DERMOPLAST
Dermoplast (benzocaine) adalah anestetik am (ubat kebas). Ia berfungsi dengan menghalang isyarat saraf di badan anda.

Pengenalan

Dermoplast (benzocaine) adalah anestetik am (ubat kebas). Ia berfungsi dengan menghalang isyarat saraf di badan anda.

Kegunaan

Dermoplast digunakan untuk mengurangkan kesakitan atau ketidakselesaan yang disebabkan oleh iritasi kulit yang ringan, gigitan serangga, luka terbakar biasa, luka kecil, selaran matahari, dan banyak lagi punca sakit biasa pada permukaan badan.

Dermoplast First Aid Spray juga membantu mencegah jangkitan pada luka kecil, calar dan luka terbakar.

Cara menggunakan Dermoplast

Gunakan Dermoplast seperti yang dinyatakan pada label, atau seperti yang ditetapkan oleh doktor anda. Baca semua panduan ubat atau helaian arahan.

Gunakan jumlah yang sedikit yang diperlukan untuk mengebaskan kulit atau menghilangkan rasa sakit. Jangan gunakan benzocaine jenis sapu dalam jumlah besar.

Jangan balut bahagian kulit yang dirawat dengan pembalut atau balutan plastik tanpa mendapatkan nasihat perubatan.

Bersihkan bahagian tersebut dengan sabun dan air sebelum menggunakannya.

Pegang tin sejauh 6-12 inci daripada bahagian yang ingin dirawat dan sembur pada kulit. Jangan sembur pada muka atau mulut anda.

Jika anda perlukan dermoplast pada muka, sembur pada tapak tangan dahulu dan kemudian aplikasikan pada wajah anda dengan lembut.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan

Jangan guna pada kanak-kanak yang berusia bawah 2 tahun.

Tubuh anda mungkin menyerap lebih banyak benzocaine jika anda menggunakannya secara berlebihan, jika anda menggunakannya pada bahagian kulit yang besar, atau jika anda menggunakan haba, pembalut, atau balutan plastik pada bahagian kulit yang dirawat.

Kulit yang terluka atau mengalami keradangan juga dapat menyerap lebih banyak ubat sapu tersebut berbanding kulit yang sihat.

Jangan gunakan untuk merawat bahagian kulit yang besar atau luka tusukan yang dalam.

Elakkan daripada menggunakan ubat tersebut pada kulit yang tercedera atau melepuh, seperti luka bakar yang teruk atau melecet.

Kesan Sampingan

Kemerahan, pedih atau iritasi sementara pada bahagian yang diaplikasikan mungkin berlaku. Jika sebarang kesan sampingan ini bertambah teruk, beritahu pada doktor atau ahli farmasi anda segera.

Benzocaine (bahan aktif yang terdapat dalam Dermoplast) boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan yang tidak diingini.

Walaupun tidak kesemua kesan sampingan ini boleh berlaku, tetapi jika berlaku, anda mungkin memerlukan rawatan perubatan.

Segera berjumpa dengan doktor anda sekiranya terdapat kesan sampingan berikut semasa mengambil benzocaine:

Masalah yang tidak diketahui puncanya

  • Bibir, kuku, atau telapak tangan kebiruan
  • air kencing berwarna gelap
  • sukar bernafas
  • pening atau pening lalat
  • sakit kepala
  • demam panas
  • loya
  • kulit pucat
  • degupan jantung yang cepat
  • sakit tekak
  • pendarahan atau lebam yang tidak diketahui punca
  • keletihan atau kelemahan yang tidak diketahui punca
  • muntah
  • memburukkan lagi rasa sakit, kemerahan, bengkak, atau keradangan di dalam atau di sekitar mulut

Kontraindikasi

Dapatkan nasihat daripada ahli farmasi atau pakar perubatan.

Interaksi

Interaksi ubat ini mungkin mengubah cara ubat anda berfungsi atau meningkatkan risiko kesan sampingan. Artikle ini tidak mempunyai senarai lengkap semua kemungkinan interaksi ubat.

Simpan semua senarai ubat yang anda gunakan (termasuklah ubat preskripsi, bukan preskripsi atau herba) dan kongsikan pada doktor atau ahli farmasi anda.

Jangan mulakan, hentikan atau ubah dos ubat anda tanpa kebenaran doktor.

Ubat ini diketahui mempunyai interaksi dengan Dermoplast (benzocaine)

  • Prilocaine
  • Sodium Nitrite

Terdapat satu penyakit yang berinteraksi iaitu:

  • methemoglobinemia

Dos

Guna Dermoplast mengikut arahan pada label, atau seperti yang dipreskripkan oleh doktor anda. Baca kesemua panduan ubat dan helaian arahan.

Dos berdasarkan umur, keadaan perubatan dan tindak balas terhadap rawatan. Jangan guna berlebihan, terlalu kerap atau terlalu lama daripada yang diarahkan. Keadaan anda tidak akan bertambah baik dan risiko kesan sampingan akan meningkat.

Apa terjadi jika saya terlepas dos?

Memandangkan Dermoplast digunakan bila perlu, anda mungkin tidak memerlukan jadual dos. Abaikan sebarang dos yang terlepas jika sudah hampir dengan waktu dos seterusnya.

Sumber:

https://www.drugs.com/dermoplast.html

https://www.webmd.com/drugs/2/drug-165958/dermoplast-with-menthol-topical/details

Summary
Dermoplast (Kebas) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Dermoplast (Kebas) : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Dermoplast (benzocaine) adalah anestetik am (ubat kebas). Ia berfungsi dengan menghalang isyarat saraf di badan anda.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: