doa wudhu

Doa wudhu lengkap dan mudah difahami bersama hukum dan terjemahannya akan diterangkan secara beransur-ansur untuk memudahkan anda mendalami ilmu tentang perkara asas fardu ain.

Seperti yang anda telah ketahui dan pelajari tentang wudhu semasa anda berada di kelas agama fardu ain atau subjek pendidikan Islam di sekolah rendah, definisi wudhu adalah perbuatan fizikal dan rohani untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat.

Antara perbuatan wudhu yang perlu kita laksanakan adalah dengan mencuci tangan, mulut, hidung, muka, lengan, kepala dan kaki. Dengan kata mudah, demikian adalah cara- cara yang betul untuk menyucikan diri.

Tambahan pula, tatacara wudhu perlu dilakukan dengan segera dan sempurna tanpa perlu jeda yang panjang mengikut turutan yang betul .

Hukum dan Kewajipan berwudhu bagi umat muslim telah disyariatkan di dalam Al-Quran. Berdasarkan surah Al-Maidah, ayat 6,

“Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, agar kamu bersyukur” .

Terdapat dua jenis kebersihan dan penyucian yang perlu diketahui ,pertama adalah penyucian batin anda (fikiran) dan kedua, adalah penyucian luar (badan anda).maka, wudhu itu termasuk dalam penyucian luar (badan anda).

Sebelum menunaikan solat, diwajibkan ke atas muslim untuk mengambil wudhu untuk membersihkan anggota daripada sebarang kekotoran .Jikalau anda ingin jadikan wudhu anda lebih baik ,anda boleh amalkan doa wudhu yang diajarkan oleh nabi Muhammad s.a.w.

Mungkin ada diantara anda yang sudah tahu tentang doa yang diajarkan oleh nabi. Doa ini hukumnya sunat ,tapi sebagai umat nabi Muhammad s.a.w  amat digalakkan untuk beramal dengannya.

Sebelum anda melengkapkan perkara wajib wudhu, anda perlu juga mengetahui syarat-syarat untuk membolehkan dan mengesahkan wudhu anda.

Syarat berwudhu ada lima perkara:

  1. Beragama Islam
  2. Mumaiyiz (baligh)
  3. Tidak berhadas besar
  4. Mengguna air suci dan menyucikan
  5. Tidak ada yang menghalangi air sampai ke kulit.
doa wudhu

Seterusnya, sebelum memulakan langkah untuk mengambil wudhu, perlu diingatkan setiap bahawa setiap perilaku perlu dimulai dengan bacaan doa walaupun ringkas dan muktamad .

Hal itu sangat penting demi kesejahteraan hidup anda, maka sebelum mengambil wudhu juga ada doanya. Penerangan yang lebih jelas akan diterangkan di bawah.

Doa wudhu sebelum niat

Doa sebelum wudhu adalah dengan membaca basmallah iaitu Bismillahirrahmanirrahim (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih). Hukum membacanya adalah sunat.

Lafaz bismillah telah sebati dan menjadi lafaz rutin lidah sebelum memulakan pekerjaan baik demi mendapat rahmat dan perlindungan daripada Allah.

Rukun wudhu

Rukun wudhu bermaksud melakukan perkara asas dan wajib dilakukan ketika berwudhu.

Rukun wudhu ada enam perkara:

  1. Niat,
  2. Membasuh muka,
  3. Membasuh tangan hingga ke siku,
  4. Menyapu kepala,
  5. Membasuh kaki hingga ke buku lali 
  6. Tertib.

Manakala, anggota  wajib wudhu pula mempunyai empat bahagian:

  1. Seluruh muka.
  2. Sebahagian kepala.
  3. Membasuh tangan hingga ke siku.
  4. Membasuh kaki sehingga ke buku lali.

Umumnya, Wudhu tidak sah jika anda tertinggal salah satu rukun atau anggota wajib wudhu.

Ringkasan tatacara berwudhu yang boleh diamalkan.

Ringkasan cara-cara berwudhu yang boleh diamalkan seperti berikut:

  1. Niat wudhu

Mulakan berwudhu dengan bismillah, kemudian baca niat wudhu

نَوَيْتُ اْلوُضُوْءَ لِرَفْعِ اْلحَدَثِ اْلأَصْغَرِ فَرْضًا لِلّهِ تَعَالَى

Na-wai-tul wu-dhu-’a li raf’-il ha-da-tsil ash-gha-ri far-dhan lil-la-hi ta’ala

(“Aku niat berwudhu untuk mengangkat hadas kecil fardu karena Allah Ta ‘ala.”)

Hukum sunat jika melafaz niat dalam Bahasa Arab secara lisan. Hukum niat wudhu menjadi wajib  Ketika niat  hadir Ketika mula membasuh muka. Langkah terbaik  melafazkan niat Ketika sebelum mengambil wudhu.

  • Membasuh kedua tangan

Membasuh kedua-dua tangan tiga kali, bermula dengan tangan kanan.

  • Berkumur tiga kali
  • Membasuh hidung tiga kali
  • Membasuh muka tiga kali

Cara terbaik untuk membasuh muka adalah mulakan basuhan di bahagian atas muka membawa ke bahagian bawah tulang dagu.

  • Membasuh dua tangan hingga siku tiga kali, basuhan dimulai dari hujung jari kanan hingga  siku kanan

Cara paling mudah untuk membasuh dua tangan hingga siku mulakan basuhan dari hujung jari hingga melebihi siku dengan mendahulukan tangan kanan.

  • Mengusap kepala, Membasuh kedua telinga hingga tengkuk leher

Cukup sekadar membasahkan tiga helai rambut di bahagian kepala. Dengan kata mudah, memadai dengan hanya menyapu air pada ubun-ubun.

  • Membasuh dua kaki tiga kali,

Hukum wajib membasuh kaki bermula dari hujung jari kaki kanan hingga buku lali kaki kanan. Sekiranya terdapat anggota kaki yang tidak sempurna, maka diwajibkan dan dipermudahkan untuk membasuh anggota kaki yang ada.

doa wudhu

Doa wudhu selepas tertib dan terjemahannya.

Doa selepas berwudhu menurut kitab Al Adzkar An-Nawawiyah disebutkan, doa setelah wudhu’ adalah dibaca dengan lafaz yang pendek, iaitu lafaz syahadah.

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ

اللّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الُمتَطَهِّرِيْنَ

Ash-hadu an laa ilaaha illallaahu wahdahu laa shariika lahu, wa ash-hadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu .

Alla-hum-maj’al-nii mi-nat taw-waa-bii-na waj’al-ni mi-nal mu-ta-thah-hi-riin.

Maknanya: Aku bersaksi bahwasanya tiada tuhan selain Allah Yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya. Dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.

Maknanya: Ya Allah jadikanlah aku bagian dari orang-orang yang bertaubat dan jadikanlah aku bagian dari orang-orang yang menyucikan diri.”

Secara konklusinya, penyucian diri sebelum menunaikan solat adalah wajib dilakukan agar ibadah diterima Allah. Setiap rukun dan anggota wudhu mesti dilakukan secara tertib.

Jika tidak, wudhu yang dilakukan akan terbatal  secara automatik. Anda perlu mengulanginya semula.

SUMBER:

Https://www.abuaminaelias.com/excellent-ablution-wudu-with-evidences/

Https://myislam.org/how-to-do-wudu/

Https://myislam.org/dua-for-after-wudu/

https://www.uito.org/wp-content/uploads/2019/03/IMG_20190309_230953_570.jpg

Summary
Doa wudhu lengkap dan mudah difahami
Article Name
Doa wudhu lengkap dan mudah difahami
Description
Doa wudhu lengkap dan mudah difahami bersama hukum dan terjemahannya akan diterangkan secara beransur-ansur untuk memudahkan anda mendalami ilmu tentang perkara asas fardu ain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: