Now Reading
Dermatographia – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor risiko dan Rawatan

Dermatographia – Simptom, Punca, Diagnosis, Faktor risiko dan Rawatan

dermatographia

Dermatographia, yang kadangkala disebut ‘skin writing’ merujuk kepada keadaan di mana calar yang kelihatan kecil boleh berubah menjadi reaksi sementara tetapi ketara.

Keadaan ini juga disebut sebagai dermografisme atau urtikaria dermatografik. Kira-kira 5 peratus individu mempunyai keadaan ini, dan ini paling biasa berlaku pada kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa yang lebih muda.

Goresan boleh merengsakan kulit anda, tetapi ia dapat cepat sembuh. Sebilangan calar berwarna putih pada kulit, sementara yang lain boleh menjadi sedikit merah.  Dengan masalah dermatographia, goresan boleh menjadi semakin teruk, menyebabkan luka mendalam atau reaksi alergi.

Simptom Dermatographia

Tanda-tanda dermatographia berlaku apabila kulit anda tercalar. Gejala biasanya tidak muncul dengan sendirinya. Sebaliknya, ini adalah reaksi terhadap goresan tersebut sendiri. Gejala ini boleh muncul buat pertama kalinya tanpa amaran.

Gejala dermatographia boleh merangkumi:

  • kemerahan
  • tanda timbul pada kulit yang kelihatan seperti tulisan
  • luka mendalam
  • lecur yang kelihatan seperti gatal-gatal
  • kegatalan
  • bengkak, atau keradangan

Gejala biasanya berlangsung selama kira-kira 30 minit pada satu masa. Dalam kes yang jarang berlaku, gejala boleh berlangsung selama sehari atau lebih lama. Walau bagaimanapun, keadaan dermografisme itu sendiri dapat bertahan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Malah, gejala mungkin bertambah buruk pada suhu yang melampau. Cuaca kering juga dapat memburukkan lagi masalah dermatographia. Air suam dari pancuran mandian air panas dan sauna juga boleh memburukkan lagi gejala.

Punca Dermatographia

Punca sebenar dermatographia adalah tidak jelas. Ia mungkin terjadi disebabkan tindak balas alahan, namun tiada alergen khusus yang dikenal pasti.

Perkara biasa juga boleh mencetuskan gejala dermatographia. Contohnya, goresan daripada pakaian atau cadar katil boleh merengsakan kulit anda. Kadangkala, masalah dermatographia didahului oleh jangkitan, gangguan emosi atau ubat-ubatan, seperti penisilin.

Diagnosis Dermatographia

Dermatographia didiagnosis dengan ujian kulit. Doktor anda mungkin akan menggunakan penekan lidah dan menyeretnya dengan perlahan ke bahagian kulit anda untuk melihat sekiranya terdapat reaksi buruk. Ujian ini dilakukan di pejabat doktor, dan keadaan ini biasanya boleh didiagnosis dalam satu perjumpaan. Doktor anda juga boleh memeriksa kawasan lain di kulit anda untuk mencari tanda-tanda lain.

Ujian darah atau sinar-X tidak diperlukan untuk mendiagnosis keadaan ini.

Faktor risiko Dermatographia

Dermatographia boleh menjejaskan sebarang individu pada usia berapa pun, tetapi ia cenderung memberi kesan pada remaja dan dewasa muda. Sekiranya anda mempunyai keadaan kulit yang lain, seperti kulit kering atau dermatitis, anda mungkin lebih mudah mendapat keadaan ini. Mana-mana keadaan kulit yang sering menyebabkan goresan juga boleh meningkatkan risiko anda.

Faktor-faktor berikut juga boleh memburukkan lagi keadaan seperti:

  • senaman
  • haba
  • sejuk
  • tekanan
  • getaran
  • pengambilan alkohol

Lebih daripada 80 peratus individu yang mengalami keadaan ini mengatakan bahawa gejala mereka boleh bertambah buruk pada waktu malam.

Rawatan Dermatographia

Anda biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan kecuali jika masalah ini sudah menjadi kronik yang mana ia menjadi satu masalah yang berterusan.

Gejala biasanya akan dirawat dengan ubatan biasa, walaupun ubatan alternatif juga dapat membantu. Jangan ambil ubat, herba atau suplemen baru tanpa meminta pandangan daripada doktor anda terlebih dahulu.

Rawatan konvensional

Ubat-ubatan alahan tanpa preskripsi dapat membantu merawat gejala dermatographia. Ini termasuklah diphenhydramine (Benadryl) dan cetirizine (Zyrtec), yang mana kedua-duanya boleh menyebabkan rasa mengantuk.

Terdapat juga antihistamin yang menghalang tubuh daripada menghasilkan histamin gara-gara tindak balas buruk terhadap bahan kimia dan alergen. Loratadine (Claritin) dan fexofenadine (Allegra) adalah sejenis antihistamin lain, tetapi ia memerlukan masa lebih lama untuk memberi kesan. Mengambil antihistamin secara berkala juga dapat mencegah gejala dermatographia sebelum ia bermula.

Dalam kes yang serius, doktor mungkin mengesyorkan prosedur fototerapi. Ini adalah sejenis terapi radiasi bagi pesakit luar yang dirancang khusus untuk penyakit kulit. Ia juga boleh digunakan dalam rawatan psoriasis.

Rawatan alternatif

Rawatan alternatif juga boleh memberikan kelegaan untuk masalah dermatographia. Ubat yang digunakan secara langsung pada kulit nampaknya paling berpotensi. Ini termasuk:

  • ‘oatmeal’
  • minyak pokok teh
  • lidah buaya
  • ‘rice bran broth’

Terapi gaya hidup

Pengurusan tekanan juga dapat mengurangkan risiko berlakunya dermatographia. Yoga dan meditasi menggunakan latihan pernafasan dalam yang dapat mengurangkan tekanan. Bersenam secara teratur juga dapat meningkatkan endorfin yang baik di otak bagi mencegah tekanan sebelum ia terjadi.

Teknik relaksasi juga cenderung membantu kanak-kanak dengan keadaan tersebut. Sekiranya perubahan gaya hidup ini gagal membantu menurunkan tahap tekanan anda dan gejala kulit seterusnya, berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan bantuan.

Kredit: Gambar diambil daripada sumber dermatographia.com

SUMBER

https://www.healthline.com/health/dermatographia

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dermatographia/symptoms-causes/syc-20371411

https://www.medicalnewstoday.com/articles/319258#causes-and-risk-factors

error: Content is protected !!