Diet Gastrik: Makanan yang perlu diambil dan dihindari
Gastrik atau Gastritis merupakan gelaran utama bagi keadaan yang melibatkan keradangan pada lapisan dinding perut.

Gastrik atau Gastritis merupakan gelaran utama bagi keadaan yang melibatkan keradangan pada lapisan dinding perut. Gastrik boleh terdiri daripada akut (berlaku secara tiba-tiba) atau kronik (berlaku seiring masa). Terdapat pelbagai jenis Gastrik yang berpunca dari faktor-faktor yang berbeza.

Bagi kebanyakan individu, Gastrik yang dialami adalah jenis ringan dan sering pulih selepas rawatan. Namun yang demikian, terdapat beberapa jenis Gastrik lain yang boleh membentuk ulser atau meningkatkan risiko kanser.

Diet yang betul adalah sangat penting bagi kesihatan sistem penghadaman dan kesihatan umum seorang pesakit Gastrik. Apa yang anda masukkan ke dalam perut boleh memberikan perbezaan kepada kesihatan dan sistem penghadaman anda. Sebagai contoh, sesetengah bentuk Gastrik berpunca daripada kekerapan minum minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak pada sesuatu masa. Mengelakkan sesetengah makanan dan minuman, serta memakan makanan yang lain boleh membantu mengawal keadaan penyakit anda.

Makanan apa yang perlu dimakan oleh pesakit Gastrik?

Terdapat sesetengah makanan yang boleh membantu mengawal Gastrik dan mengurangkan simptom yang dialami. Ini termasuklah:

  • Makanan tinggi serat seperti epal, oat, brokoli, lobak merah dan kekacang.
  • Makanan rendah lemak seperti ikan, dada ayam dan dada ayam belanda.
  • Makanan rendah asid atau tinggi alkali seperti sayur-sayuran.
  • Minuman tidak bergas.
  • Minuman tanpa kafein.
  • Makanan mengandungi probiotik seperti kombucha, yogurt dan kimchi.

Sesetengah kajian telah menunjukkan bahawa probiotik boleh membantu melawan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori). Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan dalam saluran pencernaan yang boleh membawa kepada Gastrik atau ulser dalam perut.

Makanan apa pula perlu dihindari dalam Diet Gastrik?

  • Alkohol
  • Kopi
  • Makanan berasid seperti tomato dan sesetengah buah lain
  • Jus buah
  • Makanan berlemak
  • Makanan bergoreng
  • Minuman bergas
  • Makanan pedas
  • Makanan yang boleh mencetus simptom atau alahan

Diet Gastrik dengan Ulser

Sesetengah jenis Gastrik boleh mengakibatkan Ulser. Sekiranya anda mempunyai Ulser, jenis makanan yang perlu dimakan dan dihindari adalah sama seperti Diet Gastrik. Anda harus makan makanan yang diperkaya dengan vitamin kerana diet sihat dengan makanan penuh vitamin memudahkan Ulser sembuh.

Selain itu, anda juga harus berunding dengan doktor sama ada perlu mengelakkan susu daripada diet. Walaupun susu kelihatan seperti boleh melegakan simptom anda,  hakikatnya, susu boleh memburukkan lagi keadaan anda di masa akan datang.

Punca Gastrik

Jenis Gastrik adalah berbeza mengikut puncanya. Ia termasuklah:

Kecederaan atau kesakitan teruk

Kecederaan atau kesakitan teruk boleh mengakibatkan Gastrik tekanan akut. Kecederaan pada badan (tidak semestinya perut) atau kesakitan yang menjejaskan aliran darah ke perut akan meningkatkan asid dalam perut.

Kerosakan dinding perut

Kerosakan ini mungkin berpunca dari faktor berikut:

  • Pengambilan alkohol dan dadah
  • Pengambilan aspirin dan ubat tahan sakit seperti NSAIDS
  • Menelan bahan peluntur (bleach)
  • Jangkitan bakteria atau virus
  • Menjalani rawatan radioaktif pada bahagian abdomen atau bawah dada
  • Pembedahan membuang separuh bahagian perut

Jangkitan disebabkan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori)

Ia merupakan satu-satunya bakteria yang mengakibatkan jangkitan. H. pylori merupakan punca utama bagi Gastrik dan sering terjadi di negara yang sedang berkembang. Kebiasaannya, jangkitan bermula sejak kanak-kanak namun,  simptom yang dialami hanya akan muncul setelah dewasa.

Penyakit Autoimun

Penyakit Autoimun juga boleh menyumbang kepada risiko Gastrik. Keadaan ini berlaku apabila sistem imun menyerang tisu sihat pada dinding perut.

Alahan makanan

Kajian telah membuktikan bahawa individu yang mengalami eosinophilic esophagitis (EoE), iaitu sejenis gangguan gastrousus, sekiranya mereka memakan makanan mengandungi alergen, ia boleh mencetuskan Gastrik pada mereka. Justeru itu, adalah amat penting untuk bekerjesama dengan doktor bagi mengenalpasti sebarang makanan yang boleh menyebabkan alahan.

Pilihan rawatan bagi Gastrik

Gastrik boleh dirawat dengan pengambilan ubat-ubatan termasuklah antasid. Bagi kes Gastrik yang disebabkan oleh H. pylori, doktor akan mengesyorkan antibiotik. Anda juga perlu menghindari dari mengambil sesuatu yang boleh mencetus Gastrik seperti alkohol, aspirin atau ubat tahan sakit. Suplemen probiotik juga boleh membantu menguruskan Gastrik anda dan mengelakkan episod akan datang.

Gastrik akan berterusan sehinggalah anda menjalani rawatannya yang begantung pada jenis, punca dan keparahan Gastrik yang dialami. Selalunya, Gastrik akan sembuh dalam masa yang singkat selepas rawatan bermula. Pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu sebelum menukar diet atau menghentikan ubat-ubatan atau memulakan ubat-ubatan baru termasuklah ubat-ubatan dari farmasi.

Sumber

https://www.healthline.com/health/gastritis-diet

https://www.medicalnewstoday.com/articles/317027

https://www.verywellhealth.com/gastritis-diet-what-to-eat-for-better-management-4767967

Summary
Diet Gastrik: Makanan yang perlu diambil dan dihindari
Article Name
Diet Gastrik: Makanan yang perlu diambil dan dihindari
Description
Gastrik atau Gastritis merupakan gelaran utama bagi keadaan yang melibatkan keradangan pada lapisan dinding perut.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: