Topeng Muka N95
Description
Satu fakta menarik tentang topeng muka N95 yang anda tidak ketahui adalah ia direka oleh warganegara kita sendiri! Ia direka oleh Dr Wu Lieh Teh, yang dilahirkan di Penang pada tahun 1879.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: