Diethylpropion
Diethylpropion adalah perangsang yang serupa seperti amphetamine.

Pengenalan Diethylpropion

Diethylpropion adalah perangsang yang serupa seperti amphetamine. Ia adalah penekan selera makan yang mempengaruhi boleh sistem saraf pusat dan digunakan dalam jangka pendek (beberapa minggu), bersama dengan amalan diet yang betul untuk membantu menurunkan berat badan.

Kegunaan Diethylpropion

Diethylpropion digunakan bersama dengan senaman, diet rendah kalori dan program perubahan tingkah laku yang disahkan oleh doktor untuk membantu menurunkan berat badan. Ia digunakan pada individu yang mempunyai masalah obesiti dan tidak dapat menurunkan berat badan dengan diet dan bersenam sahaja. Menurunkan berat badan dapat mengurangkan banyak risiko kesihatan yang terjadi disebabkan obesiti, termasuk penyakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan kehidupan yang lebih pendek.

Ianya tidak diketahui bagaimana ubat ini boleh membantu individu menurunkan berat badan. Ia mungkin berfungsi dengan mengurangkan selera makan, meningkatkan jumlah tenaga yang digunakan oleh badan, atau dengan mempengaruhi bahagian otak tertentu.

Selain itu, Diethylpropion kadangkala dipreskripsikan untuk kegunaan lain. Jadi, bertanyakan pada doktor atau ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Kesan sampingan Diethylpropion

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alergi seperti gatal-gatal, sukar bernafas, bengkak pada bahagian muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Hubungi doktor anda sekaligus jika anda mempunyai:

  • sakit dada, sesak nafas (terutamanya semasa bersenam)
  • bengkak di pergelangan kaki atau kaki anda
  • kegelisahan, berasa gugup atau gelisah
  • kekejangan otot
  • perasaan gembira atau sedih
  • degupan jantung yang cepat atau berdebar, rasa berdebar di dada
  • perasaan ringan, seperti anda mungkin pengsan

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • loya, muntah, cirit-birit, sakit perut, sembelit
  • sakit kepala, penglihatan kabur
  • masalah tidur (insomnia)
  • pening, mengantuk, rasa letih
  • emosi tertekan
  • mulut kering, rasa tidak menyenangkan di mulut
  • penurunan nafsu seks
  • kemerahan, lebam atau ruam

Ini bukanlah senarai lengkap kesan sampingan yang mungkin berlaku. Hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat perubatan mengenai kesan sampingan Diethylpropion yang lain.

Interaksi Diethylpropion

Doktor atau ahli farmasi anda mungkin sudah mengetahui bahawa adanya kemungkinan interaksi ubat Diethylpropion dan mungkin akan mengawasi keadaan anda. Jangan mula, hentikan atau ubah dos ubat sebelum mendapatkan kepastian daripada doktor terlebih dahulu.

Ubat ini tidak boleh digunakan dengan ubat-ubatan tertentu kerana interaksi yang sangat serius mungkin berlaku. Sekiranya anda mengambil ubat penekan selera makan pada tahun lalu seperti phentermine, ephedra/ ma huang, beritahu doktor atau ahli farmasi anda sebelum memulakan pengambilan ubat ini.

Pengambilan perencat MAO dengan ubat ini juga boleh menyebabkan interaksi ubat yang serius (mungkin membawa maut). Elakkan mengambil perencat MAO (isocarboxazid, linezolid, methylene blue, moclobemide, phenelzine, procarbazine, rasagiline, safinamide, selegiline, tranylcypromine) semasa rawatan dengan ubat ini. Seterusnya, sebilangan besar perencat MAO juga tidak boleh diambil selama dua minggu sebelum rawatan dengan ubat ini. Tanya doktor anda bila hendak memulakan atau berhenti mengambil ubat ini.

Pastikan anda juga memberitahu doktor atau ahli farmasi anda mengenai semua produk preskripsi dan bukan preskripsi/ herba yang mungkin anda gunakan, terutamanya seperti ubat tekanan darah tinggi (seperti guanethidine, methyldopa), phenothiazines (seperti prochlorperazine, chlorpromazine), ubat perangsang lain (seperti amphetamines, methylphenidate, ubat jalanan seperti kokain atau MDMA / ‘ecstasy’).

Beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda mengambil produk lain yang boleh menyebabkan rasa mengantuk seperti ubat sakit opioid atau penghilang batuk (seperti codeine, hydrocodone), alkohol, ganja (kanabis), ubat untuk tidur atau kegelisahan (seperti alprazolam, lorazepam, zolpidem), relaksan otot (seperti carisoprodol, cyclobenzaprine), atau antihistamin (seperti cetirizine, diphenhydramine).

Dokumen ini tidak mengandungi semua kemungkinan interaksi yang boleh berlaku. Oleh itu, simpan senarai bagi semua ubat yang anda ambil dan berikannya dengan doktor dan ahli farmasi anda.

Kontraindikasi Diethylpropion

Sebelum mengambil Diethylpropion, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya; atau kepada ‘sympathomimetic amines’ lain (contohnya, dekongestan seperti pseudoephedrine, perangsang seperti amphetamines, penekan selera makan seperti phentermine); atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai diabetes, glaukoma, tekanan darah tinggi, tekanan darah tinggi di paru-paru (hipertensi paru), masalah jantung (seperti degupan jantung yang cepat/ tidak teratur, masalah injap jantung, serangan jantung sebelumnya), penyakit buah pinggang, masalah mental/ emosi (seperti kegelisahan, gangguan bipolar, psikosis, skizofrenia), sawan, strok, tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme), sejarah peribadi atau keluarga disebabkan gangguan penggunaan bahan (seperti penggunaan dadah/ alkohol secara berlebihan atau ketagihan).

Ubat ini boleh membuatkan anda pening atau mengaburkan penglihatan anda. Ia juga boleh membuatkan anda mengantuk. Jadi, jangan memandu, menggunakan mesin, atau melakukan perkara yang memerlukan kewaspadaan atau penglihatan yang jelas sehingga anda dapat melakukannya dengan selamat. Bercakap dengan doktor anda jika anda menggunakan ganja (kanabis).

Sekiranya anda menghidap diabetes, periksa gula darah anda secara berkala seperti yang diarahkan dan berikan keputusannya dengan doktor anda. Doktor anda mungkin perlu menyesuaikan ubat diabetes anda semasa rawatan dengan ubat ini.

Sebelum menjalani pembedahan pula, beritahu doktor atau doktor gigi tentang semua produk yang anda gunakan (termasuk ubat preskripsi, ubat bukan preskripsi dan produk herba).

Fungsi buah pinggang merosot apabila anda menjadi semakin tua. Ubat ini sepatutnya boleh dikeluarkan oleh buah pinggang tetapi proses itu mungkin tidak berjalan lancar kerana faktor umur. Oleh itu, orang tua mungkin berisiko lebih besar untuk mengalami simptom pening dan tekanan darah tinggi semasa menggunakan ubat ini.

Diethylpropion dan kehamilan

Semasa kehamilan, ubat ini harus digunakan hanya jika diperlukan dengan jelas. Ia tidak digalakkan untuk digunakan dalam jangka masa yang panjang atau dalam dos yang tinggi berhampiran tarikh kelahiran yang dijangkakan kerana berkemungkinan membahayakan bayi belum lahir.

Bincangkan risiko dan faedahnya dengan doktor anda. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang telah lama menggunakan ubat ini atau dalam dos yang tinggi mungkin mempunyai gejala penarikan seperti kegatalan atau keletihan yang melampau. Beritahu doktor dengan segera sekiranya anda mengesan gejala ini pada bayi baru lahir anda.

Dos Diethylpropion

Diethylpropion hadir sebagai tablet biasa (jangka panjang). Ia biasanya diambil tiga kali sehari, 1 jam sebelum makan (tablet biasa), atau sekali sehari pada waktu tengah hari (tablet pelepasan berpanjangan). Ikuti arahan pada label preskripsi anda dengan teliti, dan minta doktor atau ahli farmasi anda untuk menjelaskan bahagian yang anda tidak faham. Selain itu, ambil Diethylpropion tepat seperti yang diarahkan.

Jangan hancurkan, kunyah atau potong tablet, tetapi telan semuanya.

Diethylpropion mungkin membentuk kebiasaan. Jangan ambil dos yang lebih besar, lebih kerap, atau untuk jangka masa yang lebih lama berbanding yang dinyatakan oleh doktor anda. Hubungi doktor anda jika Diethylpropionthyl sudah tidak berkesan.

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda terlupa dos?

Ambil dos yang terlepas sebaik sahaja anda mengingatinya. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir waktunya untuk dos seterusnya, langkau dos sebelumnya dan teruskan jadual dos biasa anda. Jangan ambil dos yang berganda untuk menebus yang terlepas.

SUMBER

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-7858/diethylpropion-oral/details

https://www.everydayhealth.com/drugs/diethylpropion

https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a682037.html

Summary
Diethylpropion
Article Name
Diethylpropion
Description
Diethylpropion adalah perangsang yang serupa seperti amphetamine. Ia adalah penekan selera makan yang mempengaruhi boleh sistem saraf pusat kita.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: