Doa Akhir Tahun

Doa akhir tahun akan dibaca pada sebelum Maghrib awal muharram iaitu petang 30 Zulhijjah. Awal Muharram atau popular di sebut Maal Hijrah merupakan peristiwa yang penting bagi seluruh umat Islam.

Tidak sama dengan sambutan tahun baru masihi yang disambut meriah dengan pelbagai acara seperti percikan bunga apa atau konsert. Bagi tahun baharu hijrah kita dianjurkan untuk mempertingkatkan azam dengan meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Sebagai umat Islam perlu menghayati Maal Hijrah dengan membawa diri untuk berhijrah mencari kebaikan, kejayaan dan kemanisan iman. Bersempenadengan sembutan tahun baharu kita hendaklah muhasabah diri kita dan memperelokkan peribadi kita yang masih banyak perlu dibaiki.

Antara Perkara yang dianjurkan untuk dilakukan bagi menyambut awal muharram ialah dengan membaca doa akhir tahun. Doanya dibaca beberapa minit sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir waktu asar penghujung tahun Hijrah. Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.

Doa Akhir Tahun

اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْتُ مِنْ عَمَلٍ فِي هَذِهِ السَّنَةِ مَا نَهَيْتَنِي عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ مِنْه وَحَلُمْتَ فِيْها عَلَيَّ بِفَضْلِكَ بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِي وَدَعَوْتَنِي إِلَى التَّوْبَةِ مِنْ بَعْدِ جَرَاءَتِي عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّي اسْتَغْفَرْتُكَ فَاغْفِرْلِي وَمَا عَمِلْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَى وَوَعَدْتَّنِي عَلَيْهِ الثّوَابَ فَأَسْئَلُكَ أَنْ تَتَقَبَّلَ مِنِّي وَلَا تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ

“Allahumma ma ‘amiltu min ‘amalin fi hazihis sanati ma nahaitani ‘anhu, wa lam atub minhu, wa hamalta fiha ‘alayya bi fadhlika ba‘da qudratika ‘ala ‘uqubati, wa da‘autani ilat taubati min ba‘di jara’ati ‘ala ma‘shiyatik. Fa inni astaghfiruka, faghfirli wa ma ‘amiltu fiha mimma tardha, wa wa‘attani ‘alaihits tsawaba, fa’as’aluka an tataqabbala minni wa la taqtha‘ raja’i minka ya karim.”

Maksudnya:

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami nabi Muhammad SAW, beserta para keluarga dan sahabatnya.

Ya Allah, segala yang telah aku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang aku belum bertaubat, padahal Engkau tidak meredhainya dan melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu) kepadaku, yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan seksa untukku dan Engkau telah mengajakku untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat kepada-Mu. Kerana itu, aku mohon keampunan-Mu dan berilah ampunan kepadaku. Segala apa yang telah aku kerjakan selama tahun ini berupa amal perbuatan yang Engkau redhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala. Aku memohon kepada-Mu ya Allah wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan semoga berkenan menerima amalku dan semoga Engkau tidak memutuskan harapanku kepada-Mu wahai Dzat Yang Maha Pemurah.

Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas junjungan kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya dan Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.

Kemudian Selepas Melaksanakan solat maghrib anda bolehlah membaca doa awal tahun. Pada waktu maghrib bermula la hari dan tahun baru mengikut Islam.

Doa Awal Tahun

Doa ini dibaca sebanyak tiga (3) kali.

اَللَّهُمَّ أَنْتَ الأَبَدِيُّ القَدِيمُ الأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ العَظِيْمِ وَكَرِيْمِ جُوْدِكَ المُعَوَّلُ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ، أَسْأَلُكَ العِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِه، وَالعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالاِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الجَلَالِ وَالإِكْرَامِ

“Allahumma antal abadiyyul qadimul awwal. Wa ‘ala fadhlikal ‘azimi wa karimi judikal mu‘awwal. Haza ‘amun jadidun qad aqbal. As’alukal ‘ishmata fihi minas syaithani wa auliya’ih, wal ‘auna ‘ala hadzihin nafsil ammarati bis su’I, wal isytighala bima yuqarribuna ilaika zulfa, ya dzal jalali wal ikram.”

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah yang abadi, dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kemurahan-Mu tempat bergantung. Dan tahun baru ini benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) syaitan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.

Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan dan penghulu kami Muhammad beserta para keluarga dan sahabatnya dan Segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Dalil Doa Awal Bulan

عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ: ” اَللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ رَبِّيْ وَرَبُّكَ اللهُ ” رواه الدارمي والترمذي وقال: حديث حسن

Dari Thalhah bin Ubaidillah R.A, bahawa Rasulullah SAW apabila melihat hilal (bulan pada tanggal 1, 2 dan 3), maka beliau berdoa: “Ya Allah, perlihatlah bulan ini kepada kami dengan kebahagiaan, keimanan, keselamatan dan keislaman. Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1730] dan al-Tirmidzi [3451]. Al-Tirmidzi berkata: “Hadits ini hasan”.).

عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : ” اَللهُ أَكْبَرْ ، اَللّهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِاْلأَمْنِ وَاْلإِيْمَانِ وَالسَّلاَمَةِ وَاْلإِسْلاَمِ ، وَالتَّوْفِيْقِ لِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَى ، رَبُّنَا وَرَبُّكَ اللهُ “. رواه الدارمي

Dari Ibnu Umar R.A berkata: “Rasulullah SAW apabila melihat hilal, maka berdoa: “Allah Maha Besar. Ya Allah, perlihatkanlah bulan ini kepada kami dengan keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan pertolongan pada apa yang Engkau cintai dan Engkau ridhai. Tuhan kami dan Tuhanmu adalah Allah.” (HR. al-Darimi [1729]).

عَنْ قَتَادَةَ ، أَنَّهُ بَلَغَهُ ، أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَأَى الْهِلاَلَ قَالَ : ” هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، هِلاَلُ خَيْرٍ وَرُشْدٍ ، آَمَنْتُ بِاللهِ الَّذِيْ خَلَقَكَ ” ، ثلاث مرات ، ثم يقول : ” اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ ذَهَبَ بِشَهْرِ كَذَا وَجَاءَ بِشَهْرِ كَذَا “. رواه ابو داود

Dari Qatadah, bahawa telah sampai kepadanya, bahawa Rasulullah SAW apabila melihat hilal, maka berdoa: “Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Semoga bulan ini membawa kebaikan dan petunjuk. Aku beriman kepada Allah yang telah menciptakanmu.” Sebanyak tiga kali, kemudian berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah membawa pergi bulan ini, dan datang dengan bulan ini.” (HR. Abu Dawud [5092]).

Berdasarkan hadis tersebut bolehlah kita sandarkan bahawa amalan membaca doa tahun baru ini adalah sunnah Rasulullah SAW. Setiap amal yang dilakukan haruslah berniat semata-mata Allah SWT. Melalui cara itu kita mampu memupuk keikhlasan diri kita dalam beribadah.

Semoga bermanfaat. Wallahu’alam!

SUMBER:

https://theinspirasi.my/doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-hijrah/

https://sinarplus.sinarharian.com.my/agama/usah-lepaskan-peluang-baca-doa-akhir-tahun-dan-awal-tahun-petang-ini/

https://www.infosentral.my/bacaan-doa-akhir-awal-tahun-hijrah/

Summary
Doa Akhir Tahun Untuk Menyambut Tahun Baru Islam
Article Name
Doa Akhir Tahun Untuk Menyambut Tahun Baru Islam
Description
Doa akhir tahun akan dibaca pada sebelum Maghrib awal muharram iaitu petang 30 Zulhijjah. Awal Muharram atau popular di sebut Maal Hijrah merupakan peristiwa yang penting bagi seluruh umat Islam.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: