disfungsi seksual wanita
Masalah seksual, atau disfungsi seksual merujuk kepada masalah yang terjadi semasa fasa kitaran tindak balas seksual yang menghalang individu atau pasangan daripada mengalami kepuasan seksual.

Masalah seksual, atau disfungsi seksual wanita merujuk kepada masalah yang terjadi semasa fasa kitaran tindak balas seksual yang menghalang individu atau pasangan daripada mengalami kepuasan seksual. Kitaran tindak balas seksual mempunyai empat fasa: keseronokan, plateau, klimaks dan resolusi. 

Walaupun penyelidikan mencadangkan bahawa disfungsi seksual adalah perkara biasa (43% wanita dan 31% lelaki melaporkan beberapa tahap kesukaran) dan merupakan topik yang diragukan atau malu untuk dibincangkan. Mujurlah, kebanyakan kes-kes disfungsi seksual ini boleh dirawat, jadi ianya adalah penting agar anda berkongsi kebimbangan itu dengan pasangan dan doktor.

Simptom Disfungsi seksual wanita

Gejala yang berbeza adalah bergantung kepada jenis disfungsi seksual yang anda alami:

  • Keinginan seksual yang rendah. Ini adalah aspek paling umum bagi masalah disfungsi seksual wanita dan melibatkan kekurangan minat seksual dan kesanggupan untuk menjadi seksual.
  • Gangguan keterujaan seksual. Keinginan anda untuk membuat seks mungkin kuat, tetapi anda mungkin mengalami kesukaran dengan keterujaan atau tidak terangsang atau mengekalkan keterujaan semasa aktiviti seksual.
  • Gangguan orgasmik. Anda mengalami kesukaran yang sama atau berulang dalam mencapai tahap klimaks selepas rangsangan seksual yang mencukupi dan berterusan.
  • Gangguan kesakitan seksual. Anda mengalami kesakitan yang berkaitan dengan rangsangan seksual atau hubungan faraj.

Punca Disfungsi seksual wanita

Disfungsi seksual boleh terjadi disebabkan masalah fizikal atau psikologi.

  • Penyebab fizikal. Banyak keadaan fizikal dan/ atau perubatan boleh menyebabkan masalah dengan fungsi seksual. Keadaan ini termasuk kencing manis, penyakit jantung, penyakit neurologi, ketidakseimbangan hormon, menopaus serta penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang atau kegagalan hati, termasuklah pengambilan minuman keras atau penyalahgunaan dadah. Di samping itu, kesan sampingan ubat tertentu termasuk ubat antidepresan juga boleh menjejaskan keinginan dan fungsi seksual.             
  • Penyebab psikologi. Ini termasuk tekanan dan kegelisahan yang berkaitan dengan pekerjaan, kebimbangan mengenai prestasi seksual, masalah perkahwinan atau hubungan, kemurungan, perasaan bersalah atau kesan trauma seksual masa lalu.  

Diagnosis Disfungsi seksual wanita

  • Pemeriksaan terperinci

Diagnosis biasanya melibatkan pemeriksaan terperinci mengenai kedua-dua pasangan seks, ketika bersendirian dan ketika bersama. Doktor akan bertanyakan mengenai gejala, gangguan lain, penggunaan dadah, hubungan dengan pasangan, perasaan, harga diri, hubungan zaman kanak-kanak, pengalaman seksual lepas dan sifat keperibadian.

  • Pemeriksaan pelvik

Sekiranya wanita mengalami kesakitan, doktor akan melakukan pemeriksaan pelvik. Doktor juga akan cuba melakukan pemeriksaan ini sebaik mungkin. Ini akan dilakukan dengan perlahan dan doktor sering menjelaskan prosedur pemeriksaan secara terperinci. Sekiranya wanita itu ingin melihat alat kelaminnya, mereka boleh memberikan cermin untuk melihatnya bagi membantu dia berasa lebih terkawal. Jika dia takut sekiranya ada benda yang memasuki faraj, dia boleh memegang tangan doktor untuk mengawal pemeriksaan dalaman. Bagi mendiagnosis masalah seksual, doktor biasanya tidak perlu menggunakan instrumen seperti spekulum untuk melakukan pemeriksaan dalaman.

  • Ujian Pap

Walau bagaimanapun, jika doktor mengesyaki terdapatnya penyakit yang dijangkiti melalui hubungan seksual, doktor akan memasukkan spekulum ke dalam faraj untuk mengembangkan dinding faraj (seperti yang dilakukan semasa Papanicolaou, atau ujian Pap) dan mengambil sampel cecair dari situ. Sampel kemudian akan dikaji bagi mengesan kehadiran organisma yang boleh menyebabkan penyakit kelamin dan menghantar sampel ke makmal. Di sana, organisma akan ditumbuhkan (kultur) agar dapat dikenal pasti dengan lebih mudah.

Faktor Risiko Disfungsi seksual wanita

Sesetengah faktor boleh meningkatkan risiko disfungsi seksual anda:

  • Kemurungan atau kebimbangan.
  • Penyakit jantung dan saluran darah.
  • Keadaan neurologi, seperti kecederaan saraf tunjang atau sklerosis berbilang.
  • Keadaan ginekologi, seperti atrofi ‘vulvovaginal’, jangkitan atau ‘lichen sclerosus’.
  • Pengambilan ubat tertentu, seperti ubat antidepresan atau ubat tekanan darah tinggi.
  • Tekanan emosi atau psikologi, terutamanya yang berkaitan dengan hubungan anda dengan pasangan anda.
  • Sejarah penderaan seksual.

Rawatan Disfungsi seksual wanita

Anda perlu diingatkan bahawa masalah disfungsi seksual dikira sebagai masalah hanya jika ia mengganggu anda. Jika ia tidak mengganggu anda, tiada rawatan diperlukan.

Memandangkan disfungsi seksual wanita mempunyai banyak gejala dan faktor yang mungkin menyebabkannya, rawatan yang dibuat adalah berbeza-beza. Jadi, ia adalah penting bagi anda untuk memberitahu kebimbangan itu, serta memahami tubuh anda dan tindak balas seksual yang normal. Matlamat untuk kehidupan seks anda juga adalah penting untuk memilih rawatan dan menilai sama ada ia berfungsi untuk anda atau tidak.

Seterusnya, wanita yang mempunyai masalah seksual sering mendapat manfaat daripada pendekatan rawatan gabungan yang menangani masalah perubatan dan hubungan serta emosi.

Rawatan bukan perubatan untuk disfungsi seksual wanita

Bagi merawat masalah disfungsi seksual, doktor mungkin menyarankan anda bermula dengan strategi ini:

  • Bercakap dan dengar. Komunikasi terbuka dengan pasangan anda boleh memberi perbezaan dalam kepuasan seksual anda. Walaupun anda tidak selalunya bercakap tentang apa yang disukai dan tidak disukai, belajar berbuat demikian dan beri maklum balas dengan cara yang tidak menonjol bagi menetapkan tahap untuk keintiman yang lebih tinggi.
  • Amalan tabiat gaya hidup sihat. Hadkan pengambilan minuman keras yang terlalu banyak kerana ia boleh mengurangkan keinginan seksual anda. Aktif secara fizikal melalui aktiviti fizikal biasa dapat meningkatkan stamina dan meningkatkan emosi dan meningkatkan perasaan romantis. Ketahui cara untuk mengurangkan tekanan supaya anda boleh memberi tumpuan dan menikmati pengalaman seksual tersebut.
  • Dapatkan bantuan kaunseling. Bercakap dengan kaunselor atau ahli terapi yang pakar dalam masalah seksual dan hubungan. Terapi seringkali termasuk pendidikan tentang cara mengoptimumkan tindak balas seksual tubuh anda, cara untuk meningkatkan keintiman dengan pasangan anda dan cadangan untuk bahan bacaan atau latihan pasangan.
  • Gunakan pelincir. Pelincir faraj boleh membantu semasa melakukan hubungan seks jika anda mengalami kekeringan atau kesakitan semasa hubungan seks.
  • Penggunaan peranti. Rangsangan boleh dikuatkan dengan rangsangan pada kelentit. Gunakan penggetar (vibrator) untuk memberikan stimulasi di situ.

SUMBER

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/female-sexual-dysfunction/symptoms-causes/syc-20372549

https://www.webmd.com/women/guide/sexual-dysfunction-women#1

https://www.msdmanuals.com/home/women-s-health-issues/sexual-dysfunction-in-women/overview-of-sexual-dysfunction-in-women

Summary
Disfungsi seksual wanita (Female sexual dysfunction) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Article Name
Disfungsi seksual wanita (Female sexual dysfunction) - Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan
Description
Disfungsi seksual adalah masalah yang menghalang individu atau pasangan daripada mengalami kepuasan seksual.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: