diamicron
Diamicron MR 60 MG adalah sejenis ubat anti-diabetes yang diambil secara oral untuk menurunkan paras gula dalam darah.

Pengenalan

Diamicron MR 60 MG adalah sejenis ubat anti-diabetes yang diambil secara oral untuk menurunkan paras gula dalam darah. Ia digunakan untuk menurunkan paras gula dalam darah. Ia hanya digunakan oleh pesakit yang didiagnosis dengan kencing manis jenis 2. Ia boleh digunakan bersama Insulin atau ubat-ubatan lain dalam rawatan kencing manis untuk mencapai kawalan yang lebih baik terhadap gula darah. Sebagai tambahan, diet yang terkawal dan rutin senaman secara berkala boleh memberikan hasil yang lebih baik terhadap keadaan paras gula dalam darah pesakit.

Kegunaan Diamicron

Tablet Diamicron MR 60 MG digunakan dalam rawatan Diabetes Mellitus Jenis 2, iaitu keadaan di mana glukosa darah berada pada paras yang tinggi  dalam badan.

Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Penggunaan Diamicron

Pertama sekali, anda perlu memerhatikan rancangan rawatan yang dipreskripsikan oleh doktor untuk mencapai paras gula darah yang selamat. Ini bermaksud, selain daripada pengambilan tablet Diamicron secara berkala, anda perlu memantau regimen diet anda, melakukansenaman fizikal dan mengurangkan berat badan jika perli.

Kedua, sewaktu rawatan menggunakan tablet Diamicron, pemantauan paras gula darah dan glycated haemoglobin (HbA1 c) adalah sangat penting.

Tambahan lagi, dalam beberapa minggu pertama rawatan anda, anda berisiko untuk mengalami pengurangan paras gula darah (hipoglikemia). Jadi, adalah sangat penting untuk memantau keadaan perubatan anda secara teliti.,

Kesan Sampingan Diamicron

Dalam beberapa kes, Diamicron mungkin boleh menyebabkan kesan sampingan seperti:

  • Pening
  • Mual atau Muntah
  • Cirit-birit
  • Kekeliruan
  • Kelemahan
  • Mengeluh
  • Perubahan dalam penglihatan
  • Pengurangan denyutan nadi
  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Ruam
  • Peningkatan Enzim Hati

Kontraindikasi Diamicron

Tablet Diamicron MR 60mg  tidak boleh digunakan untuk merawat paras gula darah tinggi kerana sedikit atau tiada pengeluaran insulin (diabetes mellitus semasa remaja).

Interaksi Diamicron

Interaksi dengan alkohol

Pengambilan alkohol bersama Diamicron boleh meningkatkan kesan hipoglikemik yang boleh membawa kepada koma hipoglikemik.

Oleh itu, pengambilan alkohol sangat tidak digalakkan ketika anda mengambil ubat ini. Jangan melakukan aktiviti yang memerlukan kepekaan mental seperti menggunakan mesin atau memandu kenderaan. Beritahulah doktor sekiranya anda mengalami sebarang kesan yang tidak diingini.

Interaksi dengan ubat-ubatan lain

Elakkan penggunaan Diamicron bersama ubat-ubatan tersebut:

  • Miconazole
  • Phenylbutazone
  • Chlorpromazine
  • Glucocorticoids

– Interaksi dengan penyakit

Diamicron tidak disyorkan untuk digunakan bagi individu yang mempunyai penyakit anemia hemolitik. Maklumkan keadaan ini kepada doktor anda terlebih dahulu sebelum mengambil Diamicron untuk mengelakkan kesan sampingan yang buruk. Dalam kes sebegini, ubat gantian yang tidak tergolong dalam kategori Sulfonylureas akan dipertimbangkan oleh doktor.

Diamicron harus diberikan dengan berhati-hati jika anda mengalami sebarang penyakit jantung dan pembuluh darah.

Walau bagaimanapun, senarai dia atas bukan senarai lengkap semua interaksi Diamicron. Anda harus berjumpa doktor anda untuk mengetahui tentang semua kemungkinan interaksi ubat yang anda ambil.

Dos Diamicron

Dos yang disyorkan bagi Diamicron adalah antara 80 mg hingga 320 mg setiap hari. Dos sebanyak 160 mg ke atas perlu diambil dalam dua dos yang dibahagi sama rata. Diamicron perlu diambil bersama makanan, jika boleh. Dos pengambilan harian tidak boleh melebihi 320 mg.

Terlebih dos

Adalah disyorkan untuk menghubungi doktor dengan segera jika anda mengambil dos berlebihan Diamicron. Malah, simptom seperti pening, kekeliruan, peningkatan degupan jantung, gegaran dan berpeluh selepas pengambilan ubat haruslah dilaporkan kepada doktor dengan serta-merta.

Terlepas dos

Dos yang terlepas boleh diambil sebaik sahaja anda mengingatinya. Jika menghampiri tempoh untuk dos seterusnya maka dos yang terlepas boleh dilangkau.

Sumber:

https://bodyandhealth.canada.com/drug/getdrug/diamicron-mr

https://www.news-medical.net/drugs/Diamicron-60mg-MR.aspx

https://chealth.canoe.com/drug/getdrug/diamicron

https://www.medbroadcast.com/drug/getdrug/diamicron-mr

Summary
Diamicron
Article Name
Diamicron
Description
Diamicron MR 60 MG adalah sejenis ubat anti-diabetes yang diambil secara oral untuk menurunkan paras gula dalam darah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: