Demam viral (viral fever) merupakan sekumpulan jangkitan virus yang boleh menjejaskan kesihatan badan kita dan menyebabkan suhu badan tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan mengahadapi loya dan muntah.Ia selalu mellaui udara kerana jangkitan udara. Ia juga boleh disebarkan melalui saluran air. Kita boleh mengambil langkah-langkah pencegahan untuk mengelakkan penyakit tersebut.

Golongan kanak-kanak dan orang tua adalah sasaran utama kerana imuniti mereka lebih rendah. Jangkitan virus boleh berlaku di mana-mana bahagian badan seperti usus, paru-paru, otak dan bahagian badan lain-lain. Demam yang tinggi akan menyebabkan sistem imun badan memerangi jangkitan virus tersebut.

Simptom

  • Suhu Badan sangat tinggi
  • Demam yang bersifat berselang-seli Demam sehingga menggigil
  • Demam yang tidak reda dengan ubat-ubatan
  • Demam yang berturut-turut
  • Sakit otot
  • Kemuntahan
  • Muka bengkak
  • Ruam kulit
  • Sakit badan
  • Kelemahan
  • Keletihan
  • Hidung tersumbat
  • Batuk
  • Sakit kepala
  • Cirit-birit
  • Pening kepala
  • Keradangan tekak
  • Selesema
  • Tonsil yang menyakitkan
  • Kurang selera makan

Punca Menyebabkan Demam Virus

  • Malalui semburan cecair badan

Semburan cecair yang keluar dari badan mereka mungkin masuk ke dalam sistem badan orang sekelilingnya apabila orang yang dijangkiti bersin, batuk, atau bercakap. Virus ini mengambil masa sekurang-kurangnya dari 16 jam hingga 48 jam untuk menyebabkan simptom demam di dalam badan apabila virus tersebut memasuki sistem badan.

  • Melalui darah daripada gigitan nyamuk atau “ticks”

Apabila seseorang menghirup udara berhampiran najis atau air kencing tikus yang dijangkiti, sesetengah “strain” demam virus itu juga boleh memasuki badan manusia

  • Disebabkan oleh lebih daripada satu jenis virus

 “Acute viral rhinopharyngitis” adalah penyakit berjangkit yang paling biasa apabila jankitan virus yang menjejaskan saluran pernafasan contoh penyakit yang lain seperti Hepatitis B dan HIV juga.

Bagaimanakah Deman Virus Didiagnosiskan?

Jangkitan bakteria dan demam virus sering tidak dapat dibezakan kerana kedua-dua jenis jangkitan adalah serupa. Doktor akan membuat diagnosis berdasarkan tanda sahaja tetapi jika jangkitan teruk, doctor akan menjalani ujian darah untuk mengenalpasti diagnosis yang tepat.

Rawatan

Doktor akan memberi ubat tahan sakit dan ubat demam untuk mengurangkan kesakitan dan suhu badan. Tiada rawatan khas untuk merawat demam virus.Ubat seperti antibiotik tidak diberikan kerana ia tidak memberi kesan terhadap virus tersebut. Rawatan yang selalu tumoukan adalah kelegaan badan. Kaedah rawatan termasuk:

  • Pengambilan ubat acetaminophen atau ibuprofen untuk menurun suhu badan atau deman tersebut.
  • Banyak rehat
  • Minum banyak air untuk memastikan badan dalam keadaan hidrat walaupun semasa berpuluh badan tetap hidrat
  • Pengambilan antibiotik

Sumber

https://www.practo.com/health-wiki/viral-fever-symptoms-complications-and-treatment/25/article

https://www.healthline.com/health/viral-fever#treatment

Summary
Demam Virus – Simptom, Punca dan Rawatan
Article Name
Demam Virus – Simptom, Punca dan Rawatan
Description
Demam viral (viral fever) adalah sekumpulan jangkitan virus yang menjejaskan kesihatan badan dan menyebabkan demam tinggi, sensasi terbakar di mata, sakit kepala, sakit badan dan kadang-kadang loya dan muntah.Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan virus melalui udara, walaupun ia boleh disebarkan melalui saluran air. Walaupun anda boleh mengambil langkah-langkah pencegahan, ia adalah hampir mustahil untuk mencegah jangkitan virus melalui udara.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: