debunga lebah
Debunga lebah mengandungi vitamin, mineral, karbohidrat, lipid, dan protein. Ia berasal daripada debunga yang terkumpul pada badan lebah. Debunga lebah juga termasuk dengan air liur lebah.

Pengenalan

Debunga lebah mengandungi vitamin, mineral, karbohidrat, lipid, dan protein. Ia berasal daripada debunga yang terkumpul pada badan lebah. Ia juga termasuk dengan air liur lebah.

Kegunaan Debunga lebah

Anda mungkin menemui debunga ini dalam suplemen makanan semula jadi yang lain, serta produk pelembut kulit yang digunakan untuk ruam lampin bayi atau ekzema. Malah, anda mungkin juga mendengar cadangan untuk menggunakan bahan ini untuk masalah alkoholisme, asma, alergi, penjagaan kesihatan, atau masalah perut, tetapi tidak ada bukti bahawa ia membantu mengatasi keadaan ini.

Sebelum anda mengambil produk semula jadi untuk keadaan kesihatan, berjumpa dan bertanya pada doktor anda.Ia juga disarankan oleh beberapa pakar herba untuk meningkatkan prestasi atlet, mengurangkan kesan sampingan kemoterapi, dan menyembuhkan alergi dan asma.

Pada ketika ini, penyelidikan perubatan tidak menunjukkan bahawa ia berkesan untuk masalah kesihatan ini.

Langkah berjaga-jaga & Amaran Penggunaan Debunga lebah

Debunga lebah nampaknya selamat bagi kebanyakan orang, sekurang-kurangnya apabila diambil untuk jangka masa pendek.Tetapi jika anda mempunyai alahan terhadap debunga, reaksi alahan anda mungkin bertambah teruk daripada yang anda harapkan.

Ia boleh menyebabkan reaksi alergi yang serius – termasuklah sesak nafas, gegata, bengkak, dan anafilaksis.Di samping itu, ia juga tidak selamat untuk wanita hamil. Individu wanita juga harus mengelakkan penggunaan debunga lebah jika dia menyusu badan.

Selain itu, ia juga boleh menyebabkan peningkatan pendarahan jika diambil bersama blood thinner tertentu seperti warfarin.

Periksa dengan doktor anda sebelum mengambilnya jika anda mengamalkan pengambilan ubat-ubatan, ubat-ubatan bebas, atau herba lain.

Kesan Sampingan Debunga lebah

Dapatkan bantuan perubatan kecemasan jika anda mempunyai tanda-tanda reaksi alergi berikut: gatal-gatal; berasa ringan; sukar bernafas; bengkak muka, bibir, lidah, atau tekak anda.

Walaupun tidak semua kesan sampingannya diketahui, debunga ini dianggap selamat apabila diminum hingga 30 hari.

Penggunaan jangka panjang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Berhenti menggunakannya dan hubungi penyedia penjagaan kesihatan anda sekaligus jika anda mempunyai:

Kesan sampingan yang biasa termasuklah:

  • kebas, kesemutan
  • Sakit perut

Ini bukannya senarai lengkap kesan sampingan dan kesan lain mungkin berlaku. Hubungi doktor anda untuk mendapatkan nasihat perubatan mengenai kesan sampingan.

Kontraindikasi Debunga lebah

Ia dikontraindikasikan pada mereka dengan:

  • alahan debunga atau hipersensitiviti terhadap debunga lebah.
  • Kanak-kanak, wanita hamil, ibu menyusu badan tidak boleh mengambilnya kerana kekurangan maklumat sahih untuk digunakan dalam kalangan individu ini.

Interaksi Debunga lebah

Buat masa ini tiada informasi berkenaan interaksi terhadap debunga ini. Dapatkan nasihat daripada doktor untuk maklumat lanjut.

Dos Debunga lebah

Dos yang sesuai bergantung pada beberapa faktor seperti usia, kesihatan, dan beberapa keadaan pengguna.Pada masa ini tidak ada maklumat saintifik yang cukup untuk menentukan julat dos yang sesuai untuk debunga lebah.

Perlu diingatkan bahawa produk semula jadi tidak semestinya selamat dan dos yang betul adalah sangat penting.Pastikan anda mengikuti arahan yang relevan pada label produk dan berjumpa dengan ahli farmasi atau doktor atau pegawai perubatan anda sebelum menggunakannya.

SUMBER

https://www.webmd.com/vitamins/ai/ingredientmono-78/bee-pollen

https://www.webmd.com/balance/bee-pollen-benefits-and-side-effects

https://www.healthline.com/nutrition/bee-pollen

https://www.ucdenver.edu/academics/colleges/pharmacy/currentstudents/OnCampusPharmDStudents/ExperientialProgram/Documents/nutr_monographs/Monograph-bee_pollen.pdf


Summary
Debunga lebah : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Article Name
Debunga lebah : Kegunaan, Amaran Penggunaan, Kesan Sampingan, Kontraindikasi, Interaksi dan Dos
Description
Bee pollen mengandungi vitamin, mineral, karbohidrat, lipid, dan protein. Ia berasal daripada debunga yang terkumpul pada badan lebah. Debunga lebah juga termasuk dengan air liur lebah.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: