doa untuk orang meninggal

Kematian adalah realiti dan tidak dapat kita nafikannya. Kiriman doa untuk orang meninggal adalah perkara terbaik kita boleh berikan.

Setiap hari, kita semakin kehilangan diri sendiri. Selain itu, kita juga berfikir bahawa kita akan kekal di dunia ini buat selamanya.

Akibatnya, kita kehilangan orang tersayang, Allah telah mengingatkan dan memberikan kita petanda bahawa semua yang berada di dunia ini bersifat sementara.

Kehilangan orang tersayang sudah semestinya menyayat hati dan pengalaman yang perih, apatah lagi jikalau ianya keluarga dan kawan-kawan.

Di dalam Al-Quran 2:156 ada berkata roh manusia adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya bila tiba masa, walaupun sakit untuk melihat orang kita sayang pergi buat selamanya.

Di dalam Islam, komuniti Muslim ada cara tersendiri untuk menghadapi kehilangan tanpa melanggar nilai-nilai Islam.

Sabar

Sabar bermaksud bukanlah kita tidak boleh bersedih atau meratapi; Nabi Muhammad ﷺ bersesih semasa kematian anak baginda Ibrahim. Tetapi, janganlah sampai menyakiti diri, menangis berlebihan, merosakkan pakaian dan yang paling penting, mempersoalkan takdir Allah.

Sifat sebegini adalah dilarang kerana akibatnya kita akan terlepas ganjaran besar berkat dari kesabaran.

Sedekah

Sedekah tidak semestinya kita menghulurkan duit di atas nama simato; kita juga boleh menjadi wakil orang yang meninggal dalam menunaikan haji atau Umrah, asalkan anda sendiri sudah selesai Haji. Boleh juga cuba mengganti puasa-puasa mereka yang tersayang.

Dengan ini, cuba ingat kembali butir-butir kebaikan yang pernah dilakukan oleh merekas semasa hidup. Ini membolehkan kita untuk terus memperoleh ganjaran atas ilmu yang mereka berikan. Juga, ini akan memanfaatkan buku kebaikan anda di akhirat kelak.

Memberi semangat kepada diri sendiri

Meskipun kehilangan, penting untuk kita terus maju ke hadapan. Perasaan duka cita hanya membawa anda ke masa lalu, mengingatkan anda kepada semua perkara yang anda boleh katakan atau lakukan, cenderung membuat anda tertekan dan sunyi.

Berbalik kepada rutin harian adalah gangguan yang sihat buat and untuk pindahkan tenaga kepada sesuatu yang positif. Walau tiada siapa yang bersedia untuk melalui kedukaan, Allah (Maha Suci Allah) mengingatkan kita bahawa setiap kesukaran ada kemudahan. (Al-Quran, 94:5)

DOA UNTUK ORANG MENINGGAL

Untuk memohon keampunan buat mereka

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا، ‏‏‏‏‏‏وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا، ‏‏‏‏‏‏وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا، ‏‏‏‏‏‏وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا، ‏‏‏‏‏‏اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الْإِيمَانِ، ‏‏‏‏‏‏وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الْإِسْلَامِ، ‏‏‏‏‏‏اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ، ‏‏‏‏‏‏وَلَا تُضِلَّنَا بَعْدَهُ

“Ya Allah, ampunilah yang masih hidup dari kami, yang telah mati, yang masih kecil, yang dewasa, yang lelaki, yang perempuan, yang sedang bersama kami, dan yang tidak bersama kami. Ya Allah, siapa yang Engkau hidupkan dari kami maka hidupkanlah ia dalam keimanan, dan siapa yang Engkau matikan dari kami maka matikanlah ia dalam keadaan Islam. Ya Allah, janganlah Engkau halangi kami dari pahalanya, dan jangalah Engkau sesatkan kami setelah kepergiannya”

(Abu Daud: 3201, At-Tirmizi: 1024)

اللهُـمِّ اغْفِـرْ لَهُ وَارْحَمْـه ، وَعافِهِ وَاعْفُ عَنْـه ، وَأَكْـرِمْ نُزُلَـه ، وَوَسِّـعْ مُدْخَـلَه ، وَاغْسِلْـهُ بِالْمـاءِ وَالثَّـلْجِ وَالْبَـرَدْ ، وَنَقِّـهِ مِنَ الْخطـايا كَما نَـقّيْتَ الـثَّوْبَ الأَبْيَـضَ مِنَ الدَّنَـسْ ، وَأَبْـدِلْهُ داراً خَـيْراً مِنْ دارِه ، وَأَهْلاً خَـيْراً مِنْ أَهْلِـه ، وَزَوْجَـاً خَـيْراً مِنْ زَوْجِه ، وَأَدْخِـلْهُ الْجَـنَّة ، وَأَعِـذْهُ مِنْ عَذابِ القَـبْر [وَعَذابِ النّـار]

“Ya Allah, ampunilah dosanya, rahmatilah ia, selamatkanlah ia, maafkanlah ia, muliakanlah tempat persinggahannya, luaskanlah kuburannya, mandikanlah ia dengan air, salji, dan embun, bersihkanlah ia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau membersihkan pakaian putih dari kotoran, gantikanlah rumahnya dengan rumah yang lebih baik, keluarganya dengan keluarga yang lebih baik, isteri/suaminya dengan isteri/suami yang lebih baik, masukkanlah ia ke dalam syurga, dan lindungilah ia dari seksaan kubur – atau dari siksaan neraka –“.

(Muslim: 963)

Untuk kuburnya

اللهُـمِّ اغْفِـرْ لِـفلان (باسـمه) وَارْفَعْ دَرَجَتَـهُ في المَهْـدِييـن ، وَاخْـلُفْـهُ في عَقِـبِهِ في الغابِـرين، وَاغْفِـرْ لَنـا وَلَـهُ يا رَبَّ العـالَمـين، وَافْسَـحْ لَهُ في قَبْـرِهِ وَنَـوِّرْ لَهُ فيه

“Ya Allah, ampunilah fulan (sebut namanya), angkat darjatnya bersama orang-orang yang mendapat petunjuk. Hendaklah Engkau menjadi pengganti untuk anak keturunannya yang ditinggalkan. Ampunilah kami dan dia wahai Tuhan penguasa alam. Luaskan baginya dalam kuburannya dan berilah penerangan di dalamnya.” 

(Muslim 2:634)

Untuk pengharapan

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

(Al-Isra’, 17:23)

Untuk ibubapa yang meninggal

رَبِّ اغۡفِرۡلِىۡ وَلِـوَالِدَىَّ وَلِمَنۡ دَخَلَ بَيۡتِىَ مُؤۡمِنًا وَّلِلۡمُؤۡمِنِيۡنَ وَالۡمُؤۡمِنٰتِ وَلَا تَزِدِ الظّٰلِمِيۡنَ اِلَّا تَبَارًا

“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!”

(Nuh 71:28)

Buat kita yang masih lagi hidup di dunia sementara ini, berharaplah supaya kita jauh dari seksaan kubur juga seksaan di akhirat sana. Doa untuk orang yang meninggal tidak terhad Al-Fatihah dan Yaasin sahaja.

Variasikan doa anda buat mereka yang telah tiada. Semoga kesemua doa-doa dari kita diterima oleh Allah.

Sumber:

https://www.sakoon.co.uk/blog/7-pieces-of-advice-for-every-muslim-losing-a-loved-one

https://www.amaliah.com/post/58676/remembering-loved-ones-ramadan-duas-deceased

https://azislam.com/dua-for-the-dead-person-in-islam

Tagged: