doa hari lahir

Doa hari lahir hadir dalam versi panjang dan versi pendek. Doa hari lahir juga boleh didefinisikan sebagai mengungkap kata-kata yang baik kepada seseorang dan berdoa agar seseorang itu mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Hari lahir adalah hari untuk menandakan sudah tiba ulang tahun kelahiran seseorang. Hari lahir adalah hari ketika seseorang mula-mula memasuki alam dunia untuk hidup. Hari lahir disambut di seluruh dunia dengan cara yang berbeza sekali setahun.

Doa Hari Lahir:-

Doa Hari Lahir Versi Panjang

Ya Allah!
Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmatMu, pada hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepadaMu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari mu jua.

Ya Allah!
Bersempena sambutan hari lahir kami hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan dan membesarkan kami sehingga menjadikan kami golongan yang berjaya pada hari ini.

Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan kami dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurgaMu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan kami dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurgaMu nanti.

Ya Allah!
Seandainya ibu dan ayah kami telah pergi meninggalkan kami buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurgaMu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.

Seandainya ibu dan ayah masih bersama kami, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi kami sejak kami masih dalam kandungan lagi.

Ya Allah! 
Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.

Doa Selamat Hari Lahir Versi Pendek

Sanah Helwah. Semoga dikurniakan iman yang sempurna, akhlak yang terpuji, pekerti yang mulia, umur yang bermanafaat, rezeki yang halal, ilmu yang berguna, jodoh yang membahagiakan, hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.

Ya Allah, dalam lembaran baru di kehidupannya, Kau muliakanlah dan sayangilah dia. Bahagiakanlah keluarganya. Sihatkanlah tubuh badanya. Kau berkatilah rezeki yang diperolehinya. Kuatkan imannya dan berikan kenikmatan dalam ibadahnya. Mudah-mudahan dia sentiasa berbahagia. Aamiinn.

Contoh Ucapan Hari Lahir Yang Boleh Anda Ungkapkan:-

1. Semoga Allah terus memberkati anda. Selamat hari lahir semoga panjang umur dan murah rezeki.

2. Semoga Allah terus memberkati anda dengan cinta ilahi-Nya sehingga hari ini. Selamat hari lahir kepada anda.

3. Saya berdoa agar Allah supaya anda diberi kekuatan dan sumber daya yang cukup untuk tugas-tugas yang akan datang. Selamat hari lahir kepada anda

4. Semoga Allah terus memberi anda tahun baru yang penuh dengan kasih dan rahmat-Nya. Selamat hari lahir kepada anda.

5. Semoga Allah menjaga jiwa anda suci dari kekotoran dunia dan memberi anda kekuatan untuk berdiri suci selama-lamanya. Selamat hari lahir kepada anda.

6. Saya berharap anda mendapat anugerah rezeki yang melimpah ruah dalam kehidupan dan sentiasa diredhai Allah. Selamat hari lahir anda.

7. Semoga Allah memberi anda banyak sumber kekuatan untuk memainkan peranan penting dalam kehidupan agar menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik untuk kita semua. Selamat hari lahir kepada anda.

8. Walaupun Allah tidak akan memberi cabaran yang lebih kecil kepada anda, saya berdoa Dia akan memberi anda kekuatan untuk mengatasinya. Selamat hari lahir kepada anda.

9. Semoga tahun yang baru ini diberikan oleh Allah kepada kamu untuk berkongsi kegembiraan hidup dengan semua orang disekeliling. Selamat hari lahir kepada anda.

10. Semoga Allah memberkati anda pada hari istimewa ini dan seterusnya. Selamat Hari Lahir untuk anda!

Ucapkan la kata-kata yang baik pada hari lahir seseorang itu agar dia merasa gembira pada hari pentingnya. Selamat mencuba!

SUMBER:

1) https://limitlesso.com/islamic-birthday-duas/

2) https://en.wikipedia.org/wiki/Birthday

3) https://www.1001ucapan.com/tag/doa-hari-lahir/

Summary
Doa Hari Lahir: Belajar dan Beramal!
Article Name
Doa Hari Lahir: Belajar dan Beramal!
Description
Doa hari lahir hadir dalam versi panjang dan versi pendek. Doa hari lahir juga boleh didefinisikan sebagai mengungkap kata-kata yang baik
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: