doa sunat taubat

Membaca doa sunat taubat merupakan salah satu perbuatan baik yang dapat menghalang kita dari dibebani kemungkaran atau salah yang kita lakukan. 

Hakikatnya, kita akan jatuh ke dalam gelumang dosa pada sekali-sekala di dalam kehidupan. Allah menciptakan kita dan Dia Maha Mengetahui atas semua dosa-dosa hamba-Nya. Dengan sebab itu, di dalam Al-Quran, Allah disebut sebagai Yang Maha Penyayang.

Sangat membantu bagi kita untuk konteks bahawa Allah disebut sebagai Yang Maha Penyayang, kerana Dia menunjukkan rahmat-Nya lebih dari kemurkaan-Nya. Jadi persoalaannya: bagaimana kah cara membaca doa sunat taubat dengan betul?

Pengampunan dari Allah boleh dipohon di dalam doa dengan mengikut langkah-langkah yang akan kita bincang selepas ini. Sunat taubatwajib ditunaikan di dalam keadaan anda mempunyai wudhu dan penuh dengan rasa kesal kerana melanggar batas-batas Allah.

DEFINISI TAUBAT

Terma “taubat” itu sendiri bermaksud meminta keampunan daripada Allah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Dengan pengampunan yang datangnya ikhlas dari hati, atau ingin bertaubat, menjadi kedudukan kita sebagai Muslim di mata Allah diangkat kerana proses bertaubat termasuklah:

Maklum atas segala salah silap dan dosa, berasa hina atau serba salah kerana mungkar dengan kepercayaan Allah untuk taat akan perintah-Nya, dan berjanji atau berusaha dengan seluruh tenaga untuk tidak mengulangi perkara yang sama

GANJARAN BERTAUBAT

1. Membuka jalan kejayaan

Kita sering melupakan kebaikan Allah dan apa jua yang berkaitan dengan keberkatan dan ganjaran pahalaNya, begitu juga dengan sokongan dan perlindungan dariNya, dengan terus memilih arah tuju yang gelap dan penuh kemungkaran.

Akan tetapi, bila tiba saatnya kita bertaubat, kita boleh beranggapan bahawasanya Allah akan membantu kehidupan kita, iaitu memastikan kejayaan kita di dunia dan di akhirat sana.

2. Pelindung daripada kesusahan dan ujian

Sebagai manusia, dosa pastinya akan datang kembali di kehidupan ini dan di kehidupan abadi kita. Semakin banyak dosa yang kita lakukan, semakin berkuranglah keberkatan Allah yang kita miliki, malah makin dibebani dengan masalah dan halangan.

Makanya, penyesalan jugalah yang membawa kita keluar dari masalah-masalah dunia.

3. Bantu bersihkan hati nurani

Kita semua tahu dosa-dosa seringkali diikuti dengan rasa bersalah yang bersarang di dalam hati. Sementara kita dibutakan dengan rasa bersalah, pengalam sebegini yang menenggelamkan kebahagiaan diri kita.

Sebaliknya, dengaan bertaubat, rasa bersalah itu akan pudar dan hati kita diisi pula dengan rasa bahagia.

4. Allah makin sayang

Perlulah kita beringat bahawa sekembalinya kita kepada Allah dengan penyesalan atau bertaubat membuat Allah makin sayang akan hamba-Nya kerana itu adalah satu ibadah yang paling Allah suka. Kita akan memperoleh kasih-Nya dengan berada di samping orang-orang yang bertaubat.

5. Membuatkan doa anda didengari

Sudah banyak Hadis nabi memberitahu kita yang Allah lebih mendengari doa-doa mereka yang tertindas, pengembara, mereka yang mencari Allah di dalam sujudnya, mereka yang berpuasa dan sebagainya.

Kenapa? Kerana pada masa inilah hati mereka berada di tahap pengharapan mereka sepenuhnya kepada Allah, sekaligus menjadikan mereka sangat ikhlas ketika berdoa.

Sama seperti bertaubat, hati kita berada di serendah-rendah tempat dan kebergantungan kita pada masa itu hanyalah pada Allah. Maka doa kita cenderung untuk didengari ketika dalam proses bertaubat.

DOA SUNAT TAUBAT

Untuk keampunan dan belas kasihan

قَالَا رَبَّنَا ظَلَمۡنَاۤ اَنۡفُسَنَا وَاِنۡ لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَـنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَـنَكُوۡنَنَّ مِنَ الۡخٰسِرِيۡنَ‏ 

Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi”.

 (Surah Al-A’raf, 7:23)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ فِعْلَ الخَيْرَاتِ وَتَرْكَ المُنْكَرَاتِ وَحُبَّ المَسَاكِينِ وَأَنْ تَغْفِرَ لِي وَ تَرْحَمَنِي

”Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku dapat melakukan perbuatan-perbuatan baik, meninggalkan perbuatan mungkar, mencintai orang miskin, dan agar Engkau mengampuni dan menyayangiku. Jika Engkau hendak menimpakan suatu fitnah (malapetaka) pada suatu kaum, maka wafatkanlah aku dalam keadaan tidak terkena fitnah itu. Dan aku memohon kepada-Mu rasa cinta kepada-Mu, rasa cinta kepada orang-orang yang mencintaimu, dan rasa cinta kepada segala perbuatan yang mendekatkanku untuk mencintai-Mu”. 

 (Jami At-Tirmizi)

Untuk keampunan dan penyesalan

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

“Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya, aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.”

 (Sahih Muslim)

Untuk keampunan di masa lampau, masa hadapan, sama ada tersurat atau tersirat

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

“Wahai Tuhan, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada tuhan sebenar melainkan Engkau.”

(Sahih Muslim)

Untuk keampunan dan mencegah rasa menyesal kepada pengikut

رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُواْ رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفُ رَّحِيم

“Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu”.

 (Surah Al-Hashr, 59:10)

Untuk penyingkiran perbuatan jahat dan berada bersama orang benar ketika kita mati

رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأَبْرَارِ

“Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti”

(Surah Ali Imran, 3:193)

Akhir kalam, menunaikan solat sunat taubat membawa kita lebih dekat dengan Allah dan membuat kita sedar akan dosa-dosa dan inginkan peluang yang baru di antara anda dan Pencipta.

Doa boleh jadi semudah kata hati ada, ini adalah sekadar panduan. Anda boleh cipta doa sendiri secara khusus selepas ini. Semoga kita terus menjadi hambar yang sering bergantung hanya kepada Allah dan mengelak dari melakukan kesalahan yang sama di masa hadapan.

Sumber:

https://www.quranicconnection.tv/salat-al-tawbah/

https://www.iqrasense.com/repentance-tawbah/merits-and-rewards-of-tawbah-repentance-to-allah.html

https://muslim.sg/articles/powerful-duas-for-forgiveness-from-allah

Summary
Doa Sunat Taubat, Lebih dari Sekadar Sebuah Doa
Article Name
Doa Sunat Taubat, Lebih dari Sekadar Sebuah Doa
Description
Membaca doa sunat taubat merupakan salah satu perbuatan baik yang dapat menghalang kita dari dibebani kemungkaran atau salah yang kita lakukan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: