Kanak-kanak sering mengalami demam panas. Ia adalah normal bagi kanak-kanak kecil dan biasanya tidak serius. Dalam kebanyakan kes, demam itu akan hilang sendiri. Demam adalah cara tubuh membunuh jangkitan dengan meningkatkan kepanasan terhadap kuman. Ia disebabkan oleh bakteria, seperti radang tekak atau virus, seperti selesema. Kuncinya adalah belajar bagaimana merawatnya supaya anak anda berasa lebih selesa.

Anda boleh merawati demam apabila anak anda kelihatan tidak selesa. Ini tidak akan membuat jangkitan mereka hilang, tetapi dapat membantu mereka berasa lebih selesa kerana kadang-kala demam boleh menyebabkan anak anda mengantuk.

Demam Panas Pada Bayi Yang Baru Lahir Sehingga Kanak-Kanak Berumur 3 Bulan

Pada bayi muda yang berumur kurang daripada 3 bulan, suhu demam yang sedikit pun harus diberi keprihatinan. Itulah sebabnya anda harus selalu menghubungi doktor atau berjaga-jaga sekiranya si kecil anda demam 100.4°F atau lebih tinggi.  Begitu juga dengan suhu lebih rendah daripada 97.7°F ketika diambil secara rektum.

Anda juga harus menuju ke jabatan kecemasan jika bayi anda demam dan ada gejala berikut:

  • masalah makan
    • Hubungi doktor sekiranya bayi anda menolak beberapa kali makan secara berurutan ataupun makan berkurangan.
  • masalah bernafas
  • ruam yang tidak dapat dijelaskan
  • muntah atau cirit-birit
  • tingkah laku yang  berbeza (lesu, tidak dapat ditenangkan dan lain-lain)
  • leher kaku
  • sakit kepala yang teruk
  • sakit tekak yang teruk
  • sakit telinga
  • sawan
  • pusat atau zakar sakit ketika disentuh.
    • Hubungi doktor sekiranya kawasan pusat atau zakar bayi anda tiba-tiba menjadi merah atau mula berdarah.
  • dehidrasi
    • Hubungi doktor jika bayi anda menangis dengan air mata yang berkurangan, lampin kekurangan basah atau kekeringan mulut. Juga hubungi doktor jika bahagian lembut kepala bayi anda kelihatan tenggelam.
  • sembelit
    • Sekiranya bayi anda mempunyai pembuangan air besar yang berkurangan daripada biasa selama beberapa hari dan kelihatan sukar atau tidak selesa, hubungi doktor.
  • lendir mata
    • Sekiranya salah satu atau kedua-dua mata berwarna merah atau terdapat lendir, hubungi doktor.

Demam Panas Pada Kanak-Kanak Berumur 3 Bulan Sehingga 3 Tahun

Pada bayi dan kanak-kanak lebih tua yang berumur di antara 3 bulan sehingga 3 tahun, hubungi doktor anda jika demam panas anak anda adalah 102.2°F atau lebih tinggi.

Anda boleh memberi ibuprofen atau acetaminophen kepada anak untuk menurunkan demam mereka dengan selamat. Ibuprofen boleh digunakan untuk kanak-kanak berumur 6 bulan ke atas atau acetaminophen untuk kanak-kanak berumur 2 tahun ke atas. Tanyakan doktor anda untuk dos yang betul jika anak anda berumur di bawah 2 tahun.

Sekiranya demam tidak bertindak balas terhadap pengurang demam (seperti ibuprofen, acetaminophen), kemungkinan sesuatu yang lebih serius berlaku.

Simptom lain yang memerlukan rawatan segera:

  • masalah bangun daripada tidur
  • masalah bernafas
  • pengeluaran air kencing berkurangan
  • kesukaran menyimpan cecair (muntah)
  • ruam gelap yang tidak dapat dijelaskan
  • leher kaku, sakit perut atau masalah lain
  • batuk dan selsema
  • lendir hijau pekat atau lendir berdarah dari hidung atau mulut
  • menggosok telinga mereka, atau tanda ketidakselesaan fizikal atau kesakitan di mana sahaja di badan mereka

Demam Panas Pada Kanak-Kanak Berumur Lebih Daripada 3 Tahun

Bagi kanak-kanak yang berusia lebih daripada 3 tahun, demam panas melebihi 102°F yang berlangsung selama 2 hari atau lebih perlu diberi perhatian.

Namun, jika si kecil demam selama 5 hari atau lebih, pastikan anda menghubungi doktor mereka. Perkara yang sama berlaku untuk demam yang tidak berkurang dengan ubat OTC.

Simptom lain yang memerlukan rawatan segera:

  • kesukaran bernafas atau menelan
  • kesukaran menyimpan cecair (muntah)
  • kesakitan ketika membuang air kecil atau kencing yang tidak kerap
  • ruam gelap yang tidak dapat dijelaskan
  • leher kaku, sakit perut atau masalah lain
  • bertindak lesu atau sukar untuk bangun daripada tidur

Cara-Cara Yang Dapat Memastikan Anak Anda Selesa Ketika Demam

  • Mandi selama 15 minit dalam air suam boleh membantu menurunkan demam anak anda. Pastikan air tidak menjadi sejuk, dan bawa keluar jika mereka mula menggigil.
  • Memakaikan anak anda dengan pakaian yang ringan. Gunakan lapisan selimut yang nipis dan bukan selimut tebal untuk menutupnya di atas katil.
  • Menyusukan anak atau kerap memberikan formula susu kepada bayi anda. Anda mungkin ingin mempertimbangkan minuman rehidrasi oral seperti Pedialyte untuk bayi. Sekiranya anak anda tidak lagi meminum susu, dorong mereka untuk meminum air berlebihan. Elakkan soda dan minuman berkafein, yang boleh menyahhidratkan.

Anda lebih mengenali anak anda. Sekiranya mereka tidak bertingkah laku seperti biasa, lebih baiklah anda menghubungi pakar pediatrik mereka supaya anda dapat mengesampingkan perkara yang lebih serius daripada selesema.

Pencegahan

Demam mungkin dapat dielakkan dengan mengurangkan pendedahan kepada penyakit yang berjangkit. Berikut adalah beberapa petua yang dapat membantu:

  • Basuh tangan anda dengan kerap dan ajar anak-anak anda untuk melakukan perkara yang sama, terutamanya sebelum makan, selepas menggunakan tandas, setelah menghabiskan masa di tempat keramaian atau di sekitar seseorang yang sakit, setelah membelai haiwan dan semasa melakukan perjalanan dengan pengangkutan awam.
  • Tunjukkan kepada anak-anak anda cara mencuci tangan dengan bersih, menutupi bahagian depan dan belakang setiap tangan dengan sabun dan membilas sepenuhnya di bawah air yang mengalir.
  • Bawa pembersih tangan dengan anda semasa anda tidak mempunyai akses ke pada sabun dan air.
  • Tunjuk ajarkan anak-anak cara mengelakkan menyentuh hidung, mulut atau mata, kerana ini adalah cara utama virus dan bakteria memasuki tubuh dan menyebabkan jangkitan.
  • Tutup mulut ketika batuk dan hidung ketika bersin, serta ajar anak-anak anda melakukan perkara yang sama. Sekiranya boleh, jauhkan diri daripada orang lain ketika batuk atau bersin untuk mengelakkan penyebaran kuman kepada mereka.

Sumber:

https://www.healthline.com/health/childrens-health/colds-in-newborns#takeaway

https://www.webmd.com/children/features/fever-care-young-children

https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/infant-and-toddler-health/in-depth/healthy-baby/art-20047793

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/fever/symptoms-causes/syc-20352759

Summary
Bilakah anda perlu bimbang tentang demam panas pada kanak-kanak?
Article Name
Bilakah anda perlu bimbang tentang demam panas pada kanak-kanak?
Description
Kanak-kanak sering mengalami demam panas. Ia adalah normal bagi kanak-kanak kecil dan biasanya tidak serius. Dalam kebanyakan kes, demam itu akan hilang sendiri. Demam adalah cara tubuh membunuh jangkitan dengan meningkatkan kepanasan terhadap kuman.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: