Now Reading
Dove Intense Repair Shampoo Menguatkan Rambut

Dove Intense Repair Shampoo Menguatkan Rambut

dove intense repair shampoo

Ingin perbaiki rambut yang telah rosak? Dove Intense Repair Shampoo mengembalikan ketahanan rambut terhadap kerosakan secara progresif.

Mungkin ramai di antara anda tahu walaupun dah cuba sehabis baik, rambut masih ada kemungkinan untuk hadapi tekanan dan rosak dari masa ke semasa.

Anda tahu tak ada je rawatan rambut rosak yang terbaik, bantu kembalikan kekuatan rambut anda dan mungkin jadikannya nampak lagi sihat dalam jangka masa panjang?  

Dengan penggunaan yang berterusan, Dove telah mengeluarkan formulasi unik untuk menguatkan dan menyihatkan rambut rosak. Intense Repair Shampoo dicipta dengan Nutri-Keratin Repair Actives di mana ia akan bantu memulihkan rambut rosak anda dengan dua cara.

Formulasi ini menjadikan penampilan dan rambut anda lebih menarik malah lebih halus dan tahan lasak daripada kerosakan. Formulasi tadi akan tembus masuk ke setiap helaian rambut, membuat rambut semakin sihat setiap kali dicuci.

Pendekatan Dove Intense Repair Shampoo

dove intense shampoo

Kita semua sedia maklum bahawa mencegah adalah cara terbaik di dalam penjagaan rambut. Macam mana kalau saya cakap yang Dove juga kongsikan pendapat yang sama dan gunakan kajian mereka untuk mencipta kaedah mudah untuk anda gunakan pada rambut? Ya, betul tu!

Jenama terkenal ini telahpun mencipta kaedah membasuh dan mencuci yang boleh mencegah 90% rambut rosak daripada terjadi. Ini tentang bila anda menyikat rambut, menggunakan alatan menggayakan rambut dan pelbagai lagi.

Formulasi yang terdapat Intense Repair Shampoo ini mempunyai sistem khasiat yang unik dan dipatenkan daripada 3 teknologi inovatif – polimer silikon, bahan aktif pembaikan keratin dan perapi berstruktur kepingan mikro.

Ketiga-tiga tekbologi ini bekerjasama untuk jadikan rambut tahan lasak terhadap kerosakan dan rambut bercabang di setiap cucian secara progresif. Ini adalah kenyataan daripada kumpulan pengkaji Dove sendiri.

Dalam kata lain, tidak seperti syampu jenama lain, yang terdiri dari vesikel sfrea yang tergelincir pada rambut, syampu Dove mempunyai lapisan molekul rata yang melapisi seluruh batang rambut.

Adakah Intense Repair Shampoo membuat produk jenama lain tidak boleh digunapakai? Adakah teknologi ini, misalnya, akan mengambil alih alatan pelindung haba anda? Tidak sama sekali. Ianya bantu lindungi rambut anda kembali kepada keadaan yang lebih sihat dan kuat.

BAHAN-BAHAN DI DALAM PRODUK

dove intense repair shampoo

Dimethiconol

Dimtehiconol ialah sebatian yang memberikan tekstur lembut pada produk penjagaan rambut. Ianya diperbuat daripada bahan silica semulajadi dan menjalani rangkaian proses kimia. Mereka digunakan untuk bagi tekstur rambut yang baik, tidak tersekat dan nampak bersinar.

Fungsi utamanya ialah memberi air dan lapisan penghalang fizikal tahan udara pada rambut. Dimethiconol juga adalah bahan yang sangat selamat untuk digunakan dalam produk penjagaan rambut dan kulit.

Rambut semakin bersinar, lembut, bebas kusut dan mudah untuk diurus. Ia juga pengisi tambahan di dalam produk untuk menjadikannya lebih mewah. Produk seperti Intense Repair Shampoo lah akan buat rambut anda bersinar, mengawal kusutan dan mudah dikawal.

Tambahan lagi, sebatian ini juga ada antioksida, asid lemak, asid amino, mineral dan nutrisi yang lain. Hasilnya, anda mendapat manfaat sambil mempertingkatkan kualiti rambut.

Glycol Distearate

Bahan ini pula ialah sebatian organik yang datang daripada sayur-sayuran. Ia berwarna kuning pucat dengan tekstur seperti lilin dan rapuh. Ia agak stabil dan oleh kerana kualitinya, glycol distearate sering digunakan di dalam penjagaan rambut. Jom tengok manfaatnya:

  • Sifat emmolient dari sebatian ini bantu menjaga kulit kepala dan rambut anda agar ia kekal sihat, lembap dan mencegah rambut kering. Sifatnya yang tidak komedogenik menjadikannya pilihan yang bagus untuk kebanyak rawatan rambut sebab ia takkan sumbat liang kulit kepala anda.
  • Ini pun boleh elakkan penumpukan kulit kepala, yang boleh menyebabkan kelemumur, rambut gugur dan menipis. Berikut adalah antara masalah biasa rambut kulit kepala.
  • Ia juga bantu kurangkan ketegangan permukaan antara dua cecair, macam minyak dan air sebab fungsinya sebagai surfactant dalam rawatan penjagaan rambut.
  • Surfactant ada dua hujung bipolar, buat ia lebih mudah untuk hilangkan kotoran dan minyak dari kulit kepala dan rambut.
  • Tak lupa juga helaian rambut anda akan tumbuh lebih banyak jadi nampak lebat dan melantun-lantun.

Keratin Repair Actives

Bagi anda yang biasa gayakan rambut lurus, Intense Repair Shampoo ini boleh jimatkan banyak masa. Jangka masa yang keringkan rambut pun boleh berkurang sebanyak 40-60% dengan Intense Repair Shampoo! Kusut dan kekasaran bukan lagi isu untuk anda yang ada rambut kusut.

Walaupun cuaca agak lembap, rambut anda akan kekal lurus, lembut dan bebas kusut. Ia juga melindungi helaian rambut dari matahari dan persekitaran yang merbahaya menyaluti bahan ini ke dalam setiap helaian.

Di samping itu, helaian rambut anda jadi lebih kuat dan susah untuk putus. Nak jaga pun tak makan masa dah. Anda kini boleh memiliki rambut cantik dan subur sehingga 6 bulan. Kerosakan rambut juga berkurang akibat dari penggayaan rambut harian.

Dove Intense Repair Shampoo sangatlah membantu dalam beri motivasi kepada wanita dan lelaki di luar sana untuk memiliki rambut yang cantik, jika tidak, terbaik. Senang saja nak guna, basahkan rambut anda dan picitkan sedikit produk ke telapak tangan.

Urutkan Intense Repair Shampoo di kulit kepala dengan perlahan, Basuh sampai takde dah buih syampu. Selamat digunakan setiap harian, oh dan tips. Kalau anda mempunyai rambut dan kulit kepala berminyak, syampu kulit kepala anda dua kali. Kulit kepala saja tahu supaya helaian rambut tidak kering.

Pemicit pun ada, saiz besar dan bau pun wangi. Apa lagi anda mahukan? Semua syampu ini ada. Dapatkan sekarang sebelum habis dijual!

Sumber:

https://www.dove.com/my/hair-care/shampoo/intense-repair-shampoo.html

https://www.mindbodygreen.com/articles/silicones-in-hair-care-good-or-bad

https://www.anveya.com/blogs/top-tips/benefits-of-ethylene-glycol-monostearate-in-hair-care-products

error: Content is protected !!