daflon
Daflon untuk masalah buasir, kekurangan vena yang kronik, edema, trombosis vena dalam, dermatitis stasis, ulser vena, kesan-kesan pencegahan kemo, keradangan dan keadaan lain.

Pengenalan

Daflon digunakan untuk masalah buasir, kekurangan vena yang kronik (vena varikos, vena spider), edema, trombosis vena dalam, dermatitis stasis, ulser vena, kesan-kesan pencegahan kemo, keradangan dan keadaan lain. Selain itu, ia juga boleh digunakan untuk tujuan yang tidak disenaraikan dalam panduan ubat ini. Seterusnya, tablet Daflon mengandungi Diosmin dan Hesperidin sebagai bahan aktif.

Ia berfungsi dengan meningkatkan kontraksi otot licin, menguruskan tona vena, meningkatkan kontraksi limfa, mengurangkan edema, dan menguruskan faktor-faktor oksidatif serta keradangan yang berlaku disebabkan hipertensi vena bagi menghalang penghasilan enzim keradangan dan cytokines proinflamasi.

Kegunaan Daflon

Ubat ini membantu merawat masalah berikut:

  • Vena varikos.
  • Buasir.
  • Pembengkakan tangan, siku, kaki atau bahagian bawah kaki.

Langkah Berjaga-jaga dan Amaran Bagi Penggunaan Daflon

  • Reaksi alergi: Sekiranya berlaku reaksi alergi, dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
  • Perubahan dos: Jangan ubah dos tersebut mengikut keselesaan anda tanpa bimbingan perubatan.
  • Perut kosong: Daflon perlu diambil sebaik-baiknya dengan makanan atau selepas makan untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini.

Kesan Sampingan Daflon

Berikut adalah senarai kesan sampingan yang mungkin berlaku dari semua bahan yang terdapat dalam tablet Daflon. Namun, ini bukanlah senarai yang komprehensif. Kesan sampingan ini mungkin berlaku, tetapi tidak selalu berlaku. Sesetengah kesan sampingan mungkin jarang berlaku tetapi boleh menjadi keadaan yang serius. Rujuk pada doktor jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan berikut, terutamanya jika ia tidak hilang.

  • Gangguan gastrousus
  • Sakit kepala
  • Ruam
  • Kekejangan di bahagian bawah badan
  • Phlebitis
  • Venous thrombosis
  • Dyspepsia
  • Gangguan perut
  • Pembengkakan kaki

Tablet Daflon juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak disenaraikan di sini.

Kontraindikasi Daflon

Hipersensitiviti  adalah satu kontraindikasi bagi tablet Daflon.

Interaksi Daflon

Sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi atau pada pakej produk untuk mengetahu maklumat lanjut tentang hal ini.

Dos Daflon

– Dos terlepas

Jika anda terlepas pengambilan dos, anda harus mengambilnya sebaik sahaja anda ingat yang bahawa anda  terlepas dos sebelumnya.

– Dos berlebihan

Jika anda mengalami masalah dos berlebihan, anda mesti berjumpa dengan doktor anda dengan serta-merta. Tanda-tanda dos berlebihan termasuklah kekeliruan, mengantuk dan sakit kepala.

SUMBER

https://www.tabletwise.com/bangladesh/daflon-tablet

https://www.lybrate.com/medicine/daflon-500mg-tablet

https://cashkaro.com/blog/daflon-uses-dosage-side-effects-precautions-more/34714/7

Summary
Daflon
Article Name
Daflon
Description
Daflon untuk masalah buasir, kekurangan vena yang kronik, edema, trombosis vena dalam, dermatitis stasis, ulser vena, kesan-kesan pencegahan kemo, keradangan dan keadaan lain.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: