Sebilangan perempuan mengalami darah haid sedikit selepas baligh dan sebelum mula menopaus. Ini disebabkan waktu proses ovulasi yang tidak teratur dan lapisan endometrial gagal berkembang secara normal.

Antara sebab-sebab darah haid sedikit adalah tahap hormon tiroid rendah, tahap prolaktin tinggi, tahap insulin tinggi, tahap androgen tinggi dan hormon-hormon lain. Perempuan yang mengalami masalah ini, selalu haid mereka berlansung kurang daripada dua hari.

Simptom

  • Mengalami pendarahan haid kurang daripada dua hari
  • Pendarahan haid sperti tompok-tompok
  • Terlepas satu atau lebih tempoh haid yang biasa
  • Selalu mengalami darah haid sedikit dalam kitaran tipikal 21- hingga 35 hari kitaran.

Punca Menyebabkan Darah Haid Sedikit Termasuk:

  1. Umur
  2. Berat badan dan diet
  3. Kehamilan
  4. Penyusuan susu ibu
  5. Kawalan kelahiran
  6. Tekanan emosi
  7. Senaman yang berlebihan
  8. Gangguan pemakanan
  9. PCOS

1) Umur

Ketika masa remaja, haid perempuan boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga alirannya. Selain itu, perempuan yang sedang mengalami menopaus juga mungkin mengalami haid yang tidak teratur dan darah haid yang sedikit. Kesemua ini adalah sebab ketidakseimbangan hormon.

2) Berat badan dan diet

Berat badan dan peratusan lemak badan juga boleh menjejaskan haid perempuan. Perempuan yang mempunyai berat badan yang sangat kurang akan menyebabkan hormon tidak berfungsi dengan normal dan ia menjejaskan kekurangan haid atau tempoh tidak teratur. Di samping itu, berat badan yang melampau juga boleh menjejaskan haid tidak teratur.

3) Kehamilan

Jika perempuan yang hamil,  haid tidak akan dating. Jika mengalami “spotting” ia kerana pendarahan implan. Ini berlaku pada mas telur sudah disenyawakan ternama pada lapisan rahim. Biasa keadaan ini berlanjutan selama dua hari atau kurang.

4) Penyusuan susu ibu

Haid mungkin tidak datang dengan segera selepas bersalin bagi ibu yang menyusu. Ini kerana hormon pengeluaran susu menghalang ovulasi dan menangguhkan kedatangan haid. Ibu yang menyusu akan mengalami haid datang beberapa bulan selepas bersalin.

Walaupun haid belum dating, kamu masih boleh hamil semasa menyusu,  Ini kerana ovulasi akan berlaku dua minggu sebelum tempoh pertama selepas bersalin. Jikalau ada melakukan hubungan seksual yang tidak dilindungi semasa waktu menyusu dan mengalami ‘spotting’dalam waktu yang sama, kamu perlu menjalani ujian kehamilan untuk mengesahkan bahawa ‘spotting’ tersebut tidak disebabkan oleh pendarahan implantasi.

5) Kawalan kelahiran

Ubat perancang juga salah satu punca menyebabkan darah haid yang sedikit. Ini kerana ada sebahagian kaedah kawalan kelahiran adalah untuk menghalang telur daripada dilepaskan ke dalam badan. Kaedah-kaedah ini termasuk pelbagai bentuk:

  • pil
  • patch’/tampalan
  • “Ring pessary” yang bentuk seperti cincin dimasukkan ke dalam faraj
  • suntikan

Punca darah haid sedikit atau melangkau tempoh haid, ia kerana badan perempuan tidak melepaskan telur dan menyebabkan rahim tidak akan menghasilkan lapisan tebal. Selepas pengambilan pil perancang, kamu akan mengalami haid yang tidak teratur.

6) Tekanan emosi

Pengubahan hormon kitaran haid juga boleh disebabkan mengalami tekanan. Pada waktu tersebut, mungkin kamu akan mengalami tempoh haid yang dilangkau atau darah haid yang sedikit. Haid akan kembali kitaran normal apabila tekanan emosi sudah pulih.

 7) Senaman yang berlebihan

Senaman yang berlebihan juga boleh menjejaskan haid mereka. Terutamamnya atlet yang berada di situasi tekanan emosi, mempunyai berat badan yang kurang, dan menggunakan banyak tenaga badan. Tempoh haid mereka akan berubah-ubah.

 8) Gangguan pemakanan

Penyakit pemkanan seperti anoreksia nervosa dan bulimia juga boleh menyebabkan haid yang tidak teratur. Ini disebabkan berat badan kurang, yang boleh mengubah hormon yang mengawal haid anda.

9) Sindrom ovari polikistik (PCOS)

PCOS boleh menjejaskan haid yang tidak teratur atau berhenti menstruasi. Penyakit ini adalah perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang. Perubahan hormon ini juga boleh:

  • menjejaskan berat badan dan mengalami obesiti
  • menyebabkan jerawat 
  • menyebabkan bulu-bulu di muka mula tumbuh
  • membawa kepada ketidaksuburan atau mandul

Rawatan

Perubahan gaya hidup dan ubat boleh merawat masalah darah haid sedikit yang berterusan. Untuk melancarkan aliran dan tempoh haid yang teratur, penggunaan kawalan kelahiran hormon dapat membantu juga.Jika darah haid sedikit memberi tanda sesuatu yang lebih serius, rawatan mungkin termasuk ubat-ubatan atau prosedur lain sekiranya perlu untuk dirawat.

Sumber

https://www.healthline.com/health/womens-health/why-is-my-period-so-lighthttps://www.medicalnewstoday.com/articles/322935#risk-factors

Summary
Darah Haid Sedikit - Punca, Simptom dan Rawatan
Article Name
Darah Haid Sedikit - Punca, Simptom dan Rawatan
Description
Darah haid sedikit yang berlaku pada sebilangan perempuan boleh dialami selepas baligh dan sebelum mula menopaus.Ini kerana proses ovulasi menjadi tidak teratur pada masa ini, dan lapisan endometrial gagal berkembang secara normal.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: