dove

Sepanjang hayat kita, kita menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Syampu seperti jenama syampu Dove tidak hanya digunakan untuk tujuan pembersihan kulit kepala dan rambut sebagai fungsi utamanya, tetapi ia juga berfungsi untuk menyihatkan dan mencantikkan rambut dan bertindak sebagai supplemen tambahan bagi rambut dalam pengurusan pelbagai jenis masalah kulit kepala dan masalah rambut.

Syampu jenama ini senang didapati dimana sahaja dengan harga yang berpatutan. Ia mampu milik dan sangat berkesan untuk anda dapatkan kulit kepala yang sihat kerana formulasinya sangat bagus. Selain itu, syampu Dove juga terdapat pelbagai jenis yang anda boleh dapati di pasaran.

Oleh itu, mari kita lihat syampu-syampu dari jenama Dove dan juga beberapa jenama syampu lain yang semestinya sangat berkesan dan baik bagi anda yang ingin mendapatkan kulit kepala dan rambut yang sihat.

Dove Intense Repair Shampoo

DOVE Intense Repair Shampoo

RM10.30

Syampu ini diformulasikan dengan formula Keratin Repair Actives untuk membantu rambut anda pulih dari kerosakan dengan dua cara yang berbeza. Ia akan membaiki tanda-tanda kerosakan pada permukaan rambut, menjadikan rambut anda kelihatan dan terasa lebih halus dan kuat tahan daripada kerosakan. Syampu ini juga akan menembusi setiap helai rambut anda untuk memberikan khasiat jauh ke dalam rambut anda dan menjadikan rambut kelihatan lebih sihat, selepas setiap cucian.

pantene damage control

Pantene Shampoo Total Damage Care

RM11.13

Syampu ini kaya dengan nutrien yang mampu membuatkan rambut anda lebih kuat. Ia mengandungi campuran Nutrien Pro-V dengan buih berkhasiat dan kaya dengan nutrien. Syampu ini akan meningkatkan ikatan protein semula jadi rambut untuk membantu mengurangkan kerosakan yang berlebihan. Ia juga dapat membantu mengelakkan pecahan rambut pada masa depan dengan penggunaan yang kerap dalam 3 bulan berbanding dengan syampu yang lain.

dove anti hairfall

DOVE Shampoo Hairfall Rescue

RM11.48

Syampu ini berfungsi untukmenyuburkan rambut yang menipis dari akar hingga ke hujung rambut. Produk ini juga menguatkan setiap helai rambut anda untuk mengurangkan kadar keguguran rambut sehingga 98%. Syampu ini diformulasikan dengan Nutrilock aktif. Dengan penggunaan yang kerap ia akan menjadikan rambut kelihatan lebih penuh dan mampu memberi hasil segera dan berkesan untuk jangka panjang. Produk ini juga diformulasikan dengan lembut, maka ia adalah amat sesuai untuk digunakan setiap hari.

Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo

Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo

RM12.90

Syampu Himalaya ini merupakan syampu unik yang membantu untuk mengurangkan keguguran rambut dan pada masa yang sama ia memberi khasiat kepada batang rambut. Syampu ini juga membaiki tekstur rambut supaya rambut kurang gugur. Ia diperbuat daripada herba Butea Frondosa dan Bhringaraja yang dapat merangsangkan pertumbuhan folikel rambut. Kedua-dua herba ini berkesan dalam menguatkan akar rambut dan juga mengawal keguguran rambut.

dove dandruff care

DOVE Shampoo Dandruff Care

RM11.48

Syampu ini diformulasikan dengan Micro Moisture Serum untuk memastikan rambut sentiasa terasa lembut dan halus. Ia berfungsi untuk menyuburkan rambut anda dari akar rambut sehingga hujung untuk menjadikannya sihat selalu. Produk ini mengandungi zink pyrithione, sejenis bahan anti kelemumur yang terbukti secara klinikal. Syampu ini juga dapat melegakan kulit kepala yang gatal dan menghilangkan serpihan kelemumur dari kepala anda. Produk ini juga diformulasikan dengan lembut, maka ia adalah amat sesuai untuk digunakan setiap hari.

pantene anti dandruff

Pantene Shampoo Anti-Dandruff

RM15.90

Syampu ini berfungsi untuk membersihkan rambut anda dengan lembut tanpa mengeringkan kulit kepala. Ia mengandungi pelembap yang tidak akan menyebabkan rambut anda jadi berat nampak lemas tetapi disebaliknya ia akan menjadikan rambut nampak lebih sihat dan berkilau. Ia diperkuat dengan Zinc Pyrithione untuk membantu mengelakkan kelemumur. Penggunaan kerap dapat membantu mengurangkan kelemumur di atas kulit kepala anda.

DOVE SHAMPOO VOLUME NOURISHMENT 340ml

DOVE Shampoo Volume Nourishment

RM11.48

Syampu ini mempunyai formula pelembap yang menjadikan rambut anda lembut selalu pada setiap sentuhan. Syampu pelembap ini adalah jenis yang tidak menampakan rambut kusam. Syampu ini juga mempunyai formula lanjutan yang akan menampakkan kesan rambut anda semakin banyak sehingga 95% dengan penggunaan yang kerap. Ia juga diformulasikan dengan teknologi Oxyfusion, yang menghidupkan rambut rata dan nampak lebih berseri dan ceria.

Herbal Essences Bio Renew Volume White Grapefruit & Mosa Mint Shampoo

Herbal Essences Bio Renew Volume White Grapefruit & Mosa Mint Shampoo

RM18.50

Syampu ini dirumuskan secara khas dengan bahan yang diilhamkan secara semula jadi untuk badan & rambut yang penuh dengan kehidupan dengan formula bebas silikon yang tidak menyebabkan rambut nampak layu. Syampu ini dihasilkan untuk membersihkan rambut yang lebat dan disokong oleh Royal Botanic Gardens, Syampu ini mempunyai campuran pelbagai aroma termasuk sitrus segar, pudina bersih, dan pic beludru. Produk ini adalah bebas paraben, bebas silikon dan bebas pewarna, dan dibuat dengan sekurang-kurangnya 90% bahan semula jadi.

DOVE Shampoo Straight & Silky 330ml

DOVE Shampoo Straight & Silky

RM12.80

Syampu ini mempunyai formula pelembap yang menjadikan rambut anda lembut selalu pada setiap sentuhan. Ia berfungsi untuk membantu memperbaiki rambut yang rosak dan menjinakkan rambut yang tidak terurus. Syampu ini berkhasiat untuk menjadikan rambut anda lebih lurus dan lebih licin dengan setiap pengunaan. Ia akan melicinkan permukaan rambut dan meningkatkan kilauan rambut anda. Selepas setiap cucian, rambut anda akan semakin lembap, lebih teratur dan dengan pengunaan yang kerap ia akan menjadikan rambut anda lebih sihat dari masa ke masa.

Sunsilk Shampoo Silky Smooth

Sunsilk Shampoo Silky Smooth

RM8.30

Syampu ini boleh memberi pengalaman kepada pengguna untuk merasa rambut yang lembut,lebih lurus dan terurus. Syampu ini diformulasi menggunakan teknologi Flexishield dan mengandugin 5 minyak semulajadi. Sunsilk Smooth and Manageable mengandungi minyak Argan yang dapat mengembalikan kelembutan pada rambut pengguna supaya lebih terurus. Ia juga mengandungi esen Camellia yang dibuat daripada ekstrak bunga Camellia japonica untuk melembutkan rambut dengan lebih efektif dan rambut bertambah kilat dan terurus.

Untuk mendapatkan kulit kepala dan rambut yang sihat dan bebas masalah, gunalah produk penjagaan rambut dan syampu yang sesuai dengan rambut anda. Oleh itu, anda bolehlah cuba produk-produk yang kami senaraikan di atas. Rambut merupakan mahkota setiap individu, jadi jagalah kesihatan rambut dan kulit kepala agar ia sentiasa sihat dan bersinar.

Tagged: