danau daunu chalet

Nak beriadah di hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan ? Meh la, ke kampung Bentong, dimana terdapat sebuah chalet yang Villanya terletak indah dikelilingi ketenangan alam semulajadi. Chalet tersebut di kenali sebagai Danau Daun Chalet terletak di Janda Baik.

Danau Daun Chalet menyediakan 6 vila. Tetapi, untuk prosedur penjarakkan sosial disebabkan M.C.O, hanya 3 chalet iaitu, Teratak Air chalet, Hillside Cottage dan Danai Daun Cotage , di buka untuk tetamu. Chalet ini dapat menampung 4-8 pax tetamu bergantung dengan pilihan vila.

Untuk Vila Teratak Air dan Hillside Cottage ianya telah lengkap disediakan dengan kolam renang peribadi. Pemandang daripada kolam renang di Hillside Cottage sangatlah luar biasa kerana ianya berlatar belakangkan keindahan pemandangan hutan bukit Janda Baik.

Setiap chalet disediakan dengan kemudahan peti sejuk kecil, cerek elektrik , ketuhar, kipas angin dan juga TV. Bukan sahaja tenang, chalet ini menyenangkan kerana persekitarannya yang sedia ada angin sejuk daripada hembusan angin sepoi Bukit Janda Baik. Kalau lapar, ada café Kopi N Kraf di Kawasan chalet, tetapi kena periksa dulu sebelum ke sana kerana M.C.O ni kemungkinan tutup.

Tetapi tak usah risau, di setiap chalet tetamu boleh masak-masak sendiri dengan adanya tempat BBQ persendirian, cuma kena bawa peralatan dan makanan mentah yang secukupnya sahaja. Kalau tengah lepak-lepak di luar villa, tak sempat nak lari ke tandas bilik, boleh gunakan tandas awam yang berada diluar antara setiap vila.

Kadar sewa : Bermula dengan harga RM230 untuk Danau Daun Cottage, RM740 untuk Teratak Air, RM980 untuk Hillside Cottage. Harga penuh boleh di dapati daripada sebut harga di sini. Anda boleh hubungi mereka di:

Alamat : Lot 5851, Kg. Sum-Sum Hilir, Kampung Janda Baik, 28750 Pahang, Malaysia

No HP: +6010 239 7400

email [email protected]

Danau Daun Chalet

Teratak Air

Merupakan Chalet 2 bilik, yang mempunyai kolam renang persendirian, terletak berdekatan dengan sungai bukit. Hanya terdapat 1 unit sahaja.

Hillside Cottage

Terdapat 3 bilik, dilengkapi dengan kolam persendirian berlatar belakangkan keindahan Bukit Janda Baik. Hanya terdapat 1 unit sahaja.

Daun Daun Cottage

Merupakan bilik studio di atas bukit. Unit bilik tambahan sahaja.  Hanya terdapat 1 unit sahaja

Kemudahan di Danau Daun Chalet

Setiap vila yang tersedia dilengkapi set BBQ di bahagian luar untuk aktiviti memasak. kelengkapan BBQ yang disediakan juga adalah PERCUMA. Jadi anda tak perlulah risau dengan bayaran tambahan atau apa-apa sahaja kan?

Namun, meskipun mereka menyediakan set BBQ, terdapat juga kelengkapan yang di tidak disediakan. Ini bermaksud anda kenalah bawa ia dari rumah anda:

  • Makanan & minuman seperti barang-barang basah dan bahan-bahan
  • Perkakas masak / dapur contohnya penyepit atau dawai, pisau dan beberapa bahan seperti sudu garfu yang patut anda tambah.
  • Mancis / bahan bakar

Kelengkapan yang di sediakan oleh pihak chalet adalah :

  • BBQ Kawat Dawai besi – RM5
  • Arang – rm10 – 2kg sepaket

Untuk kepastian yang lebih lanjut anda perlu berurusan dengan pihak chalet berkenaan. Agar segala perancangan anda lebih rapi dan anda juga dan kepastian yang cukup daripada pihak chalet.

Bila sudah lama terperap dirumah, nak pulak masa PKP ni kita mesti ada keinginan untuk merasakan suasana yang tenang dan damai disamping keindahan pemandangan flora dan fauna. Jadi apabila berpeluang untuk bercuti lagi boleh lah anda survey Danau Daun Chalet ini.

Menarikkan tempat ni lepas ni kalau anda ingin pergi bercuti boleh la masukkan tempat ini dalam senarai percutian anda. Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber:

https://www.havehalalwilltravel.com/danau-daun-chalets-janda-baik

https://www.danaudaunchalets.com/chalets-en

https://www.danaudaunchalets.com/facilities-en

Summary
DANAU DAUN CHALET, DESTINASI PERCUTIAN SEMPURNA
Article Name
DANAU DAUN CHALET, DESTINASI PERCUTIAN SEMPURNA
Description
Nak beriadah di hujung minggu bersama keluarga dan kawan-kawan ? Meh la , ke kampung Bentong , dimana terdapat sebuah chalet yang Villa nya terletak indah dikelilingi ketenangan alam semulajdi. Chalet tersebut di kenali sebagai Danau Daun Chalet di bahagian Janda Baik.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: