dettol spray

Dettol Spray merupakan salah satu produk nyah kuman yang popular dalam pasaran. Produk ini terbukti dapat membasmi kuman dan virus seperti E.Coli, Rotavirus dan Salmonella sebanyak 99.9% dan mampu membantu untuk mengekang penularan bakteria dan virus yang berbahaya daripada menjangkiti insan-insan tersayang. Bahkan, proses disinfeksi, sanitasi dan penghilangan bau dapat dilakukan dengan mudah dan berkesan melalui penyemburan di atas permukaan-permukaan dari Dettol Spray.

Dettol Disinfectant Spray didatangkan dalam dua haruman iaitu Morning Dew dan Crisp Breeze. Penyemburan produk ini mampu mengawal pembiakan kulat di tilam, tirai mandi dan bantal serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Dettol Antibacterial Germicidal Hygiene Liquid Disinfectant Spray Morning Dew 450ml – 0172131

RM24.40

Penyemburan daripada produk ini mampu membunuh 99.9% kuman, bakteria dan virus termasuklah E.Coli, Salmonella dan virus selsema melalui proses sanitasi dan disinfeksi serta mengurangkan penularannya. Dengan haruman Morning Dew, kesegaran haruman dapat berkekalan untuk tempoh masa yang lama dan mengawal pembiakan kulat atas tilam, bantal dan tirai mandi. Bahkan, ia juga dapat menghilangkan bau-bau yang tidak enak dengan membunuh punca bau iaitu kuman.

Airnergy Air & Surface Disinfectant and Deodorizer Spray 400ml

RM28.00

Semburan daripada Airnergy Air & Surface Disinfectant and Deodorizer Spray berkesan untuk menyingkirkan 99.9% bakteria di udara dan boleh digunakan sehingga 60 hari. Produk ini juga meneutralkan bau-busuk dengan tiga jenis tindakan iaitu reaksi kimia, ikatan fizikal dan reseptor pengikat dan bau-bau busuk dapat dikurangkan sehingga 70% di semua jenis bilik mandi dan tandas. Sehubungan dengan itu, hanya udara segar di dalam tandas dan bilik mandi selepas semburan daripada produk ini.

Dettol Antibacterial Germicidal Hygiene Liquid Disinfectant Spray Crisp Breeze 450ml – 0172130

RM24.40

Dettol Disinfectant Spray melindungi keluarga daripada kuman-kuman dengan membantu untuk menghalang penularan bakteria dan virus yang berbahaya. Bukan sahaja dapat mewangikan ruang melalui haruman Crisp Breeze untuk tempoh masa yang lama, bahkan ia juga dapat membasmi kuman punca bau.Selain itu, produk ini terbukti berkesan untuk membunuh 99.9% virus dan bakteria atas permukaan-permukaan yang sering disentuh seperti tombol pintu, kawasan tandas dan dobi.

Family Guard Disinfectant Aerosol 280ml Fresh Floral

RM11.90

Dengan wangian floral segar, produk ini mampu menyingkirkan bau daripada pelbagai jenis permukaan bertekstur lembut dan keras seperti sofa, kasut dan pakaian melalui tindakan antimicrobial dan membunuh 99.9% bakteria dan virus termasuklah Influenza A dan H1N1. Produk ini sesuai digunakan sekitar kanak-kanak dan haiwan peliharaan. Selain daripada wangian floral segar, produk ini juga boleh didapati dalam bebas wangian dan udara gunung.

Dettol Trigger Spray Surface Cleanser 500ml – 3024850

RM15.05

Dettol Trigger Spray Surface Cleanser 500ml ialah penyembur lembut tetapi berkesan yang mampu menghasilkan pembersihan harian yang mudah untuk memastikan keluarga sentiasa selamat dan sihat. Hanya 4 langkah mudah yang diperlukan untuk menggunakan penyembur ini. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk membersihkan tong sampah, mangkuk tandas, peti ais dan sink. Ia juga tidak mengandungi sebarang bau dan peluntur dan selamat digunakan di mana masakan sedang disediakan.

Euky Bear Eucalyptus Spray (Natural Disinfectant) – 100gm

RM19.60

Euky Bear Eucalyptus Spray dikenali sebagai produk pelbagai guna kerana boleh digunakan untuk kereta, pejabat, bilik tidur, atas permukaan dan ruang keluarga. Euky Bear Eucalyptus Spray merupakan salah satu alternatif semulajadi untuk membunuh 99.9% kuman dan menyegarkan udara dalam bilik air, tandas dan almari. Produk buatan Australia ini menyegarkan pejabat dan sesuai untuk menghilangkan kesan minyak atas pakaian. Produk ini juga berkesan untuk menyegarkan tempat haiwan peliharaan dan membasmi kesan dan bau busuk daripada haiwan peliharaan.

Dettol Trigger Bathroom Spray 500ML – 3024699

RM15.05

Dettol Trigger Bathroom Spray 500ML boleh digunakan dengan hanya 3 langkah mudah dan tidak boleh dicampurkan dengan serbuk pencuci dan bahan-bahan kimia lain. Produk ini boleh digunakan atas tong sampah, lantai, permukaan kaca dan mangkuk tandas. Produk ini juga mampu mewangikan ruang dengan harumannya yang segar dan membunuh 99.9% kuman-kuman yang berbahaya. Selain itu, produk ini boleh membersihkan sisa sabun yang kental dan kotoran secara mendalam.

WIZACT 24™ Disinfecting Spray & Clean 450ml

RM15.90

Hanya dengan satu semburan daripada WIZACT 24™ Disinfecting Spray & Clean, perlindungan selama 24 jam yang pertama di dunia mampu dicapai melalui pembasmian 99.9% virus tanpa henti! Teknologi ActiGuard™ iaitu sistem pembasmian kuman hak milik Actizone™ dalam produk ini juga diiktiraf dan memenuhi piawai tinggi negara UK (EPA RSS 24) dan US (BSI PAS2424). Ia juga selamat digunakan kerana tidak bertoksik,tidak merengsa untuk kulit dan lembut pada tangan.

Dettol Trigger Kitchen Spray 500ML – 3024689

RM15.05

Dettol Trigger Kitchen Spray 500ML menyediakan solusi yang mudah untuk pembersihan dapur setiap hari. Ia juga membantu untuk mengekalkan dapur yang bersih untuk seisi keluarga. Antara kelebihannya ialah mempunyai haruman yang segar, mencuci minyak dan kotoran degil secara mendalam di atas permukaan dapur dan membunuh 99.9% kuman yang berbahaya seperti E.Coli dan Staphylococcus aureus. Produk ini juga sesuai digunakan di atas permukaan kaca, tong sampah dan meja kerja dapur.

BIG+ Multi Surface Disinfectant Spray 500ML

RM19.90

BIG+ Multi Surface Disinfectant bukan sahaja dapat membasmi 99.9% virus, bakteria dan kuman termasuklah E.Coli, Rotavirus dan Rhinovirus dalam 30 saat secara efektif bahkan berkesan menentang bakteria punca keracunan makanan dan penyakit-penyakit lain. Produk ini amat selamat digunakan kerana tidak mengandungi alkohol dan peluntur. Sehubungan dengan itu, ia amat lembut untuk kulit dan mampu memberikan perlindungan secara maksimum. Sektor-sektor seperti kerajaan, pejabat dan sekolah mempercayai dan menggunakan produk BIG+ Multi Surface Disinfectant.

Tagged: