doxycycline
Doxycycline ialah sejenis antibiotik tetrasiklin yang melawan bakteria di dalam badan.

Pengenalan 

Doxycycline ialah sejenis antibiotik tetrasiklin yang melawan bakteria di dalam badan.

Doxycycline digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria, seperti jerawat, jangkitan saluran kencing, jangkitan usus, jangkitan pernafasan, jangkitan mata, gonorea, klamidia, sifilis, periodontitis (penyakit gusi), dan jangkitan bakteria lain.

Selain itu, Doxycycline juga telah digunakan untuk merawat kecacatan, kesan lebam, dan luka seperti jerawat yang disebabkan oleh rosacea. Namun begitu, ubat in itidak dapat merawat kemerahan muka yang disebabkan oleh rosacea.

Terdapat beberapa bentuk dan jenis doxycycline yang digunakan untuk mencegah penyakit malaria, untuk merawat antraks atau untuk merawat jangkitan yang disebabkan oleh tungau, pijat, atau kutu.

Kegunaan Doxycycline

Ubat ini telah digunakan secara meluas bagi merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria, termasuklah bakteria yang menyebabkan jerawat. Ubat ini juga digunakan untuk mencegah malaria. Malah, ubat ini turut dikenali sebagai antibiotik tetrasiklin. Ia berfungsi dengan cara menghentikan pembiakan bakteria. Antibiotik ini hanya digunakan untuk merawat jangkitan bakteria jadi, ia tidak berkesan untuk merawat jangkitan virus (seperti demam biasa dan selesema). Penggunaan antibiotik jika ia tidak diperlukan boleh menyebabkan ubat ini tidak berfungsi untuk melawan jangkitan yang seterusnya.

Langkah Berjaga-Jaga & Amaran Penggunaan Doxycycline

Sebelum mengambil doxycycline, maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda terlebih dahulu jika anda mempunyai alahan terhadapnya; atau terhadap ubat tetrasiklin lain (seperti minocycline); atau jika anda mempunyai alahan kepada ubat-ubatan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif (seperti sulfit, iaitu sejenis soya yang terdapat dalam beberapa produk lain), dan boleh menyebabkan tindak balas alahan atau masalah lain. Bercakap;ah dengan ahli farmasi anda untuk maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, maklumkan kepada doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai masalah untuk menelan, masalah esofagus (seperti hernia hiatal atau refluks / pedih ulu hati).

Doxycycline juga boleh menyebabkan vaksin bakteria hidup (seperti vaksin kepialu) tidak berfungsi. Jangan ambil imunisasi / vaksinasi semasa menggunakan ubat ini melainkan jika anda diberitahu oleh doktor.

Sebelum menjalani pembedahan, maklumkan kepada doktor atau doktor gig andai tentang pengambilan ubat ini.

Ubat ini boleh menjadikan anda lebih sensitif terhadap sinaran cahaya matahari. Hadkan tempoh anda berada di bawah sinaran cahaya matahari. Selain itu, elakkan juga penggunaan bilik pemerangan kulit (tanning) dan cahaya matahari. Gunakan pelindung matahari dan pakai pakaian pelindung ketika berada di luar rumah. Maklumkan kepada doktor anda dengan segera sekiranya kulit anda terbakar akibat pendedahan kepada sinaran cahaya matahari atau kulit anda melecet menjadi kemerahan.

Kanak-kanak berumur kurang dari 8 tahun mungkin lebih sensitif terhadap kesan sampingan doxycycline, terutamanya perubahan warna yang boleh dilihat pada gigi. Perubahan warna gigi turut berlaku pada kanak-kanak yang lebih tua dan individu dewasa yang lebih muda. Bincangkan risiko dan manfaat ubat ini dengan doktor anda.

Maklumkan dan berbincanglah dengan doktor anda jika anda hamil atau merancang untuk hamil. Anda tidak boleh hamil semasa menggunakan doxycycline. Ini kerana ubat ini boleh membahayakan bayi dalam kandungan anda. Sekiranya anda hamil, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan sebarang nasihat mengenai risiko dan manfaat ubat ini.

Selain itu, ubat ini boleh masuk ke dalam susu ibu. Sila rujuk doktor anda sebelumanda menyusukan bayi.

Kesan Sampingan Doxycycline

Tablet oral doxycycline boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang biasa berlaku dan yang serius.

Kesan Sampingan Yang biasa Berlaku:

Kesan sampingan doxycycline yang biasa berlaku termasuk:

  • Hilang selera makan
  • Pening dan muntah
  • Cirit-birit
  • Ruam
  • Sensitif terhadap cahaya matahari
  • Gatal-gatal
  • Perubahan warna gigi sementara

Sekiranya kesan tersebut ringan, ia boleh hilang dalam masa beberapa hari atau beberapa minggu. Namun, sekiranya ia menjadi semakin teruk atau tidak hilang dalam tempoh yang lama, berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda.

Walau bagaimanapun, ubat ini tidak menyebabkan rasa mengantuk.

Kesan Sampingan Yang Serius:

Hubungi doktor anda sekiranya anda mengalami kesan sampingan yang serius atau jika simptom anda terasa seperti mengancam nyawa atau jika anda menyangka anda sedang menghadapi kecemasan perubatan. Kesan sampingan yang serius dan simptomnya boleh merangkumi yang berikut:

  • Cirit-birit yang disebabkan oleh antibiotik. Simptomnya merangkumi:
    • Cirit-birit yang teruk
    • Cirit-birit berdarah
    • Kekejangan dan kesakitan perut
    • Demam
    • Penyahhidratan
  • Tekanan darah tinggi di dalam tengkorak anda. Simptom merangkumi:
    • Sakit kepala
    • Penglihatan menjadi kabur
    • Kehilangan penglihatan
  • Kerengsaan pada esofagus atau ulser pada kerongkong anda (lebih berkemungkinan berlaku sekiranya anda mengambil dos anda semasa waktu tidur). Simptom boleh merangkumi:
    • Sensasi terbakar atau sakit di dada anda
  • Anemia
  • Pankreatitis. Simptom boleh merangkumi:
    • Kesakitan di bahagian atas perut anda, atau pada perut anda atau kesakitan bertambah teruk selepas anda makan
    • Demam
  • Reaksi kulit yang serius. Simptom boleh merangkumi:
    • Lepuh
    • Kulit mengelupas
    • Ruam berbintik kecil warna ungu

Kontraindikasi Doxycycline

Kehipersensitifan terhadap Doxycycline / Ornidazole merupakan satu kontraindikasi. Di samping itu, Doxycycline / Ornidazole tidak boleh digunakan jika anda mempunyai keadaan yang berikut:

Interaksi Doxycycline

Interaksi ubat boleh mengubah cara sesuatu ubat berfungsi atau meningkatkan risiko anda untuk mendapat kesan sampingan tertentu yang serius. Artikel ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi ubat yang mungkin berlaku. Sebaiknya, simpan senarai semua ubat dan produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi / ubat bukan preskripsi dan produk herba) dan kongsikan bersama doktor dan ahli farmasi anda. Jangan mulakan, menghentikan, atau mengubah dos ubat-ubatan tanpa kebenaran doktor anda.

Sesetengah produk yang mungkin berinteraksi dengan ubat ini termasuklah: ubat retinoid yang diminum (seperti acitretin, isotretinoin), barbiturat (seperti phenobarbital), “pencair darah” (seperti warfarin), digoxin, ubat anti-sawan (seperti fenitoin), strontium.

Selain itu, ubat ini juga boleh mengganggu ujian makmal tertentu (termasuk tahap katekolamin dalam urin), yang mungkin menyebabkan keputusan ujian palsu. Pastikan kakitangan makmal dan doktor anda mengetahui tentang penggunaan ubat ini.

Dos Doxycycline

Maklumat dos ini adalah khusus bagi tablet oral doxycycline. Semua dos dan bentuk ubat yang mungkin ada tidak disertakan dalam artikel ini. Dos ubat, bentuk ubat, dan kekerapan pengambilan ubat bergantung pada:

  • Umur anda
  • Keadaan yang sedang dirawat
  • Keparahan keadaan anda
  • Keadaan perubatan lain yang anda alami
  • Bagaimana badan anda bertindak balas terhadap dos pertama

Senarai ini mungkin tidak mengandungi semua dos yang boleh ditetapkan oleh doktor anda bagi penggunaan ubat ini. Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan mengenai preskripsi anda, rujuklah doktor dan berbincang dengan beliau mengenainya.

– Bentuk Dan dos

Generik: Doxycycline

  • Bentuk: Tablet oral
  • Dos: 20 mg, 50 mg, 75 mg, 100 mg, 150 mg
  • Bentuk: Tablet oral yang ditangguhkan pelancarannya
  • Dos: 50 mg, 75 mg, 100 mg, 150 mg, 200 mg

Jenama: Acticlate

  • Bentuk: Tablet oral
  • Dos: 75 mg, 150 mg

Jenama: Doryx

  • Bentuk: Tablet oral yang ditangguhkan pelancarannya
  • Dos: 50 mg, 75 mg, 80 mg, 100 mg, 150 mg, 200 mg

Jenama: Doryx MPC

  • Bentuk: Tablet oral yang ditangguhkan pelancarannya
  • Dos: 120 mg

Dos untuk jangkitan

Dos dewasa (berumur 18–64 tahun)

Pelepasan segera generik:

  • Dos biasa: 200 mg pada hari pertama rawatan, diambil sebanyak 100 mg setiap 12 jam. Diikuti oleh 100 mg setiap hari. Untuk jangkitan yang lebih teruk, adalah disarankan untuk mengambil sebanyak 100 mg bagi setiap 12 jam.

Doryx dan Acticlate:

  • Dos biasa: 200 mg pada hari pertama rawatan, diambil sebanyak 100 mg setiap 12 jam. Diikuti oleh 100 mg, diambil sebagai dos harian tunggal atau 50 mg setiap 12 jam. Untuk jangkitan yang lebih teruk, adalah disarankan sebanyak 100 mg setiap 12 jam.

Doryx MPC:

  • Dos biasa: 240 mg pada hari pertama rawatan, diambil sebanyak 120 mg setiap 12 jam. Diikuti oleh 120 mg, diambil sebagai dos harian tunggal atau 60 mg setiap 12 jam. Untuk jangkitan yang lebih teruk, adalah disarankan sebanyak 120 mg setiap 12 jam.

Dos kanak-kanak (berumur 8-17 tahun)

Pelepasan segera generik dan Acticlate:

  • Bagi kanak-kanak yang beratnya kurang dari 99 paun (45 kg) dan mengalami jangkitan yang teruk atau mengancam nyawa seperti demam Spotted Rocky Mountain: Dos yang disarankan adalah sebanyak 2.2 mg / kg bagi setiap 12 jam.
  • Untuk kanak-kanak yang beratnya kurang dari 99 paun (45 kg), berumur lebih dari 8 tahun, dan mempunyai jangkitan yang kurang teruk: Dos yang disarankan pada hari pertama rawatan adalah sebanyak 4.4 mg / kg, dibahagikan kepada dua dos. Dos susulan harian mestilah diambil sebanyak 2.2 mg / kg, diberikan sebagai dos tunggal atau dibahagikan kepada dua dos harian.
  • Untuk kanak-kanak dengan berat 99 paun (45 kg) atau lebih: Gunakan dos dewasa.

Doryx:

  • Untuk kanak-kanak yang beratnya kurang dari atau sama dengan 99 paun (45 kg): Dos yang disarankan ialah 4.4 mg / kg dibahagikan kepada dua dos pada hari pertama rawatan. Ini diikuti oleh sebanyak 2.2 mg / kg yang diberikan sebagai satu dos harian atau dibahagikan kepada dua dos.
  • Untuk jangkitan yang lebih teruk: Dos sehingga 4.4 mg / kg boleh digunakan.
  • Untuk kanak-kanak dengan berat lebih dari 99 paun (45 kg): Gunakan dos dewasa.

Doryx MPC:

  • Untuk kanak-kanak yang beratnya kurang dari 99 paun (45 kg) dan mempunyai jangkitan yang teruk atau mengancam nyawa seperti demam Spotted Rocky Mountain: Dos yang disarankan adalah sebanyak 2.6 mg / kg setiap 12 jam.
  • Untuk kanak-kanak yang beratnya kurang dari 99 paun (45 kg), berumur lebih dari 8 tahun, dan mengalami jangkitan yang kurang teruk: Dos yang disarankan pada hari pertama rawatan adalah sebanyak 5.3 mg / kg, dibahagikan kepada dua dos. Selepas itu, dos susulan harian mestilah diambil sebanyak 2.6 mg / kg, diberikan sebagai dos tunggal atau dibahagikan kepada dua dos harian.
  • Untuk kanak-kanak dengan berat 99 paun (45 kg) atau lebih: Gunakan dos dewasa.

Dos kanak-kanak (berumur 0-7 tahun)

Dos ini masih belum disahkan kerana keselamatan dan keberkesanannya terhadap kanak-kanak dalam lingkungan ini masih belum dikaji.

Dos Warga Emas (berumur 65 tahun ke atas)

Doktor mungkin memulakan dengan dos yang lebih rendah atau menetapkan jadual yang berbeza. Ini dapat membantu mengelakkan terlalu banyak pengumpulan ubat ini dalam badan anda.

Dos untuk pencegahan malaria

Dos dewasa (berumur 18-64 tahun)

Pelepasan segera generik, Doryx, dan Acticlate:

  • Dos biasa: Sebanyak 100 mg setiap hari. Mulakan rawatan ini 1 hingga 2 hari sebelum melawat kawasan yang dikenali dengan penyakit malaria. Teruskan rawatan harian selama 4 minggu setelah meninggalkan kawasan tersebut.

Doryx MPC:

  • Dos biasa: 120 mg setiap hari. Mulakan rawatan 1 hingga 2 hari sebelum melawat kawasan dikenali dengan penyakit malaria. Teruskan rawatan harian selama 4 minggu setelah meninggalkan kawasan tersebut.

Dos kanak-kanak (berumur 8-17 tahun)

Pelepasan segera generik, Doryx, dan Acticlate:

  • Dos biasa: 2 mg / kg sekali sehari, sehingga jumlah dos dewasa. Mulakan rawatan selama 1 hingga 2 hari sebelum melawat kawasan dikenali dengan penyakit malaria. Teruskan rawatan harian selama 4 minggu setelah meninggalkan kawasan tersebut.

Doryx MPC:

  • Dos biasa: 2.4 mg / kg sekali sehari, sehingga jumlah dos dewasa. Mulakan rawatan 1 hingga 2 hari sebelum melawat kawasan dikenali dengan penyakit malaria. Teruskan rawatan harian selama 4 minggu setelah meninggalkan kawasan tersebut.

Dos kanak-kanak (berumur 0-7 tahun)

Dos ini masih belum disahkan kerana keselamatan dan keberkesanannya terhadap kanak-kanak dalam lingkungan ini masih belum dikaji.

Dos Warga Emas (berumur 65 tahun ke atas)

Doktor mungkin memulakan dengan dos yang lebih rendah atau menetapkan jadual yang berbeza. Ini dapat membantu mengelakkan terlalu banyak pengumpulan ubat ini dalam badan anda.

SUMBER

https://www.drugs.com/doxycycline.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-8648-7073/doxycycline-hyclate-oral/doxycycline-oral/details

https://www.healthline.com/health/doxycycline-oral-tablet

https://www.tabletwise.com/medicine/doxycycline-ornidazole?#contraindications

Summary
Doxycycline (Jangkitan bakteria) - Kegunaan, Kesan sampingan dan Interaksi
Article Name
Doxycycline (Jangkitan bakteria) - Kegunaan, Kesan sampingan dan Interaksi
Description
Doxycycline ialah sejenis ubat antibiotik tetrasiklin yang sering digunakan untuk melawan bakteria di dalam badan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: