Now Reading
Disfonia Spasmodik (Spasmodic Dysphonia) – Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

Disfonia Spasmodik (Spasmodic Dysphonia) – Jenis, Punca, Simptom, Diagnosis, Faktor Risiko dan Rawatan

disfonia spasmodik

Disfonia spasmodik yang juga dikenali sebagai ‘distonia pangkal tekak’ adalah gangguan di mana otot-otot yang menjana suara seseorang mengalami tempoh kekejangan. Ini menyebabkan gangguan atau sekatan dalam suara dan sering kali berlaku pada setiap beberapa ayat yang ditutur individu. Ia akhirnya boleh membuatkan percakapan seseorang sukar untuk difahami.

 

Jenis Disfonia Spasmodik

Terdapat 3 jenis Disfonia Spasmodik iaitu:

 

– Disfonia Spasmodik ‘Adductor’

Ini adalah jenis yang paling biasa.

 

– Disfonia Spasmodik ‘Abductor’

Jenis ini menyebabkan kekejangan secara tiba-tiba yang mencetuskan kod vokal untuk terbuka.

 

– Disfonia Spasmodik Campuran

Ini adalah gabungan kedua-dua jenis Disfonia.

 

Simptom Disfonia Spasmodik

Kekejangan pada vokal suara menyebabkan perubahan suara biasa. Suara seperti tercekik dan tegang untuk jenis Disfonia Spasmodik ‘Adductor’ dan bunyi pernafasan atau sekatan tanpa bunyi untuk jenis Disfonia Spasmodik ‘Abductor’. Ini dikemukakan seperti di bawah.

– Normal

  • “Kelembutan” pergerakan otot kotak suara.
  • Suara seperti air.

 

– Disfonia Spasmodik ‘Adductor’

  • “Jenis tertutup”: lipatan vokal dilipat bersama dengan menggunakan terlalu banyak daya dan boleh mengganggu ucapan.
  • Suara yang tegang dan seperti tercekik.

 

– Disfonia Spasmodik ‘Abductor’

  • “Jenis terbuka”: Lipatan vokal bergerak secara berasingan dan mengganggu ucapan.
  • Suara nafas atau sekatan tanpa bunyi dalam suara.

 

– Disfonia Spasmodik Campuran: Gabungan Gejala

Pesakit dengan jenis Disfonia Spasmodik Campuran mempunyai perubahan suara khas daripada kedua-dua jenis Disfonia yang ada.

  • Tiada ciri-ciri suara untuk jenis disfonia yang bercampur, tetapi penilaian secara berhati-hati terhadap suara itu akan dapat mengenal pasti kedua-dua ciri suara yang tegang, kejang dan suara pernafasan atau bunyi yang tidak bersuara.

 

– Tahap gejala Disfonia Spasmodik yang berbeza

  • Tahap gejala penyakit Disfonia biasanya berbeza dari hari ke hari bahkan juga berbeza dalam satu hari yang sama.
  • Kadangkala, suara mungkin kedengaran normal, sementara pada masa lain ia boleh kedengaran tidak normal.

 

– Kebimbangan Biasanya Menimbulkan Masalah Suara

  • Rasa bimbang atau keletihan boleh menyebabkan gejala menjadi lebih ketara.
  • Bercakap dengan orang yang tidak dikenali, membuat pengucapan awam atau bercakap dalam situasi yang janggal sering membuatkan simptom menjadi lebih buruk. Ini mungkin berlaku kerana kesemua situasi ini boleh meningkatkan tahap kebimbangan individu.

 

– Perbualan Telefon Yang Sukar

  • Kebanyakan individu dengan penyakit Disfonia Spasmodik mengalami kesukaran ketika menggunakan telefon.

 

– Menjadi Tenang Boleh Mengurangkan Gejala

  • Gejala biasanya paling ringan dalam keadaan yang sudah terbiasa.

 

– Masalah Suara Ketika Tugas Yang Spesifik

Disfonia Spasmodik seperti kebanyakan jenis Disfonia yang lain adalah tugas yang spesifik. Masalah suara berlaku hanya semasa adanya tugas suara tertentu.

  • Dalam kes Disfonia Spasmodik, ia selalu berlaku dalam ucapan perbualan.
  • Suara nyanyian mungkin masih kekal normal.

 

– Corak Gejala Lain

  • Kadangkala, gejala-gejala akan hilang dalam keadaan beremosi, seperti ketika orang sedang sedih, marah atau ketawa.
  • Aktiviti menelan dan bernafas yang melibatkan fungsi penting pangkal tekak yang lain selalunya tidak terjejas.

 

Punca Disfonia Spasmodik

Kotak suara anda (pangkal tekak) diperbuat daripada tulang rawan, otot dan membran mukus yang terletak di bahagian atas trakea dan pangkal lidah anda. Bunyi dicipta apabila kod vokal anda bergetar.

Getaran ini berasal dari udara yang bergerak melalui pangkal tekak dan menyebabkan kedudukan kod vokal anda lebih dekat antara satu sama lain. Ia juga membantu menutup kotak suara anda apabila anda menelan bagi menghalang anda daripada menyedut makanan atau cecair.

Jika kod vokal anda meradang, berlaku pertumbuhan atau menjadi lumpuh, mereka tidak dapat berfungsi dengan baik dan anda mungkin akan mengalami gangguan suara.

Beberapa gangguan suara yang biasa termasuklah:

  • Laringitis.
  • Gangguan suara neurologi (Disfonia spasmodik).
  • Polip, nodul atau sista (cysts) pada kod vokal (kecederaan yang tidak menyebabkan kanser).
  • Kecederaan sebelum kanser serta kecederaan yang disebabkan oleh kanser.
  • Kelumpuhan atau kelemahan kod.
  • Tompok putih (leukoplakia).

 

Diagnosis Disfonia Spasmodik

Doktor akan meminta anda menjawab soalan terperinci tentang masalah suara anda dan memeriksa dengan teliti. Anestetik topikal boleh digunakan untuk membuatkan tisu anda berasa kebas sebelum doktor menggunakan salah satu alat berikut untuk memeriksa kod vokal anda:

  • Cermin. Sama seperti cermin pergigian, alat yang panjang dan keras dengan cermin bersudut dimasukkan ke dalam mulut anda.
  • Laringoskop fleksibel. Tiub fleksibel yang mengandungi cahaya dan kamera dimasukkan melalui hidung anda.
  • Laringoskop tegar. Tiub keras yang boleh dilihat dimasukkan melalui mulut anda.
  • Videostroboskop. Kamera digabungkan dengan cahaya berkelip untuk memberikan imej secara perlahan pada kod suara anda apabila bergerak.

Ujian tambahan kadangkala dibuat seperti:

  • Analisis bunyi (akustik). Menggunakan analisis komputer, doktor anda boleh mengukur sesuatu kelainan dalam bunyi yang dihasilkan oleh kod vokal.
  • Elektromiografi pangkal tekak. Jarum kecil dimasukkan melalui kulit untuk mengukur arus elektrik di dalam otot kotak suara anda.

 

Faktor Risiko Disfonia Spasmodik

Banyak faktor risiko yang boleh menyumbang kepada gangguan suara, termasuk:

  • Peningkatan umur.
  • Pengambilan minuman keras.
  • Alergi
  • Penyakit refluks gastroesofagus.
  • Penyakit seperti selesema atau jangkitan pada pernafasan.
  • Pembersihan tekak yang tidak betul setelah satu tempoh yang lama.
  • Gangguan neurologi.
  • Tekanan psikologi.
  • Parut dari pembedahan leher atau disebabkan trauma ke bahagian hadapan leher.
  • Menjerit.
  • Merokok.
  • Kanser tekak.
  • Dehidrasi tekak.
  • Masalah tiroid.
  • Penyalahgunaan suara atau penggunaan suara yang berlebihan.

 

Rawatan Disfonia Spasmodik

Bergantung kepada diagnosis anda, doktor anda akan mengesyorkan satu atau lebih rawatan seperti:

  • Rehat, cecair dan terapi suara. Seperti mana-mana bahagian badan yang lain, kod vokal memerlukan rehat dan cecair yang teratur. Pakar patologi pertuturan boleh mengajar anda cara menggunakan suara anda dengan lebih cekap melalui terapi suara. Terapi ini juga boleh membantu anda mengetahui cara untuk membersihkan kerongkong dengan betul serta berapa banyak cecair yang perlu diminum.
  • Rawatan alergi. Sekiranya alergi menyebabkan lendir yang terlalu banyak di dalam tekak anda, doktor atau pakar alahan boleh mengenal pasti punca alahan dan memberikan rawatan.
  • Berhenti merokok. Jika masalah suara anda berlaku disebabkan faktor merokok, berhenti merokok boleh membantu memperbaikkan suara anda berserta dengan hal kesihatan lain seperti meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan risiko kanser.
  • Ubat-ubatan. Beberapa ubat boleh digunakan untuk merawat gangguan suara. Bergantung pada punca gangguan suara anda, anda mungkin memerlukan ubat untuk mengurangkan keradangan, merawat refluks gastroesophageal atau mencegah pertumbuhan saluran darah. Ubat ini boleh diambil melalui mulut, disuntik ke dalam kod vokal atau digunakan secara topikal semasa pembedahan dibuat.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/spasmodic-dysphonia

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/voice-disorders/symptoms-causes/syc-20353022

error: Content is protected !!