kawasan berisiko COVID-19
Kadar kes positif telah menaik dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Jom kita lihat 3 kawasan berisiko COVID-19 paling tinggi dan elakkan tempat-tempat ini jika anda tiada urusan penting.

Dengan keadaan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan, nescaya semua pihak harus mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih lagi bagi diri sendiri dan keluarga. Mana tidaknya, negara kita kini seperti dilanda gelombang kedua selepas berlakunya peningkatan kes positif yang mendadak selama beberapa minggu ini.

Walaupun seorang sahaja individu yang tidak mematuhi syarat norma baharu yang telah ditetapkan, ini juga boleh meningkatkan risiko kebolehjangkitan pada individu lain. Namun, keadaan mungkin jadi berbeza jika kita dapat melihat virus tersebut di depan mata, mungkin ketika itulah baru semua orang akan takut dan patuh mengikuti peraturan-peraturan berikut.

Sekarang, jom kita lihat 3 kawasan utama dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 paling tinggi.

Gim

Bersukan sememangnya digalakkan untuk kehidupan yang lebih sihat dan aktif, namun ada kalanya ia mungkin perlu dielakkan terutama dalam wabak COVID-19 ini.

Fikirkan, apabila anda berada di kawasan tertutup seperti di gim, pastinya anda tidak memakai pelitup muka bukan? Jadi, ini secara tidak langsung boleh meningkatkan kadar kebolehjangkitan sekiranya salah seorang individu di situ mempunyai simptom COVID-19.

Restoran

Sama seperti di gim, restoran juga adalah kawasan yang tertutup dan agak sesak. Walaupun dengan peraturan penjarakan sosial yang ditetapkan, berapa banyak restoran yang benar-benar mengikutinya?

Apabila kita makan, kita pasti akan membuka pelitup muka sambil bersembang dengan keluarga atau rakan. Jadi, jika individu berdekatan kita batuk atau bersin di sekitar itu, partikel virus, bakteria atau kuman boleh tersebar di udara dan menjangkiti individu lain. Ianya lebih teruk sekiranya restoran itu beroperasi dengan pendingin hawa kerana kekurangan peredaran udara yang baik.

Kelab malam

Jika anda membaca berita-berita luar mengenai penyebaran COVID-19 seperti di Korea Selatan, anda pasti tahu bahawa kadar kes positif di sana meningkat disebabkan individu-individu yang melepak di kelab-kelab malam.

Menurut Dr. Jeff Pothof, Ketua Pegawai Kualiti di UW health di Madison, Wisconsin, persekitaran paling berisiko adalah dalam persekitaran tertutup dengan sistem udara/ HVAC yang buruk serta ketidakmampuan untuk menjaga jarak sejauh 1 meter antara individu. Bukankah ini yang berlaku dalam kelab malam? Jadi, sanggupkah anda merisiko nyawa sendiri hanya untuk bersuka ria selama beberapa jam?

Tempat lain yang juga berpontensi

Pusat beli-belah

Dalam keseronokan berkunjung ke pusat beli-belah, tanpa kita sedari kadar kebolehjangkitan di tempat ini juga adalah tinggi walaupun ia mempunyai keluasan yang besar. Secara amnya, luas keluasannya, lebih ramailah yang boleh mengunjungi tempat ini.

Jika ada yang tidak mengendahkan arahan kerajaan dan datang ke pusat beli-belah dengan bergejala, atau tidak memakai pelitup muka, nescaya anda pun boleh terdedah kepada virus ini tanpa anda sedari.

Panggung wayang

Semenjak PKP ditamatkan, pasti ramai kaki wayang yang merindui untuk menoton cerita-cerita terbaru di pawagam berdekatan bukan? Memandangkan ia sudah mula dibuka dengan penjarakan satu kerusi di sebelah kiri dan kanan anda, namun, dalam keadaan gelap, siapa tahu jika ada individu yang membuka pelitup mereka sehinggalah tayangan tamat.

Lebih buruk lagi, jika individu tersebut sebenarnya bergejala atau tidak bergejala tetapi masih berisiko untuk menyebarkan virus ini kepada orang lain.

Rumah ibadat

Kebanyakan rumah ibadat telah menetapkan peraturan tersendiri dalam membantu memerangi wabak COVID-19. Ini justeru adalah langkah baik bagi mengelakkan individu daripada berkumpul ramai-ramai.

Namun, ia masihlah satu tempat yang dianggap sebagai tempat berisiko kerana keluasannya yang tidaklah begitu kecil atau besar tetapi masih boleh menjadi padat pada waktu-waktu tertentu. Jadi, usaha daripada semua ahli jawatankuasa rumah ibadat serta individu-individu lain haruslah berterusan dan tegas.

KESIMPULANNYA,

Pastinya anda pernah atau teringin untuk pergi ke salah satu tempat yang telah disenaraikan di atas bukan? Sejak wabak COVID-19 melanda satu dunia, kini semuanya sudah berubah. Langkah berjaga-jaga harus diambil agar kita boleh menghindarkan diri daripada virus yang telah membunuh bukan ratusan atau ribuan tetapi jutaan individu di seluruh dunia.

Jika tiada keperluaan penting untuk keluar rumah, kekal sahaja di rumah. Tapi, jika masih perlu keluar atas urusan penting, amalkanlah segala peraturan yang ditetapkan. Pakai pelitup muka, amalkan penjarakan sosial dan basuhlah tangan sekerapnya dengan sabun.

SUMBER

https://www.self.com/story/covid-riskiest-places-fauci

https://www.healthline.com/health-news/places-higher-risk-for-covid-19#Bars

Summary
Di manakah 3 kawasan utama dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 paling TINGGI?
Article Name
Di manakah 3 kawasan utama dengan kadar kebolehjangkitan COVID-19 paling TINGGI?
Description
Kadar kes positif telah menaik dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Jom kita lihat 3 kawasan berisiko COVID-19 paling tinggi dan elakkan tempat-tempat ini jika anda tiada urusan penting.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: