daging
Daging merah adalah sumber terbaik bagi zat besi, dan B12 dan lebih mudah diserap.

Daging merupakan kumpulan makanan dengan komponen penting dalam diet harian masyarakat Malaysia seperti ayam, daging, ikan dan telur.

Tahukah anda bahawa lelaki dewasa perlu makan kurang daging merah? Namun sesetengah wanita dan kebanyakan kanak-kanak perlu makan lebih banyak daging?

Malah, makanan dalam kumpulan makanan ini dianggap kaya dengan protein dan kebanyakan individu tidak mempunyai masalah untuk mengambil protein yang secukupnya setiap hari.

Apa yang penting adalah, kumpulan makanan ini juga memberikan pelbagai variasi nutrien seperti iodin, zat besi, zink, vitamin, terutamanya B12 dan asid lemak penting.

Daging merah adalah sumber terbaik bagi zat besi, dan B12 dan lebih mudah diserap. Zat besi sangat penting sewaktu bayi dan bagi wanita dewasa, hamil, datang haid, dan atlet ketahanan.

Zat besi dan zink dalam makanan berasaskan haiwan lebih mudah diserap oleh badan berbanding di dalam tumbuhan seperti kekacang, bijian dan legum.

Walau bagaimanapun, vitamin C yang dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh membantu penyerapan zat besi daripada makanan yang berasaskan tumbuhan.

Apakah nutrisi yang boleh dijumpai dalam kumpulan daging?

Nutrien

  • Daging, ayam, ikan, kekacang dan kacang pis, telur dan bijian membekalkan banyak nutrien. Ini termasuklah protein, vitamin B (niacin, thiamin, riboflavin dan B6), titamin E, zat besi, zink dan magnesium.

  • Diet yang tinggi dengan lemak tepu meningkatkan paras kolesterol ‘jahat’ dalam darah. Kolesterol ‘jahat’ ini digelar kolesterol LDL (low density lipoprotein). Paras kolesterol LDL yang tinggi boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari. Sesetengah pilihan makanan dalam kumpulan ini tinggi dengan lemak tepu. Ini termasuklah potongan daging lembu dan kambing, daging kisar, sosej, dan beberapa daging seperti bologna dan salami serta itik. Untuk membantu mengekalkan paras kolesterol darah yang sihat, hadkan kuantiti makanan yang anda ambil.

  • Diet yang tinggi dengan kolesterol boleh meningkatkan paras kolesterol jahat dalam darah. Kolesterol hanya boleh dijumpai dalam makanan bersumberkan haiwan dan daging organ seperti hati haiwan. Hadkan pengambilan makanan sebegini untuk mengekalkan paras kolesterol yang sihat.

  • Pengambilan lemak yang tinggi menyukarkan anda untuk mengelakkan mengambil kalori melebihi daripada sepatutnya.

Apakah yang terdapat dalam kumpulan daging?

Makanan dalam kumpulan ini jatuh kepada 6 kategori. Contohnya termasuk:

  • Daging tanpa lemak – daging lembu, kambing, rusa, sosej
  • Ayam – Ayam, turki, itik, burung emu, angsa
  • Ikan dan makanan laut – Ikan, udang, ketam, udang kara, kepah, tiram, kerang
  • Telur – Telur ayam, telur itik

Pengganti daging bagi vegan:

  • Kekacang dan bijian – Badam, kacang pine, walnat, kacang makadamia, kacang hazel, kacang gajus, kacang tanah, sapuan kacang, biji labu, bijan, biji bunga matahai, kacang brazil
  • Legum – Lentil, kacang kuda, tauhu

Bahaya pengambilan daging berlebihan

Sesetengah daging tinggi lemak, terutamanya lemak tepu. Memakan terlalu banyak lemak tepu boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah dan meningkatkan risiko penyakit jantung.

Jenis produk yang anda pilih dan cara memasaknya memainkan peranan besar bagi kandungan lemak tepunya.

  • Makan terlalu banyak protein
    Jumlah kalori yang disyorkan melalui pengambilan protein adalah antara 10% hingga 35%. Malangnya, kebanyakan individu mengambil protein dalam jumlah yang melebihi pengambilan harian yang disyorkan tersebut. Jika anda makan terlalu banyak protein, badan anda akan menyimpan semua yang tidak boleh dibakar sebagai lemak, seterusnya meningkatakan berat badan anda dan kolesterol dalam darah.

  • Menyukarkan anda mengekalkan berat badan yang sihat
    Makan protein haiwan dalam kuantiti yang banyak boleh menyikarkan anda untuk mengekalkan berat badan. Sebaliknya, individu yang makan lebih sayur-sayuran memiliki kadar metabolik yang lebih tinggi berbanding individu yang makan daging.

  • Ikan mungkin mengandungi merkuri
    Walaupun ikan mengandungi protein dan nutrien dalam jumlah yang banyak, ia juga boleh mengandungi merkuri, iaitu sejenis toksin berbahaya. Wanita hamil perlu mengehadkan pengambilan ikan dalam diet mereka kerana toksin boleh menjejaskan perkembangan otak. Selain itu, ikan tuna dalam tin, walaupun sangat terkenal, boleh mengandungi jumlah merkuri tertinggi. Kuantiti pengambilan ikan tuna dalam tin bergantung pada berat badan anda. Sebagai contoh, sekiranya berat anda 56 kg, anda perlu makan 3 kg tuna setiap minggu.

Sumber:

Summary
Article Name
Daging dalam kumpulan makanan
Description
Daging merupakan kumpulan makanan dengan komponen penting dalam diet harian masyarakat Malaysia seperti ayam, daging, ikan dan telur.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: