doa neelofa

Doa Neelofa merupakan doa yang dipraktikkan oleh pelakon kesayangan anda dalam kehidupan seharian. Doa Neelofa juga dikongsi di pelbagai platform media sosial supaya ramai orang dapat mengamalkan doa tersebut agar diberkati dan diredhai oleh Allah SWT.

Noor Neelofa Mohd Noor lahir 10 Februari 1989 adalah pelakon, penyampai televisyen, model komersial dan usahawan Malaysia. Dia menjadi terkenal ketika menyertai pertandingan ratu cantik, Dewi Remaja, memenangi gelaran Dewi Remaja 2009/10 anjuran majalah remaja Malaysia, Remaja.

Dia mendapat pendidikan Sarjana Perdagangan dan Pemasaran Antarabangsa di Sunway University College. Neelofa dinobatkan sebagai ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ pada tahun 2017. Di luar kerjaya hiburannya, dia telah terlibat dalam pelbagai perniagaan dan melancarkan Naelofar Hijab.

Doa Yang Dipraktikkan oleh Neelofa Untuk Murah Rezeki

Ya Allah yang Maha pemurah

beri kan Aku rezeki seluas langit mu

Rezeki yang berkat

Rezeki yg tak pernah putus putus seperti air Zam Zam

Rezeki yg bertebaran Di setiap pelusuk dunia

Rezeki yang membawa kebaikan

Rezeki yang membawa Aku ke Syurga mu

Rezeki yang tidak di jangka jangka

Rezeki yang menjangkau akal fikiran

Rezeki yang boleh bantu Aku berdakwah Di negara2 islam

Rezeki yang boleh membawa pendakwah ke seluruh negara islam

Rezeki yang boleh bawak Aku Dan seluruh keluarga ku sahabat ku guru guru ku kenalan ku ke syurga mu Ya Allah

Amin

Doa memohon agar Tuhan mempermudahkan urusan hidup

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara yang susah boleh Engkau jadikan mudah apabila Engkau mengkehendakinya.

“Wahai Rabb yang Maha Hidup, wahai Rabb yang Maha Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan.

“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku dan mudahkanlah bagiku urusanku,” 

Jom amalkan doa-doa yang telah dikongsikan oleh Neelofa, semoga sahaja urusan kita di dunia mahupun di akhirat dipermudahkan oleh Allah SWT. Lagipula, doa itu adalah senjata umat Islam.

Sumber:

  1. https://www.kosmo.com.my/2021/03/24/neelofa-mohon-doa-dipermudahkan-urusan/
  2. https://www.facebook.com/390158518111514/posts/jom-amalkan-doa-macam-neelofar-no-wonder-rezeki-dia-sentiasa-tidak-putus-putusdo/708223996304963/

Tagged: