Dicloxacillin
Dicloxacillin adalah antibiotik penisilin yang melawan bakteria di dalam badan anda.

Pengenalan

Dicloxacillin adalah antibiotik penisilin yang melawan bakteria di dalam badan anda. Ia berada dalam kelas ubat yang disebut penisilin.

Antibiotik seperti dicloxacillin tidak akan berfungsi untuk keadaan seperti demam, selesema, atau jangkitan virus lain. Selain itu, menggunakan antibiotik apabila tidak diperlukan akan meningkatkan risiko anda mendapat jangkitan yang boleh menentang rawatan antibiotik.

Kegunaan Dicloxacillin

Dicloxacillin digunakan untuk merawat pelbagai jenis jangkitan bakteria. Ia adalah antibiotik jenis penisilin dan berfungsi dengan menghentikan pertumbuhan bakteria. Ini merangkumi pelbagai jenis jangkitan yang terjadi disebabkan bakteria seperti keadaan bronkitis, keradangan paru-paru atau jangkitan staphylococcal (juga disebut “staph”).

Malah, ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam artikel ubat ini.

Kesan sampingan Dicloxacillin

Dicloxacillin boleh menyebabkan kesan sampingan tertentu. Beritahu doktor anda jika anad mengalami gejala yang teruk atau tidak hilang seperti:

  • cirit-birit
  • loya
  • muntah
  • lidah menjadi hitam dan berbulu
  • kerengsaan mulut
  • sendi yang membengkak

Sekiranya anda mengalami gejala berikut juga, segera hubungi doktor anda:

  • ruam
  • gatal-gatal
  • kesukaran menelan atau bernafas
  • gegata
  • pembengkakan pada bahagian muka, tekak, lidah, bibir atau mata
  • sakit sendi atau otot
  • sakit perut
  • pendarahan atau lebam yang tidak biasa
  • demam berulang, sakit tekak, menggigil atau tanda jangkitan lain
  • cirit-birit yang teruk (najis berair atau berdarah) yang mungkin berlaku dengan atau tanpa demam dan kekejangan perut (mungkin berlaku sehingga 2 bulan atau lebih selepas rawatan)

Dicloxacillin juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang lain. Hubungi doktor anda jika anda mempunyai masalah yang tidak normal semasa mengambil ubat ini.

Interaksi Dicloxacillin

Pakar penjagaan kesihatan anda (seperti doktor atau ahli farmasi anda) mungkin sudah mengetahui kemungkinan adanya interaksi ubat dan mungkin akan memantau anda. Jangan mulakan, hentikan atau ubah dos ubat sebelum memeriksanya terlebih dahulu.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda tentang semua produk preskripsi dan bukan preskripsi atau produk herba yang anda mungkin gunakan, terutamanya yang mengandungi kandungan methotrexate, tetracyclines, warfarin.

Dicloxacillin boleh menyebabkan hasil positif palsu dengan produk ujian kencing manis tertentu (jenis cupric sulfate). Ubat ini juga boleh mempengaruhi keputusan ujian makmal tertentu. Pastikan kakitangan makmal dan doktor anda mengetahui bahawa anda menggunakan ubat ini.

Artikel ini tidak mengandungi semua interaksi Dicloxacillin yang boleh berlaku. Oleh itu, sebelum menggunakan produk ini, beritahu doktor atau ahli farmasi anda tentang semua produk yang anda gunakan. Simpan senarai semua ubat dengan anda, dan berikan senarai tersebut dengan doktor dan ahli farmasi anda.

Kontraindikasi Dicloxacillin

Sebelum mengambil Dicloxacillin, beritahu doktor atau ahli farmasi anda jika anda alah kepadanya, alah pada antibiotik penisilin atau cephalosporin atau jika anda mempunyai alahan lain. Produk ini mungkin mengandungi bahan tidak aktif yang boleh menyebabkan reaksi alergi atau masalah lain. Bercakap dengan ahli farmasi anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Sebelum menggunakan ubat ini, beritahu doktor atau ahli farmasi mengenai sejarah perubatan anda, terutamanya mengenai penyakit buah pinggang.

Dicloxacillin juga boleh menyebabkan vaksin bakteria hidup (seperti vaksin typhoid) tidak berfungsi. Jangan ambil imunisasi / vaksinasi semasa menggunakan ubat ini melainkan jika dibenarkan oleh doktor anda.

Dicloxacillin dan kehamilan

Ubat ini hanya boleh digunakan jika diperlukan dengan jelas semasa kehamilan. Bincangkan risiko dan faedahnya dengan doktor anda. Dicloxacillin boleh meresap masuk ke dalam susu ibu. Jadi, pastikan anda merujuk pada doktor sebelum menyusukan bayi anda.

Dos Dicloxacillin

Dicloxacillin hadir sebagai kapsul untuk diambil secara oral. Ia biasanya diambil setiap 6 jam (empat kali sehari) semasa perut kosong sekurang-kurangnya 1 jam sebelum atau 2 jam selepas makan berat atau makanan ringan. Tempoh rawatan anda bergantung pada jenis jangkitan yang anda alami.

Ambil Dicloxacillin pada waktu yang sama setiap hari. Serta, ikuti arahan pada label preskripsi anda dengan teliti, dan minta doktor atau ahli farmasi anda untuk menjelaskan bahagian yang anda tidak faham. Jangan ambil lebih atau kurang daripada yang ditetapkan oleh doktor anda.

Seterusnya, ambil Dicloxacillin semasa anda duduk atau berdiri dengan sekurang-kurangnya 4 auns (120 mL) air. Jangan berbaring atau tidur sebaik sahaja mengambil Dicloxacillin.

Selesaikan preskripsi, walaupun anda telah berasa lebih baik. Jangan berhenti tanpa berbincang dengan doktor anda. Sekiranya anda berhenti mengambil Dicloxacillin terlalu cepat atau jika anda melewatkan dos, jangkitan anda mungkin tidak dapat dirawat sepenuhnya dan bakteria mungkin menjadi kebal terhadap antibiotik.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya terlepas dos?

Ambil dos yang terlepas sebaik sahaja anda mengingatnya. Walau bagaimanapun, jika sudah hampir waktunya untuk dos seterusnya,  langkau dos sebelumnya dan teruskan jadual dos biasa anda. Jangan ambil dos berganda untuk menggantikan dos yang terlepas.

SUMBER

https://www.drugs.com/mtm/dicloxacillin.html

https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a685017.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-10328/dicloxacillin-oral/details

Summary
Dicloxacillin
Article Name
Dicloxacillin
Description
Dicloxacillin adalah antibiotik penisilin yang melawan bakteria di dalam badan anda. Ia berada dalam kelas ubat yang disebut penisilin.
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: