dhea
DHEA adalah hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan manusia.

Pengenalan DHEA

DHEA adalah hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan manusia. Selain itu, ia juga boleh diproses di makmal daripada bahan kimia yang terkandung dalam tumbuhan keladi liar dan soya. Walau bagaimanapun, tubuh manusia tidak dapat menghasilkan DHEA daripada bahan kimia ini. Jadi, dengan hanya memakan keladi liar atau soya ia tidak akan meningkatkan kadar DHEA dalam badan. Jangan terpengaruh dengan produk keladi liar dan soya yang dilabelkan sebagai “DHEA semula jadi”. DHEA berfungsi sebagai pendahulu kepada hormon seks lelaki dan wanita (androgen dan estrogen). Secara umum, tahap DHEA dalam badan akan mula menurun setelah seseorang berusia 30. Malah, penurunan ini berlaku dengan lebih cepat pada golongan wanita berbanding lelaki.

Seterusnya, ia juga diambil secara oral untuk melambatkan atau membalikkan proses penuaan, meningkatkan kemahiran berfikir pada individu yang lebih tua, dan memperlahankan kejadian penyakit Alzheimer.

Ada juga segelintir atlet yang turut mengambil secara oral untuk meningkatkan prestasi fizikal mereka. Tetapi, penggunaannya adalah dilarang oleh National Collegiate Athletic Association (NCAA) dan Jawatankuasa Olimpik.

DHEA juga diminum untuk merawat kegagalan fungsi seksual, serta untuk meningkatkan kesejahteraan dan seksualiti dalam kalangan lelaki dan wanita. Malah, ia juga digunakan untuk mencegah penyakit arteri tersumbat, kanser payudara, kemandulan, kencing manis, dan sindrom metabolik.

Sesetengah individu mengambilnya secara oral untuk merawat masalah lupus erythematosus sistemik (SLE – Systemic Lupus Erythematosus), keadaan imun yang melibatkan simptom mulut dan mata kering (sindrom Sjögren), kelemahan tulang (osteoporosis), sejenis distrofi otot yang digelar sebagai distrofi miotonik, fibromialgia, sklerosis pelbagai (MS – Multiple Sclerosis), tahap hormon steroid yang rendah (penyakit Addison), kemurungan, skizofrenia, sindrom keletihan kronik (CFS – Chronic Fatigue Syndrome), kerosakan otot akibat senaman, penyakit usus radang, memperlambatkan perkembangan penyakit Parkinson, mengatasi simptom penolakan, dan untuk keadaan yang disebut sebagai atrichia pubis.

DHEA turut diambil secara oral untuk menurunkan berat badan, mengurangkan simptom menopaus, artritis reumatoid, dan penuaan pada kulit.

Kadangkala, individu yang menghidap HIV mengambil suplemen ini secara oral untuk mengurangkan kemurungan dan keletihan.

Golongan wanita pula menggunakan DHEA di dalam faraj untuk menguatkan dinding faraj, meningkatkan kepadatan mineral tulang, mengatasi masalah disfungsi seksual, dan untuk mencegah keadaan prakanser yang digelar displasia serviks.

Sesetengah individu menggunakan DHEA secara intravena (IV) untuk memudahkan kelahiran dan untuk bentuk distrofi otot yang digelar sebagai distrofi miotonik.

Tambahan lagi, sebilangan individu menyuntik DHEA melalui suntikan untuk merawat psoriasis.

Ia juga digunakan pada kulit untuk menghalang masalah penuaan kulit dan menguatkan dinding faraj.

Seperti kebanyakan makanan tambahan lain, ia mempunyai beberapa masalah dari segi pengawalan kualiti. Segelintir produk yang dilabelkan mengandungi DHEA didapati tidak mengandungi DHEA sama sekali, sementara yang produk lain mengandungi lebih daripada jumlah yang dilabelkan.

Kegunaan DHEA

Kadangkala digunakan sebagai makanan tambahan oleh individu-individu dengan masalah kesihatan berikut (walaupun dalam kebanyakan kes, penggunaannya masih belum disokong oleh sebarang bukti penyelidikan dan FDA tidak bersetuju terhadap penggunaan DHEA dalam rawatan bagi mana-mana keadaan):

DHEA juga dikatakan boleh melambatkan proses penuaan, meningkatkan prestasi sukan, meningkatkan libido, membantu penurunan berat badan, dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Sebagai tambahan, suplemen sering dipasarkan sebagai agen peningkatan testosteron dan digunakan untuk tujuan seperti meningkatkan jisim otot dan mengurangkan jisim lemak.

Kesan Sampingan DHEA

Terdapat banyak sumber yang memberikan saranan untuk mengelakkan penggunakan DHEA, terutamanya jika tanpa nasihat perubatan daripada doktor terlebih dahulu, oleh kerana kemungkinan kesan sampingannya yang tersendiri.

DHEA didapati boleh mempengaruhi sistem endokrin. Maksudnya ia boleh mempengaruhi aktiviti hormon. Perubahan hormon boleh memberi kesan kepada pelbagai sistem dalam badan. Hasilnya, pelbagai kesan sampingan mungkin berlaku.

Di samping itu, ia juga masih belum diuji atau digunakan secara meluas dalam jangka masa yang panjang, jadi adalah masih tidak jelas berkenaan maklumat tentang kesan penggunaan jangka panjangnya.

Kesan sampingan DHEA adalah berbeza mengikut kumpulan umur dan penyakit tertentu.

Ia merangkumi:

  • Kegagalan pernafasan akut
  • Kegelisahan, agitasi, kegusaran, tidak dapat bertenang, dan tingkah laku yang agresif
  • Darah dalam air kencing
  • Sakit dada dan irama jantung yang tidak normal
  • Sensasi seperti sesuatu merangkak pada kulit kepala
  • Pening kepala
  • Cirit-birit
  • Masalah mata
  • Keletihan
  • Sakit kepala
  • Perubahan emosi
  • Insomnia
  • Peluh malam
  • Mania pada individu dengan gangguan bipolar
  • Ruam
  • Kenaikan berat badan
  • Tekanan darah rendah
  • Jerawat
  • Masalah pendarahan dan pembekuan darah

DHEA mungkin mempengaruhi lelaki dan wanita secara berbeza.

Kesan sampingan pada wanita

Wanita mungkin mengalami perkara berikut:

  • Saiz payudara yang lebih kecil
  • Suara yang dalam
  • Alat kelamin yang lebih besar
  • Haid tidak teratur atau tidak normal
  • Peningkatan pengeluaran lendir
  • Kulit berminyak
  • Pertumbuhan rambut meningkat

Kesan sampingan pada lelaki

Lelaki mungkin mengalami perkara berikut:

  • Testis yang lebih kecil
  • Terdesak untuk membuang air kecil
  • Payudara yang membesar atau sakit

Versi baru, yang dikenali sebagai 7-keto-DHEA adalah produk sampingan semula jadi daripada DHEA. Oleh kerana 7-keto-DHEA tidak ditukarkan menjadi hormon steroid oleh tubuh, risiko beberapa kesan sampingan hormon mungkin dikurangkan.

Walaupun 7-keto-DHEA dipromosikan sebagai suplemen yang boleh menurunkan berat badan, membina otot dan merangsang sistem kekebalan tubuh, bukti yang menyokong mana-mana tuntutan tersebut adalah terhad.

Interaksi DHEA

Suplemen tidak boleh diambil dengan ubat berikut kerana ia boleh menyebabkan reaksi tertentu, berbahaya kepada hati, atau mengganggu keberkesanan ubat tersebut:

  • Anastrozole (Arimidex)
  • Ubat antikoagulan dan Antiplatelet seperti aspirin, clopidogrel (Plavix), ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) seperti diclofenac (Voltaren, Cataflam, lain-lain), ibuprofen (Advil, Motrin, lain-lain), naproxen (Anaprox, Naprosyn, lain-lain), dalteparin (Fragmin), enoxaparin (Lovenox), heparin, warfarin (Coumadin), rivaroxaban (Xarelto), apixaban (Eliquis) dan lain-lain.
  • Antidepresan seperti fluoxetine (Prozac), paroxetine (Paxil), sertraline (Zoloft), citalopram (Celexa), amitriptyline (Elavil), imipramine (Tofranil), duloxetine (Cybalta), venlafaxine (Effexor) dan lain-lain.
  • Exemestane (Aromasin)
  • Fulvestrant (Faslodex)
  • Insulin
  • Letrozole (Femara)
  • Ubat yang diubah oleh hati (substrat Cytochrome P450 3A4 (CYP3A4)) seperti lovastatin (Mevacor), simvastatin (Zovor), ketoconazole (Nizoral), itraconazole (Sporanox), amiodarone (Cordarone), citalopram (Celexa), dan banyak yang lain, dan banyak lagi .
  • Tamoxifen (Nolvadex)
  • Triazolam (Halcion)

Dos DHEA

Tiada saranan harian tertentu bagi dos suplemen. Dos berikut telah dikaji untuk keadaan tetrtentu:

  • Penuaan Kulit: 50 miligram (mg) diambil secara oral setiap hari selama 1 tahun atau penggunaan krim DHEA 1% pada wajah dan tangan dua kali sehari selama 4 bulan.

  • Tekanan: 30 mg hingga 500 mg dos yang diminum setiap hari selama 6 hingga 8 minggu sama ada secara tunggal atau bersama ubat antidepresan lain.

  • Penipisan faraj: Sisipan faraj yang mengandungi 0.25% hingga 1% DHEA sebanyak sekali sehari selama 12 minggu atau Intrarosa iaitu sisipan faraj tertentu yang mengandungi sebanyak 0.5%.

Sumber:

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/dhea

https://www.healthline.com/nutrition/dhea-supplements

https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements-dhea/art-20364199

https://www.webmd.com/diet/dhea-supplements

Summary
DHEA
Article Name
DHEA
Description
DHEA adalah hormon yang dihasilkan secara semula jadi oleh tubuh badan manusia dan didapati daripada keladi liar dan soya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: