Diet vegan
Diet Mediterranean adalah diet seimbang, yang menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan diiringi dengan minyak ikan, minyak zaitun, daging tanpa lemak, kekacang dan produk tenusu rendah-lemak. Sedari lewat tahun 1950an, diet ini telah pun diketahui memberi kesan yang baik kepada penyakit kardiovaskular ini dan banyak kajian tidak kira yang besar mahupun kecil mengesahkan hasil kajian tersebut.

 

Penyakit kardiovaskular adalah penyebab kepada lebih daripada 30% jumlah kematian di seluruh dunia,  dan setiap tahun lebih ramai yang dikesan mengidap penyakit itu. Justeru itu perihal diet atau pemakanan adalah sangat penting.

Meskipun jumlah mereka yang mengidap penyakit kardiovaskular ini  semakin meningkat, jumlah mereka yang meninggal dunia akibat penyakit jantung dan peredaran darah telah berkurangan. Ia disebabkan terdapatnya rawatan untuk penyakit tersebut, peningkatan kualiti penjagaan dan akses kepada penjagaan kesihatan yang semakin baik sejak pertengahan abad lalu.

Sungguhpun terdapat peningkatan positif pada penyakit itu, ia masih menunjukkan masih ramai lagi di luar sana yang menghidap penyakit kardiovaskular yang mana mempunyai impak serius pada kualiti kehidupan dan berdepan dengan risiko kematian mengejut.

Pencegahan yang dilakukan terhadap penyakit ini termasuk menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakanan yang sihat, aktifkan diri dengan aktiviti fisikal dan berhenti merokok. Ketiga-tiga amalan ini mempunyai banyak kelebihan-mengurangkan risiko mengidap pelbagai penyakit dan meningkatkan kualiti hidup.

 

Diet untuk jantung yang sihat

Bagi mereka yang sudah dikenalpasti mengidap penyakit kardiovaskular ini, diet adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Terdapat pelbagai diet sihat yang ada buat masa sekarang ini-ada antaranya yang berkaitan dengan rantau atau negara, seperti New Nordic yang menggalakkan kepada memakan sayuran akar (root vegetables), kobis, epal, beri, ikan antaranya, masyarakat Jepun yang menyokong pengambilan nasi, sayur-sayuran yang sudah di masak dan jeruk sayur-sayuran, ikan, daging dan kacang soya-dan juga diet Mediterranean.

Diet Mediterranean adalah diet seimbang, yang menggalakkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan diiringi dengan minyak ikan, minyak zaitun, daging tanpa lemak, kekacang dan produk tenusu rendah-lemak. Sedari lewat tahun 1950an, diet ini telah pun diketahui memberi kesan yang baik kepada penyakit kardiovaskular ini dan banyak kajian tidak kira yang besar mahupun kecil mengesahkan hasil kajian tersebut.

Diet vegan pula adalah diet berasaskan tumbuh-tumbuhan, bebas daripada daging, juga tidak menggalakkan pengambilan telur, produk tenusu dan madu. Dari segi perlindungan kepada penyakit kardiovaskular, hasil kajian untuk diet ini sangat terhad. Bagaimanapun, daripada pengetahuan yang sedia ada, mereka yang mengamalkan teknik pemakanan ini mempunyai kadar kolesterol yang rendah daripada mereka yang tidak mengamalkan diet vegan ini.

 

Jadi mana satu yang berkesan?

Baru-baru ini telah dikenalpasti kelebihan diet rantauan termasuk diet New Nordic, Mediterranean, vegan dan kaya-nitrat yang dikatakan dapat meningkatkan lagi  kesihatan jantung. Kita juga boleh melihat kebaikan diet-diet ini dari segi jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Dalam kajian terbaru juga, kami membuat perbandingan jangka pendek di antara diet Mediterranean dan vegan. Hasil kajian menyarankan sekurang-kurangnya untuk jangka pendek, diet Mediterranean meningkatkan kehadiran nitrik oksida yang ada dalam saraf dan arteri, di mana ia amat penting dalam memberi keseimbangan pada sistem vaskular. Nitrik oxida biasanya akan dikesan sewaktu proses kematangan usia dan sangat berkaitan dengan jangkitan cardiometabolik. Jadi melalui penyelidikan ini, lebih banyak kehadiran nitrik oksida dalam badan, lebih banyak mengundang perkara positif dalam badan.

Kajian kami juga telah menjumpai diet vegan memberi kesan pada pengurangan tahap kolesterol. Dalam perkembangan lain, kami dapati mereka yang mengikuti diet vegan ini juga mempunyai kadar penurunan mikro-nutrisi yang penting seperti vitamin B12 dan iodin meskipun kami sudahpun memberi mereka bekalan suplemen B12 terlebih dahulu.

Hasil kajian yang kami dapati adalah sangat serius: jumlah mikro-nutrisi yang juga vitamin dan mineral yang sangat diperlukan dalam badan untuk berjalan lancar hanyalah sedikit manakala kekurangan iodin dan B12 boleh mengundang kepada risiko kesihatan.

 

Pendapat kami mengenai diet ini

Kajian telahpun menunjukkan bahawa pemakananseimbang adalah lebih penting untuk kesan jangka panjang dan hasil kajian kami setuju dengan fakta-fakta yang diperoleh. Jadi sebaiknya elak mengamalkan trend diet popular yang sedia ada dan amalkan pilihan mengikut keperluan badan masing-masing.

Juga penting untuk mendapatkan maklumat yang cukup dan betul sebelum mengamalkan sebarang perubahan pada diet. Ini kerana terdapat sesetengah kes di mana perubahan itu menjadi punca kehilangan mikronutrisi dan vitamin dalam badan. Lantas mengundang masalah risiko kesihatan dan tidak memberi manfaat pada individu berkenaan.

Apa yang penting dalam mengurangkan risiko kepada penyakit kardiovaskular, hasil kajian kami menyarankan agar meneliti atau mencari penyelesaian pada diet Mediterranean.

Maksudnya, dengan diet Mediterranean anda perlu lebihkan pengambilan makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, dan kekacang. Anda juga digalakkan untuk menggantikan mentega dengan makanan yang mempunyai lemak baik seperti minyak zaitun, menggantikan garam kepada herba dan rempah-ratus sebagai perisa. Daging merah juga perlu dihadkan kepada beberapa kali sebulan, mengambil ikan dan ayam sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Memakan bersama keluarga juga adalah antara sebahagian besar dalam diet dan budaya Mediterranean-sama seperti meminum wain merah dalam kadar sederhana (walaubagaimanapun bahagian ini adalah pilihan masing-masing)

SUMBER

https://medicalxpress.com/news/2019-02-vegan-mediterranean-diet-heart-health.html

https://www.pcrm.org/news/blog/vegan-diet-healthier-mediterranean-diet

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6316028/

https://thebeet.com/which-is-the-heart-healthiest-diet-plant-based-or-mediterranean/

Summary
Diet Vegan atau Mediterranean - mana yang lebih berkesan untuk kesihatan jantung?
Article Name
Diet Vegan atau Mediterranean - mana yang lebih berkesan untuk kesihatan jantung?
Description
Pencegahan yang dilakukan terhadap penyakit ini termasuk menggalakkan orang ramai mengamalkan pemakanan diet yang sihat, aktifkan diri dengan aktiviti fisikal dan berhenti merokok. Ketiga-tiga amalan ini mempunyai banyak kelebihan-mengurangkan risiko mengidap pelbagai penyakit dan meningkatkan kualiti hidup.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: