demam kepialu
Demam kepialu atau tipoid adalah penyakit akut yang berkaitan dnegan demam disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica serotype Typhi.

Demam kepialu atau tipoid adalah penyakit akut yang berkaitan dengan demam disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica serotype Typhi.

Ia juga boleh disebabkan oleh Salmonella paratyphi, bakteria berkaitan yang selalunya menyebabkan penyakit yang kurang serius. Bakteria ini dibawa di dalam air atau makanan yang dibawa oleh manusia dan tersebar pada individu lain di dalam kawasan tersebut.

Simptom

Simptom selalunya terjadi di antara 6 hingga 30 hari selepas terdedah kepada bakteria. 2 simptom utama demam kepialu adalah demam dan ruam.

Demam kepialu selalu pada suhu tinggi, naik mendadak dalam beberapa hari sehingga 104 darjah Fahrenheit atau 39 hingga 40 darjah Celcius.

Ruam tidak berlaku pada semua pesakit, bintik merah yang muncul selalunya pada leher dan abdomen.

Simptom lain adalah termasuklah:

  • Rasa lemah
  • Sakit di bahagian abdomen
  • Sembelit
  • Pening kepala

Simptom yang jarang berlaku termasuklah kekeliruan, cirit birit dan muntah tetapi keadaan ini selalunya tidak serius.

Dalam keadaan serius, yang tidak dirawat, usus boleh jadi berlubang. Ia boleh menyebabkan peritonitis, jangkitan tisu yang melapisi bahagian dalam abdomen, di mana perlu dilaporkan kerana ia boleh menyebabkan kematian di antara 5 dan 62 peratus kes.

Jangkitan lain, paratyphoid disebabkan oleh Salmonella enterica. Ia mempunyai simptom hampir sama dengan tipoid tetapi kurang menyebabkan kematian.

Punca

Bakteria Salmonella typhi (S. typhi) menjadi punca demam kepialu. Bakteria ini merebak melalui makanan, minuman atau air yang tercemar. Individu yang terjangkiti dengan Salmonella typhi (S. typhi) membawa bakteria ini di dalam saluran usus dan darah.

Salmonella typhi (S. typhi) dikeluarkan daripada badan melalui najis. Anda mungkin dijangkiti demam kepialu jika anda makan makanan atau minuman yang disediakan oleh seseorang yang mengeluarkan bakteria tersebut dan tidak membasuh tangan dengan betul. Dalam negara yang kurang maju, kumbahan mengandungi Salmonella typhi mungkin mencemari sumber air setempat.

Dalam sesetengah kes, individu yang sebelum ini pernah menghidap demam kepialu masih membawa bakteria Salmonella typhi. Mereka membawa penyakit. Mereka mungkin menyebarkan jangkitan meskipun mereka tidak mempunyai sebarang simptom (kes popular ‘Typhoid Mary’ di Amerika Syarikat).

Bagaimana seseorang menghidap Demam Kepialu?

Demam kepialu berlaku apabila anda minum atau makan bakteria daripada makanan atau air yang tercemar. Individu dengan penyakit akut boleh mencemari sumber air sekitar melalui najis, di mana ia mengandungi konstrentasi bakteria yang tinggi.

Sumber air yang tercemar boleh, kemudiannya mencemari sumber makanan. Bakteria boleh hidup untuk berminggu-minggu dalam kumbahan berair atau kering.

Sebanyak 3% – 5% individu menjadi pembawa bakteria selepas mengalami penyakit akut. Manakala yang lain menderita penyakit yang sangat biasa berlaku yang tidak dapat dikesan.

Individu ini menjadi pembawa bakteria jangka panjang meskipun tidak mempunyai apa-apa simptom dan mungkin menjadi sumber wabak demam kepialu baru selama bertahun-tahun.

Faktor Risiko

Individu yang berisiko tinggi menghidapi penyakit ini adalah mereka yang tinggal di negara yang sedang membangun di mana kurang penjagaan kebersihan.

Malah, mereka mempunyai sumber air bersih dan makanan yang selamat yang terhad juga berisiko dijangkiti penyakit ini.

Diagnosis

Selepas makan makanan atau minuman yang tercemar, bakteria Salmonella menyerang usus kecil dan memasuki saluran darah untuk sementara.

Bakteria dibawa oleh sel darah putih ke dalam hati, limpa dan sumsum tulang di mana mereka membiak dan masuk semula ke dalam saluran darah.

Individu yang dijangkiti mengalami simptom seperti demam pada ketika ini. Bakteria menyerang pundi kencing, sistem hempedu dan tisu limfa di usus. Di sini ia membiak dengan banyak.

Bakteria melalui saluran usus, ia boleh dikenalpasti melalui sampel najis. Jika hasil ujian tidak dapat dikenal pasti, sampel darah atau air kencing akan di ambil untuk membuat diagnosis.

Rawatan

Rawatan yang efektif untuk demam kepialu hanyalah dengan antibiotik. Antibiotik yang sering digunakan adalah ciprofloxacin (untuk wanita yang tidak hamil) dan ceftriaxone.

Selain antibiotik, rawatan yang sangat penting adalah dengan menghidratkan diri semula dengan minum air secukupnya. Kes serius seperti usus berlubang, pembedahan perlu dilakukan.

Ketahanan Antibiotik Demam Kepialu

Seperti sejumlah penyakit bakteria lain, terdapat kebimbangan tentang ketahanan antibiotik terhadap Salmonella typhi.

Hal ini memberi kesan terhadap pemilihan ubat yang boleh merawat demam kepialu. Sejak beberap tahun kebelakangan ini, demam kepialu boleh berterusan berlaku atau dalam kata lain – tidak mempunyai tidak balas dengan ubat trimethoprim-sulfamethoxazole and ampicillin.

Ciprofloxacin, salah satu ubat utama untuk demam kepialu, mengalami kesukaran ketahanan yang hampir sama. Sesetengah kajian menemui kadar ketahanan Salmonella typhimurium antara 35 peratus.

Komplikasi

Individu yang tidak menerima rawatan untuk demam kepialu mungkin mengalami simptom penyakit untuk beberapa bulan.

Dalam kes tersebut, komplikasi seperti kegagalan buah pinggang dan buasir usus (pendarahan serius) mungkin berlaku. Dalam kes serius, demam kepialu boleh menyebabkan kematian jika tidak dirawat. Mereka juga boleh menjadi pembawa dan menyebarkan penyakit kepada orang lain.

Langkah Pencegahan

Pastinya setiap penyakit berlaku bersebab, justeru itu kita perlulah memainkan peranan untuk mencegahnya daripada berlaku. Pencegahan yang dapat dilakukan seperti :

  • Setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan makanan pastikan anda membasuh tangan menggunakan sabun dan air
  • Pastikan anda hanya makan makanan yang telah masak sepenuhnya
  • Elakkan daripada makan atau minum makanan dan minuman yang berisiko seperti sayur – sayuran mentah / ulam – ulaman, buah – buahan, makanan daripada penjaja yang tidak menjaga kebersihan diri dan premis dan juga ais, semasa berlakunya wabak
  • Hanya minum air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Elakkan daripada mengambil ais kecuali ais yang dibuat daripada air yang telah dimasak atau air yang telah dibotolkan
  • Dapatkan pelalian vaksin demam kepialu terutama jika anda ingin melawat ke negara yang berisiko
  • Kekalkan kebersihan diri dan persekitaran
  • Untuk penyediaan makanan, pastikan anda menggunakan air yang bersih sahaja

SUMBER

https://www.webmd.com/a-to-z-guides/typhoid-fever#1

https://www.medicalnewstoday.com/articles/156859

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17730-typhoid-fever/management-and-treatment

https://pku.upm.edu.my/berita/amaran_penularan_demam_kepialu_typhoid_fever-19304

Summary
Demam Kepialu : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Demam Kepialu : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Demam kepialu atau tipoid adalah penyakit akut yang berkaitan dnegan demam disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica serotype Typhi.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: