Dextroscoliosis
Dextroscoliosis adalah sejenis scoliosis. Scoliosis adalah pembentukan spina tulang belakang yang melengkung ke tepi, lari daripada posisi sepatutnya.

Dextroscoliosis adalah sejenis scoliosis. Scoliosis adalah pembentukan spina tulang belakang yang melengkung ke tepi, lari daripada posisi sepatutnya.

Jika turus melengkung ke kanan, keadaan ini dikenali sebagai dextroscoliosis. Dextroscoliosis adalah jenis scoliosis yang sering berlaku.

Kelengkungan tulang belakang ke arah kanan boleh menyebabkan tulang kelihatan seperti bentuk C atau S bukannya dalam garisan lurus.

Biasanya ia akan mempengaruhi belakang anda pada bahagian tengah sehingga atas yang dipanggil toraks spina.

Scoliosis secara umumnya berlaku di kalangan kanak-kanak berumur 10 hingga 15 tahun, apabila mereka mengalami lonjakan pembesaran.

Walau bagaimanapun, ia boleh berlaku ketika apa jua usia jika ia disebabkan keadaan lain seperti penyakit otot.

Simptom

Individu yang mengalami dextroscoliosis mungkin mempunyai:

  • Bahu yang tidak selari, terdapat perbezaan ketinggian bahu
  • Tulang bahu yang tertonjol, sebelah tulang bahu menjulur keluar lebih daripada sebelah
  • Rusuk yang tertonjol, sebelah rusuk yang terjulur keluar lebih daripada sebelah
  • Pinggang yang tidak selari, perbezaan ketinggian di antara keduanya
  • Pinggul yang tidak selari, perbezaan ketinggian di antara keduanya
  • Lengkungan yang kelihatan pada spina
  • Kepala yang senget, kepala senget ke arah sisi
  • Badan yang senget, badan senget ke arah sisi

Untuk individu yang mengalami scoliosis yang teruk, lengkungan spina mereka mungkin menekan pada organ di dalam badan mereka. Ini boleh mengakitbatkan simptom yang teruk seperti:

  • Sukar bernafas atau nafas singkat jika paru-paru ditekan
  • Sakit dada/ belakang/ kaki
  • Perubahan dan kesukaran membuang air kecil dan air besar

Punca dan jenis

Scoliosis boleh mempunyai punca berbeza. Jenis scoliosis yang sering berlaku adalah idiopathic scoliosis yang tidak mempunyai punca yang diketahui. Ini merupakan jenis dan punca scoliosis:

Idiopathic Scoliosis – tidak diketahui puncanya. Tetapi penyelidik perubatan mengesyaki sesetengah individu mungkin mempunyai kecenderungan genetik untuk membentuk scoliosis ini

Congenital Scoliosis – berlaku ketika pembentukan janin

Neuromuscular Scoliosis – berlaku daripada keadaan cerebral palsy, muscular dystrophy atau daripada kecederaan saraf tunjang

Degenerative Scoliosis – berlaku di kalangan warga emas. Ia disebabkan oleh artritis, kemerosotan cakera osteoporosis, ankylosing spondylosis dan keretakan tulang vertebra.

Miscellaneous – boleh berlaku di sebabkan pelbagai perkara seperti sindrom Ehlers-Danlos dan Marfans (gangguan tisu penghubung), tumor dan sesetengah gangguan metabolik, dan juga beberapa penyakit lain.

Faktor Risiko

Budak perempuan dan gadis remaja mempunyai risiko yang tinggi untuk terkena idiopathic scoliosis berbanding lelaki pada usia yang sama. Mereka juga lebih cenderung mengalami bentuk scoliosis yang progresif.

Diagnosis

Dextroscoliosis, seperti semua jenis scoliosis, didiagnosis oleh doktor semasa pemeriksaan fizikal. Pemeriksaan tersebut adalah dengan:

  • melihat tulang belakang anda daripada belakang
  • memeriksa ketinggian bahu, pinggang, dan pinggul untuk melihat sama ada kedua-dua sisi serata atau tidak
  • memeriksa kedua-dua sisi tulang rusuk anda untuk melihat adakah hanya sebelah sisi yang lebih menonjol daripada yang lain
  • meminta anda melakukan ujian lenturan ke arah depan, di mana anda perlu membongkok ke depan dengan kaki dirapatkan, lutut lurus, dan lengan dalam keadaan selesa di sisi badan anda
  • menjalani sinaran xray tulang belakang agar doktor anda dapat melihat di mana lengkungan itu berada dan menentukan jumlah lengkungan yang ada

Doktor anda juga akan mengesyorkan imbasan CT atau MRI belakang badan anda.

Rawatan

Pilihan rawatan merangkumi bukan pembedahan dan pembedahan. Pelan pilihan rawatan anda bergantung kepada:

  • Betapa teruknya scoliosis yang dialami
  • Posisi lengkungan
  • Risiko
  • Umur

Bukan Pembedahan

Jika lengkungan tidak lebih daripada 25 darjah dan tidak semakin teruk, doktor mungkin akan menjalankan x-ray dan ujian pengimejan lain pada setiap 6 hingga 12 bulan untuk memantau keadaan anda.

Jika lengkungan spina anda antara 25 hingga 45 darjah, doktor mungkin menyarankan bracing atau casting untuk menyokong spina anda. Ia tidak dapat membetulkan lengkungan, tetapi boleh membantu mengelakkan lengkungan daripada menjadi bertambah teruk.

Pembedahan

Doktor anda akan menyarankan agar pembedahan dijalankan jika lengkungan:

  • Teruk
  • Bertambah teruk hari demi hari
  • Menyebabkan ia menjadi teruk dan cacat bentuk
  • Menyebabkan komplikasi tambahan, seperti masalah neurologi atau pernafasan

Terdapat juga jenis pembedahan berbeza:

  • Spinal fusion
  • Metal rod atau growing rod
  • Pengeluaran Hemivertebra

Rujuk pada doktor anda untuk informasi lanjut.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/dextroscoliosis

https://www.medicalnewstoday.com/articles/320457#severe-scoliosis

Summary
Dextroscoliosis  - Simptom, Punca, Faktor Risiko, Jenis, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Dextroscoliosis - Simptom, Punca, Faktor Risiko, Jenis, Diagnosis, Rawatan
Description
Dextroscoliosis adalah sejenis scoliosis. Scoliosis adalah pembentukan spina tulang belakang yang melengkung ke tepi, lari daripada posisi sepatutnya.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: