Now Reading
Dove Sensitive Skin Bodywash Bagus Untuk Kulit

Dove Sensitive Skin Bodywash Bagus Untuk Kulit

dove sensitive skin

Pewangi semulajadi atau tiruan adalah bahan terkenal untuk pelbagai produk. Apa yang buat Dove Sensitive Skin Bodywash sangat istimewa?

Kulit anda sangat lembut, tak kira lah anda mempunyai kulit sensitif atau tidak. Anda terdedah kepada persekitaran yang pelbagai dan ianya membolehkan kulit anda rosak setiap hari. Ibaratnya macam kita ni bunga dandelion lah.

Sangat halus dan cantik tetapi lembut. Mereka akan berterbangan bila-bila masa je kalau ada angin. Perubahan dalaman macam perubahan hormon, penuaan, tabiat peribadi, diet dan gaya hidup pun boleh memberi impak kepada kulit.

Jadi, dengan menggunakan produk yang betul dapat menyihatkan dan melindungi kulit anda adalah sangat penting.

Tentang Dove Sensitive Skin Bodywash

dove

Tekstur Dove Sensitive Skin Bodywash ialah krim, sama seperti kebanyakan sabun badan Dove. Konsistensinya bak losyen ketika anda mandi dan bertukar kepada cecair yang menenangkan untuk semua jenis kulit.

Ia tak tinggalkan sebarang sisa berminyak pada kulit apabila dibilas. Ia juga tidak akan buat kulit badan anda kering.

Bukan itu sahaja, produk ni ada juga sedikit bau yang membuatkan anda rasa tenang setiap kali mandi. Lepas satu minggu saja guna Sensitive Body Wash, tekstur kulit mula menunjukkan perubahan, lebih lembab dan sihat.

BAHAN-BAHAN TERPILIH

Hyaluronic acid

Dove Sensitive Body Wash sangat bergantung dengan hyaluronic acid kerana kelembapan di dalam kulit seseorang akan berkurang apabila usia semakin lanjut. Jadi, ada sesetengah orang suka menambah tahap kelembapan kulit dengan memakai produk yang mengandungi hyaluronic acid.

Apa yang bahan ini akan buat kepada badan anda? Hyaluronic acid (HA) digunakan secara meluas untuk lembapkan kulit. HA boleh kekalkan kelembapan buat mereka yang mempunyai kulit kering. Seterusnya, HA juga boleh kurangkan kekasaran pada kulit dan buat kulit terasa lembut.

Bukan tu je tahu, ia berhasil mengurangkan sebanyak 40% kedalam kedutan dan peningkatan sebanyak 55% keanjalan kulit kalau nak dibandingkan dengan orang yang tidak pernah guna produk yang ada bahan ini. HA pun boleh tolong atasi gejala eczema ringan hingga sederhana.

Ceramides

Ceramides pula ialah macam asid lemak dan kolesterol, merupakan lipid penting pada kulit. Tahap ceramide ialah rendah untuk mereka yang mempunyai masalah atopic dermatitits, kulit kering dan warga emas.

Ceramides juga bantu kekalkan posisi sel eipderma dan menyimpan ikatan matriks antara sel. Secara umumnya, asid ini bantu pulihkan integriti kuliti. Ia juga bantu melembapkan kulit dan bantu kurangkan kehilangan air di dalam badan.

Mereka menyumbang dalam pembentukan struktur yang diselaraskan secara teratur dan ini membantu dalam mencegah kehilangan air tranasepidermal. Jadi, kelembapan air pun bertambah baik dan kulit kering pun boleh dirawat.

Ceramides pun boleh bantu kulit yang mengalami keradangan dengan meningkatkan kelembapan kulit. Ia melegakan kekeringan di samping mengurangkan rasa gatal dan kemerahan. Fungsi kulit ini penting ya untuk jaga kesihatan kulit dan bebas dari faktor luaran yang merosakkan.

Boleh lembapkan kulit, mencegah kehilangan air transepidermal dan kekalkan tahap kelembapan kulit yang stabil, terutama sekali pada kulit sensitif.

Fungsi Dove Sensitive Skin Bodywash

dove senstive skin

Sensitive Body Wash ni kan boleh pelihara kulit kita tahu. Ada lagi! Ia bantu mengekalkan skin barrier yang sihat. Bukan sabun badan biasa-biasa ya dia ni. Ia memegang falsafah untuk merawat kulit kita dengan lembut setiap masa.

Dove juga sedar akan keperluan dan cabaran mempunyai kulit sensitif. NutriumMoisture, sebuah resepi menarik dan tugas dia untuk menggantikan nutrisi yang telah hilang. Ia bukan setakat membersihkan dan melembapkan kulit, ianya hypoallergenic, bebas buih dan diuji secara klinikal.

Pakai sabun badan ni badan anda dijamin takkan kering sebab dia bilas betul-betul. Tiada satu sisa berminyak pun yang tinggal. Lagi pula, dia ada wangian yang mencukupi untuk anda menikmati mandi yang menenangkan.

Sesuai sangat untuk seluruh isi keluarga sebab ia sangat ringan. Sensitive Body Wash akan buat anak-anak anda suka mandi. Setiap kali lepas mandi, mereka akan dapat kulit lembut, cerah, halus seperti bayi dan sihat.

See Also
Cetaphil baby shampoo

PENGGUNAAN DOVE SENSITIVE SKIN BODYWASH

Gunakan air suam berbanding panas sekiranya kulit anda mudah terkena iritasi dan terasa kering selepas mandian. Air panas boleh membuatkan kulit iritasi, tegang dan kulit. Air suam pula menjadikan waktu mandi anda lebih selesa, produk pun senang nak buat kerja.

Senang je nak guna sabun badan ni. Picitkan je pada tapak tangan dan buihkan sehingga bertukar menjadi konsistensi losyen. Urutkan di seluruh badan, lagi-lagi dekat bahagian badan yang terasa kering. Lepastu, dah boleh bilas macam biasa. Selamat untuk digunakan setiap hari.

Jangan lupa untuk mandi setiap hari okay korang! pembersih pun penarik perhatian orang tau.

Dengan pembungkusan mesra keluarga dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 550 ml dan 1 liter. Ada pam lagi, senang betul nak guna. Takdelah melelh kena tepi pembungkusan masa tengah mandi. Terbaik untuk kulit sensitif dan sesuai untuk anda yang ada eczema.

Semua orang sesuai lah kiranya dengan produk ini, Dove betul-betul kaji pembeli dia. Sabun badan yang menarik, bahan pun meyakinkan untuk kulit sihat dan sentiasa lembap. Apa lagi, jangan lupa untuk tekan butang di atas untuk beli Dove Sensitive Skin Bodywash sebelum habis orang ambil!

Sumber:

https://ourlittlesmarties.com/2016/08/dove-sensitive-skin-body-wash/

https://www.medicalnewstoday.com/articles/hyaluronic-acid-benefits

https://www.dermaessentia.com/blogs/skin-care/ceramides-for-skin

https://www.hermo.my/mall/28914-dove-shower-gel-1l-sensitive-skin/

error: Content is protected !!