dove deodorant roll-on

Dove Deodorant Roll-on Antiperspirant mempunyai satu bauan yang tidak ketara dan bagi perlindungan selama 48 jam, membuatkan anda sentiasa segar dan kering sepanjang hari. Ia juga mengurangkan keradangan yang anda dapat bila mencukur ketiak dengan 1/4 krim pelembap unik mereka.

Jika anda inginkan sesuatu yang senang, Antipersipant ini memang produk yang sesuai dah sebenarnya. Seisi keluarga pasti sukakan dedoran ini. Sama seperti baju hitam anda tadi, sentiasa ada di sisi di saat anda memerlukannya.

Tentang Dove Deodorant Roll-on Antiperspirant

dove original roll-on

Nak pilih deodorant yang bagus kan sebenarnya macam nak lengkapkan satu misi. Selain dari bauan yang wangi dan bertindak seperti perisai dari peluh dan bau busuk, deodoran yang bagus juga tidak akan tinggalkan kotoran degil pada pakaian. Dove adalah produk yang tepat untuk situasi sebegini.

Deodoran jenis bebola dari Dove ini diformulasikan khusus dengan 1/4 krim pelembap yang memberikan anda kelembapan dan rasa lembut pada bahagian ketiak. Selain dari bebas alcohol, ia juga didatangi dengan vitamin E dan F yang mengatasi masalah keradangan selepas mencukur.

TEKSTUR & BAHAN UTAMA

Dove Deodorant Roll-on Antiperspirant mempunyai tekstur berwarna putih yang tebal yang menuju ke arah telus. Cecair yang terdapat di dalam produk ini tiada warna, jadi sangat selamat untuk anda gunakan walaupun ada kulit sensitif. Bila anda oleskan pada ketiak, tak rasa kering langsung.

Ia mengering selepas 2 minit tanpa meninggalkan sebaerang rasa melekit, hanya kulit yang lembut dan halus Untuk bauannya pula, ia mempunyai bauan yang sama seperti produk Dove yang lain, lembut dan seperti bedak bayi.

Glycerin

  • Ia membantu kekalkan kelembapan pada kulit.
  • Selain menghidrasikan kulit, ia boleh melegakan kekeringan dan membuatkan kulit bawah lengan anda kelihatan lebih cerah.
  • Glycerin juga adalah emollient di mana ia melembutkan kulit. Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai permukaan kulit kasar atau kering akibat eczema atau psoriasis.
  • Glycerin mempunyai bahan antimicrobial, jadi ia akan lindung kulit dari mikroorganisma yang merbahaya.

Citric acid

  • Menggalakkan kulit baru untuk tumbuh, jadi kurang lah tanda penuaan dan bitnik-bintik merah. Disebabkan oleh manfaatnya yang pelbagai, AHA ini boleh didapati di kebanyakan produk kecantikan dan kosmetik.
  • Selain itu, pengimbang nilai pH yang digunakan dalam industri kosmetik untuk pastikan sesuatu produk, macam Original Antipersipant, tidak terlalu berasid atau alkali.
  • Ia dapat bantu mengekalkan kesihatan fungsi skin barrier dengan mengimbangkan nilai pH pada ketiak.
  • Antioksida pun ada tau dalam asid sitrik, bahan ini melindungi kulit dari penceroboh yang tidak diketahui yang mungkin anda jumpa setiap hari.
  • Asid sitrik bagi kulit anda lagi cerah dan lembap malah membuat tona kulit sekata.

Cara Guna Dove Deodorant Roll-on Antiperspirant

dove original roll-on antiperspirant

Untuk dapatkan manfaat yang terbaik dan paling berkesan daripada Dove Deodorant Roll-on Antiperspirant, ikut saja cara-cara ini:

  • Mandi pada waktu malam – buang semua peluh dan kotoran daripada badan termasuk bahagian bawah lengan dengan membersihkannya guna sabun yang lembut.
  • Keringkan kulit anda dengan betul – selepas mandi, lapkan badan anda hingga kering guna tuala badan. Keluar dari bilik air dan oleskan Dove di dalam tempat yang kurang lembapan untuk pengeringan yang lebih baik dan elak lembapan yang berlebihan pada kulit.
  • Oleskan lapisan nipis Dove pada bawah lengan – oleskan secara nipis saja okay. Letakkan Original Antipersipant pada bahagian bawah lengan sebab situlah anggota badan yang kerap berpeluh.
  • Pilihan: bila bangun pagi tu kan, oleskan lagi lapisan nipis pada ketiak. Boleh oleskan lebih sikit pada waktu siang jika anda seorang yang jenis kuat berpeluh untuk kekal segar.

Tip pro: pakai Dove Deodorant Roll-on Antiperspirant pada permukaan kulit yang telah dibersihkan pada waktu malam supaya formulasi produk senang nak meresap dan jadi lebih berkesan keesokan harinya. Saiz pun dah comel, senang betul nak bawa pergi mana-mana.

Campak masuk bag, dah siap. Takde dah bau ketiak busuk bila berjumpa dengan kawan-kawan. Pusingkan saja penutup produk dan oleskan pada bawah lengan. Cuba lah hari ini!

Tagged: