sesb

Daftar Semak Bayar SESB Online menggunakan Online Customer Services system(OCS) dapat membantu penduduk Sabah untuk menyemak dan membayar bil elekterik mereka pada bila-bila masa dan dimana jua. Semuanya dihujung jari.

Sabah Electricity Sdn Bhd ialah satu-satunya pembekal perkhidmatan elektrik di Sabah. Mereka telah menggalakkan pengguna mereka mengunakan OCS system mengikut peredaran zaman dan seiring dengan perkembangan teknologi yang serba canggih. Dengan Kaedah ini juga dapat membantu negara dalam mengawal menularan wabak COVID 19. Pengguna tidak perlu lagi pergi ke kaunter bayaran hanya untuk cek bil elektrik dan membuat bayaran.

ONLINE CUSTOMER SERVICES

Faedah SESB Online Customer Services System adalah:

  • Boleh bayar bil elektrik secara online
  • Boleh periksa amaun bil terkini
  • Boleh kemaskini nomber telefon bimbit secara online
  • Boleh melayari laman web rasmi secara online dengan jangkauan kepada maklumat perkhidmatan, perkhidmatan pengguna, pembekal dan program SESB.

DAFTAR AKAUN ONLINE CUSTOMER SERVICES (OCS)

Pendaftaran Online Customer Services (OCS) boleh dilakukan secara atas talian dengan pergi ke laman web ocs.sesb.com.my tanpa perlu ke kaunter. Ia juga dapat memudahkan pengguna menguruskan akaun mereka

Langkah-langkah Pendaftaran Akaun SESB OCS

  1. Pergi ke laman sesawang ocs.sesb.com.my

sesb

  1. Klik pada link create an account. Anda akan dapat paparan seperti dibawah.

sesb

  1. Anda perlu mengisi butiran yang diperlukan seperti:
  • Email
  • Mobile Number -perlu dimasukkan 2 kali. Kali ke-2 pada ruang Confirm Mobile Number.
  • Password – masukkan password yang sama pada ruang confirm password.
  • Account Number – No Akaun meter
  • IC Number – No kad pengenalan pengguna yang berdaftar
  1. Kemudian klik pada checkbox I aggree to the Terms & Conditions and Privacy Policy.
  1. Akhir sekali Klik butang Sign Up

SEMAK BIL ELEKTRIK ONLINE CUSTOMER SERVICES (OCS)

Pengguna akaun Sabah Electricity Sendirian Berhad sekarang boleh menyemak bil elektrik bulanan anda secara atas talian dengan menggunakan komputer atau telefon mudah alih, hanya pergi ke laman sesawang ocs.sesb.com.my.
Berikut merupakan Langkah-langkah untuk menyemak bil elektrik bulan anda:

  1. Pergi ke laman ocs.sesb.com.my

sesb

  1. Masukkan Kod Stesen dan No Akaun Anda
  2. Klik pada checkbox I’m not a robot
  3. Akhir sekali anda boleh klik pada butang search.

Maklumat pembayaran bulan bil akan di paparkan pada system. Jika anda ingin membuat pembayaran klik pada Pay Now.

BAYAR BIL ELEKTRIK SESB ONLINE CUSTOMER SERVICES (OCS)

sesb

Setiap pengguna boleh membuat bayaran melalui beberapa kaedah iaitu:

  1. Kaunter SESB – Di seluruh Sabah, W.P. Labuan dan UTC Kota Kinabalu
  2. Pandu Lalu atau Drive Thru – Di Ibu pejabat SESB Kota Kinabalu dan W. P. Labuan sahaja.
  3. Kiosk SESB – Di Ibu pejabat SESB dan Semua bandar utama di Sabah.
  4. Automated Teller Machine (ATM) – semua ATM CIMB, Maybank dan lain-lain bank.
  5. Bayaran Secara Online

Namun sekarang, Pengguna lebih suka membuat pembayaran diatas talian kerana lebih mudah dan menjimatkan masa.

Berikut merupakan langakh untuk membuat pembayaran atas talian menggunakan Online Customer Services (OCS):

  1. Pergi ke laman ocs.sesb.com.my
  2. Masukkan kod sistem 4 digit. Anda boleh menyemak di bahagian kiri atas bil elektrik anda.
  3. kemudian masukkan no. akaun yang terdapat pada bil anda.
  4. Klik pada checkbox Robot verification untuk memastikan anda bukan robot
  5. Tekan butang search untuk melihat bill anda.
  6. Apabila bill summary anda telah dipaparkan. Anda boleh terus klik pada butang Pay Now.
  7. Pembayar boleh terus dibuat melalui pilihan bank yang telah disediakan.

Pembayaran Melalui Aplikasi Shopee

sesb

  1. Klik pada Deals, Top-up & Bills
  2. Kemudian klik pada Electricity
  3. Selepas itu, anda klik pada Sabah Electricity
  4. Anda dikehendaki masukkan Account Number dan Amount yang hendak dibayar.
  5. Klik pada Teruskan untuk anda melakukan pembayaran.
  6. Untuk pembayaran anda perlu memilih untuk membuat pembayaran melalui Shopee Wallet atau Online Banking.
  7. Kemudian Klik Pay Now.

Pembayaran Melalui Menggunakan Online Banking CIMB

sesb

  • Buka laman www.cimbclicks.com.my
  • Masukkan User ID dan Password CIMB Clicks
  • Klik pada menu Pay Bills
  • Pilih pembayaran untuk SABAH ELECTRICITY SDN BHD
  • Masukkan Bill Account Number. Untuk memasukan no. Akaun, anda perlu memasukkan nombor Kod Stesen dan diikuti dengan Nombor Akaun.
  • Masukkan amaun yang ingin dibayar.
  • Klik pada butang Make Payment untuk membuat pembayaran.

Sekiranya Anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut mengenai bil elektrik SESB atau OCS system, anda boleh hubungi SESB melalui:

Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000
Emel : [email protected]
Talian hotline myGCC 03-8000 8000
Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089

Nampaknya itu sahaja penerangan bagi daftar semak bayar SESB Online, moga dapat memberi mafaat kepada anda.

SUMBER:

https://badusinfo.com/daftar-akaun-sesb-online-terkini/

https://downloadluckypatcher.co/semak-bil-elektrik-sesb-online/#Semak_Bil_Elektrik_SESB_Online

https://badusinfo.com/cara-bayar-bil-sesb-online/

https://southatlantic.bank/electronic-banking-tips/

https://productnation.co/my/26409/12-12-shopee-sale-malaysia/

https://kakipromo.com/prosedur-cara-daftar-cimb-clicks-di-malaysia/

Summary
Daftar Semak Bayar SESB Online
Article Name
Daftar Semak Bayar SESB Online
Description
Daftar Semak Bayar SESB Online menggunakan Online Customer Services system(OCS) dapat membantu penduduk sabah untuk menyemak dan membayar bil eleterik
Author
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: