Dettol Antibacterial Wet Wipes

Dettol Antibacterial Wet Wipes adalah merupakan salah satu benda wajib yang perlu ada dalam beg. Kalau ada wipes atau tisu basah, kita pun tidak khuatir jika ada aiskrim tertumpah, lap barang kotor dan untuk lap najis bayi.

Wipes juga dikenali sebagai tisu basah atau tisu lembap, tisu pakai buang dan tisu antibakteria.

Bentuknya sama seperti tisu tetapi teksturnya lembap dan lembut serta mudah digunakan dalam situasi tertentu terutamanya apabila kita berada di luar rumah.

Kebiasaannya tisu basah digunakan untuk tujuan pembersihan seperti kebersihan diri dan pembersihan sekeliling.

Bezanya dengan tisu kering adalah ia mempunyai bahan kimia yang ditambahkan dan tisu pembersih perubatan atau pejabat tidak bertujuan untuk kebersihan kulit.

Kegunaan Wipes

  • Boleh menghilangkan kotoran makanan pada pakaian dengan cepat dan mengelakkan pakaian dari basah jika menggunakan air.
  • Digunakan untuk mengelap selesema. Tisu kering mungkin akan menyebabkan hidung terengsa, tetapi tidak jika menggunakan tisu basah. Malah, memudahkan membuang lendir dengan baik tanpa meninggalkan sisa.
  • Membersihkan meja dan alat tulis. Permukaan meja dan sekitarnya juga boleh dibersihkan sekali lalu dengan tisu basah tanpa merosakkan struktur meja.
  • Membuang kotoran rambut di bilik mandi. Anda sering menyisir rambut di bilik mandi sebelum mandi? Gunakan tisu basah untuk mengautnya.
  • Mengelap sebarang alat atau tangan selepas membeli belah di pasaraya.
  • Alternatif lain selain mencuci tangan. Di tempat yang sukar mencari air, anda boleh mengelap dulu dengan tisu basah.

Cara Menggunakan Wipes

1. Direka untuk tandas, sink dan paip, pancuran mandian, jubin dan tab mandi

2. Tarik kembali penutup yang dapat ditutup semula, tarik lap.

3. Tutup dengan rapat selepas setiap penggunaan & perlulah betul-betul ditutup dengan rapi bagi untuk mengelakkan tisu menjadi kering.

3. Lap permukaan agar bersih. Ulang sehingga bersih kemudian buang tisu basah.

4. Sentiasa uji di kawasan yang selamat dan tidak mudah rosak sebelum menggunakannya untuk memastikan tidak ada kerosakan yang timbul di permukaan.

Berikut antara pilihan wipes Dettol yang anda boleh pilih mengikut situasi dan keadaan semasa.

1. Dettol Anti-Bacterial Surface Wipes Fresh Household Disinfectant

Membersihkan kotoran minyak dan habuk

Dengan menggunakan Dettol Anti-Bacterial Surface Wipes Fresh Household Disinfectant merupakan kaedah mudah untuk membersihkan sisa kotoran selepas aktiviti memasak di dapur.

Ia sama sekali tidak mengandungi fosfat. Namun begitu, anda perlulah sentiasa tutup semula pelekat antara kegunaan untuk mengekalkan kelembapan pada tisu yang tinggal.

Ia mampu membunuh 99.9% kuman seperti E.coli, Salmonella, S. areus. Selain itu, ia sesuai untuk digunakan pada permukaan keras yang tidak berpori di mana makanan disediakan dan disimpan.

Bukan itu sahaja, segala kotoran minyak yang degil dapat dilap dengan mudah. Dengan haruman segar yang tahan lama, tanpa peluntur dan pembungkusan penutup semula yang mudah menjadikan ia sesuai untuk membersihkan lebih dari 100 permukaan seperti:

– bangku dapur, tong sampah, sink,

– lantai, dinding, dapur, peti sejuk

– kerusi, pemegang pintu,

– peralatan kanak-kanak (kanak-kanak berumur lebih dari 12 bulan) (seperti kerusi tinggi, tikar ganti, pot dan mainan),

– tempat duduk tandas, meja, papan kekunci, telefon dan banyak lagi.

2. Dettol Antibacterial Wet Wipes

Dettol Antibacterial Wet Wipes ini membasmi 99.9% kuman dan bakteria.

Tisunya yang bertekstur lembut membersihkan kulit anda tanpa kerengsaan.

Sangat sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif dan mengalami masalah kulit kering kerana ia juga bebas daripada alkohol, pencerah optik, dan formaldehid.

Juga terdapat dalam: Wipes: 10s, 10s x 3, 50s

3. Dettol Antibacterial Wet Wipes Sensitif

Wipes jenis ini sangat sesuai untuk kulit sensitif kerana ia akan melembap dan membersihkan kulit tanpa meninggalkan sebarang reaksi pada kulit.

Juga, wipes ini memiliki haruman ringan selepas digunakan membuatkan tangan anda terasa segar dan bersih.

Jangan risau kerana ianya bebas daripada alkohol, pencerah optik, dan formaldehid yang mana sangat baik bagi semua jenis kulit.

Anda boleh menggunakannya tanpa ragu-ragu.

Summary
Dettol Antibacterial Wet Wipes Untuk Pembersihan
Article Name
Dettol Antibacterial Wet Wipes Untuk Pembersihan
Description
Dettol Antibacterial Wet Wipes adalah merupakan salah satu benda wajib yang perlu ada dalam beg. Kalau ada wipes atau tisu basah, kita pun tidak khuatir jika ada aiskrim tertumpah, lap barang kotor dan untuk lap najis bayi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: