Pulau Randai

Dimakah Pulau Randai ini? Dimakah lokasinya? Ia menjadi tanda tanya bagi semua orang yang menonton drama bersiri yang berjudul Hilang Yang Kembali yang disiarkan di TV3.

Drama bersiri ini di arahkan oleh saudara Amor Rizan dan mempunyai 12 episod. Para pelakon terdiri daripada Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, Kazar Abd Razak, Damia Qaissara, Adam, Syed Irfan, Nur Auni Zahra, Ameer Imran.

Sinopsis Drama

Hilang Yang Kembali mencertiakan kesah konflik kekeluargaan yang terjadi aapabila anak kepada Farra iaitul Danial yang berusia 9 tahun hilang ketika mereka bercuti di pulau Randai bersama anaknya Danish 8 tahun dan suaminya Razif. Seluruh pulau mereka mencari Danial tapi masih tidak menjumpai. Razif meminta supaya Farra pulang dahulu ke Kuala Lumpur dan dia berjanji akan mencarai Danial sehingga jumpa.

Razif pulang semula ke Kuala Lumpur setelah sebulan mencari anaknya tetapi sayang Danial masih tidak ketemui. Farra berasa kecewa dengan Razif kerana gagal mengotakan janjinya dan ini memberi kesan kepada perhubungan Farra dan Razif. Dalam pada masa yang sama Farra terus berharap yang anaknya akan pulang semula suatu hari nanti.

10 tahun kemudian datang seorang remaja lelaki yang mengaku dia adahlah Danial anak kepada Farra dan Razif yang hilang di Pulau Randai. Pada awlanya Farra meragui remaja lelaki tersebut, tetapi setelah remaja itu menunjukkan kesan parut ditangannya dan gelang yang dipakai oleh Danial semasa dia hilang farra percaya yang remaja itu adalah anaknya yang hilang.
Bagi Razif, di masih tidak percaya bahawa remaja lelaki itu adalah anaknya yang hilang kerana razif mendapat berita yang anaknya sudah meninggal tetapidirahsiakan daripada Farra. Siapa yang kembali pulang? Semuanya terjawab dalam drama bersiri ini.

pulau randai

Plot Twist Yang Berlaku

Danial anak Ikmal (Zamarul Hisham)
Ikmal adalah suami kepada Sally dan mempunyai seorang anak perempuan tetapi dalam diam rupanya dia ada menyimpan perasaan terhadap Farra. Sebelum Farra berkahwin dengan Razif dia cuba memikat Farra akihrnya farra dan dia terlanjur. Ikmal berharap agar Farra membatalkan niat untuk berkawin dengan Razif tetapi die tetap meneruskan.

Farra mengetahui Danial bukan anak Razif
Semasa Danial kecil farah telah membuat ujan DNA terhada Danial kerana perlakuan Danial lebih kepada mirip Ikmal berbandin Razif dan keputusan ujian telah membutikan yang Danial adalah anak Ikmal bukannya Razif.

Kematian Sally
Sally isteri kepada Ikmal terlalu kecewa dan marah apabila mendengar sendiri perbualan Farra bersama doktor yang membuat ujian DNA Danial dan menyebabkan dia terbabit dalam kemalangan sehingga meragut naywanya. Danial pernah diberitahu oleh Alisa (anak kepada ikamal) yang meraka berdua adalah adik berdik tetapi Danial tidak boleh menerima kenyataan ini.

Razif buat ujin DNA Danial
Untuk membuktikan Danial itu adalah anak mereka yang hilang, dia telah membuat Ujian DNA terhadap Danial dan terbukti yang Danial bukan anak Razif.

Pengakuan Ikmal terhadap ketelanjuran bersama Farra
Apabila Ikmal telah mendengar penerangan Razif yang menyatakan Danial bukan anaknya, dengan tidak sengaja Ikmal telah memberi tahu yang Danial adalah anaknya bersama farra dihadapan Danish dan Alisa.

Keputusan DNA
Dengan kputusan DNA yang Razif terima, dia meberitahu bahawa keputusan tersebut telah membuktikan yang Danial bukan anaknya, jugak bukan anak Ikmal dan Farra.

Danial adalah Randi
Setelah semua rahsia terjawabm maka terbuktilah Danial adalah Randi kawan Danial dan Bunga semasa kecil Ketika Merika menjadi pelarian setelah diculik oleh Ibrahim iaitu bapa saudara bunga yang tamak mengaut seluruh harta Tuaan Ismail. Untuk membuatkan Farra percaya yang dia adalah Dania, di atelah membuat parut itu sendiri dan selama 3 tahun Randi mengintip perkembangan Farra sekeluarga sebelum dia munculkan diri.

Kematian Danial
Kematian Danial di rahsiakan oleh Razif selama 10 tahun daripada Farra. Semua terbongkar apabila Randi membertahu kepada Farra yang Razif adalah ketua sindikit penculikan kanak-kanak di Pulau Randai. Perculikan Danial terjadi apabial Ibrahim berdendam kepda Razif yang enggan mengabiskan bayaran upah kerja jahat yang dibuat oleh Ibrahim dan Ibrahim pun merancang penculikan Danial semasa mereka bercuti dipulau Randai.

Segalanya berpunca daripada Ikmal
Tidak disangka sama sekali bahawa semua kejadian ini berlaku berpunca daripada Ikmal kerana Ikmal telah membawa Razif ke dalam dunia sindikit penculikan kanak-kanak ketika Razif memerlukan duit. Niat Ikmal bukan untuk menolong Razif mendapat duit tetapi untuk membuatkan Farra membenci Razif dan perkahwinan mereka akan dibatalkan. Namun, Razif bijak menyembunyikan kegiatan jahatnya dari pengetahuan Farra dan Ikmal adalah ketua paling besar kumpulan penculikan di Pulau Randai yang telah menyerahkan semua kuasanya kepada Razif.

Maksud Randai
Randai adalah persembahan teater etnik Minangkabau, Indonesia yang menyatukan seni muzik, tarian, drama, nyanyian dan pencak silat.

Randai biasanya diadakan bagi upacara tradisi dan perayaan, untuk kisah panjang mungkin memakan masa beberapa malam. Ia dipersembahkan sebagai teater dalam bulatan untuk mencapai persamaan dan penyatuan antara penonton dan peserta.

Persembahan Randai merupakan campuran tarian, seni bela diri, tarian rakyat, nyanyian, dan lakonan. Kisah disampaikan melalui lakonan dan nyanyian dan kebanyakannya berasaskan lagenda Minangkabau dan cerita rakyat.

Randai bermula dari awal abad ke-20 hasil gabungan seni bela diri tempatan, penceritaan dan tradisi persembahan lain. Lelaki biasanya memainkan kedua-dua watak lelaki serta perempuan dalam cerita tersebut, tetapi sejak 1960-an wanita juga turut serta dalam persembahan ini.

pulau randai

Dimakah Pulau Randai : Masih menjadi tanda tanya? Jawapannya ya. Lokasi sebenar masih menjadi Tanda tanya. Adakah pulau ini cuma wujud didalm Drama Hilang yang Kembali sahaja.
Namu bergitu, drama ini banyak memberi pengajaran kepada siapa yang menontonya.

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Randai

http://www.bondachanteq.com/2019/09/review-drama-hilang-yang-kembali-slot-samarinda-tv3.html

Summary
Dimakah Pulau Randai : Masih Menjadi Tanda Tanya
Article Name
Dimakah Pulau Randai : Masih Menjadi Tanda Tanya
Description
Dimakah Pulau Randai ini? Dimakah lokasinya? Ia menjadi tanda tanya bagi semua orang
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: