Tempoh Cuti Bersalin
Isu berkaitan cuti bersalin merupakan antara isu yang sentiasa hangat diperkatakan dalam masyarakat. Pertamanya, adakah anda tahu bahawa setiap negara mempunyai tempoh cuti bersalin yang berbeza? Ikuti senarai di bawah bagi mengetahui tempoh cuti bersalin yang ditetapkan di beberapa buah negara.

Isu berkaitan cuti bersalin merupakan antara isu yang sentiasa hangat diperkatakan dalam masyarakat. Pertamanya, adakah anda tahu bahawa setiap negara mempunyai tempoh cuti bersalin yang berbeza? Ikuti senarai di bawah bagi mengetahui tempoh cuti bersalin yang ditetapkan di beberapa buah negara.

Australia – 18 minggu

Perancis – 16 minggu

Greece – 43 minggu

Jepun – 14 minggu

United Kingdom – 39 minggu hingga setahun

Amerika Syarikat – terpulang pada pekerja

                                 

Di negara-negara seperti Singapura, Thailand, Filipina, Korea, Australia, Perancis, Sweden dan Norway, gaji semasa cuti bersalin ini ditanggung sepenuhnya atau sebahagiannya oleh kerajaan atau insurans mereka. Manakala di Amerika Syarikat, ibu-ibu tidak mendapat gaji sewaktu cuti tersebut.

Mengapakah tempoh cuti bersalin ini berbeza-beza? Adakah kelebihan yang boleh didapati sekiranya pekerja mendapatkan cuti bersalin yang lebih lama? Tempoh cuti yang panjang membantu wanita untuk menjadi lebih produktif setelah tamatnya tempoh bersalin tersebut. Ini berlaku kerana badan mereka sudah dapat rehat dengan secukupnya setelah sembilan bulan merasai kesakitan, kepenatan dan kesan-kesan lain semasa hamil. Mereka juga akan berasa lebih bersemangat untuk bekerja dan memulakan fasa yang baharu.

Selain itu, tempoh cuti  yang lebih lama membolehkan golongan wanita untuk meluangkan lebih banyak masa bersama bayinya. Ini juga membantu keluarga itu untuk menyesuaikan diri mereka dengan kehadiran orang baru. Mereka juga dapat menyusu anak secara terus pada bulan-bulan pertama yang dikatakan sangat penting bagi perkembangan bayi berbanding memberi susu formula sahaja kepada bayi itu.

Mereka juga dapat menyusu anak secara terus pada bulan-bulan pertama yang dikatakan sangat penting bagi perkembangan bayi berbanding memberi susu formula sahaja kepada bayi itu.

Walaupun pemberian tempoh cuti yang lama dikatakan sangat bermanfaat bagi golongan pekerja, isu ini dilihat kurang menguntungkan buat para majikan. Ada majikan yang mengatakan bahawa tempoh cuti bersalin yang lebih pendek adalah lebih sesuai diaplikasikan bagi mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung. Hal ini terjadi kerana apabila seorang pekerja mengambil cuti bersalin yang lama, gajinya masih perlu dibayar walaupun dia tidak bekerja. Namun begitu, kadar bayaran gaji adalah berbeza mengikut kadar yang ditetapkan oleh majikan masing-masing. Ada yang memberi bayaran penuh, ada yang memberi separuh daripada gaji dan ada juga yang tidak membayar gaji semasa cuti bersalin.

Di Malaysia, isu ini sedang hangat diperkatakan selari dengan pembentangan Belanjawan 2020 yang dibuat baru-baru ini. Salah satu perkara yang dibincangkan dalam pembentangan tersebut termasuklah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari menjadi 90 hari. Walau bagaimanapun, ada pihak yang tidak bersetuju bahawa cuti bersalin itu dilanjutkan menjadi 90 hari kerana merasakan tempoh tersebut terlalu lama dan merugikan banyak pihak. Namun begitu, ada juga yang sangat bersyukur bahawa tempoh tersebut dipanjangkan terutamanya bagi golongan ibu bekerja yang kurang berkemampuan. Ini juga sebenarnya merupakan hak pekerja wanita yang perlu ada dalam setiap syarikat.

Ini juga sebenarnya merupakan hak pekerja wanita yang perlu ada dalam setiap syarikat.

Bagi golongan ibu di negara ini, cuti bersalin selama 90 hari itu membantu mereka untuk mencari alternatif lain bagi menjaga anak mereka setelah mereka masuk bekerja. Bagi yang berkemampuan, mereka boleh mencari pengasuh bagi anak mereka namun bagi yang tidak berkemampuan, mereka sudah harus mula mencari pusat jagaan kanak-kanak yang mahu menerima menjaga bayi seawal umur tiga bulan. Tidak semua pusat jagaan ini mahu menerima bayi semuda itu kerana takutkan risiko yang boleh berlaku sekiranya bayi itu didedahkan dengan orang dan persekitaran lain secepat itu. Tambahan pula, adalah lebih baik menghantar bayi mereka yang berusia tiga bulan ke pusat jagaan kanak-kanak berbanding usia dua bulan. Jadi, tempoh 90 hari itu sangatlah bermanfaat dan diperlukan oleh para ibu dalam menguruskan keluarganya dengan lebih baik.

Jadi, tempoh 90 hari itu sangatlah bermanfaat dan diperlukan oleh para ibu dalam menguruskan keluarganya dengan lebih baik.

Jadi, apakah pandangan anda mengenai tempoh cuti bersalin ini? Adakah anda merasakan ia patut dilanjutkan atau dikurangkan dan mengapa anda merasa begitu? Tiada pandangan yang betul atau salah kerana setiap perkara yang terjadi itu ada baik buruknya. Selain itu, berhubunglah dengan jabatan sumber manusia (HR department) di syarikat anda bagi mengetahui kadar bayaran yang akan diberi sepanjang tempoh cuti berkenaan itu berjalan sebelum anda membuat apa-apa perancangan bagi keluarga anda.

SUMBER

https://www.babycenter.com.my/a537568/maternity-leave-and-paternity-leave-in-malaysia

https://www.ajobthing.com/blog/maternity-leave-for-private-sector-employees-in-malaysia-60-days-or-90-days

http://www.chialee.com.my/knowledge-hub/6-legal-facts-about-maternity-protection-in-malaysia

Summary
Cuti bersalin: Berapa lamakah tempoh yang diperlukan?
Article Name
Cuti bersalin: Berapa lamakah tempoh yang diperlukan?
Description
CeriaSihat.com merupakan laman media gaya hidup sihat yang pertama dan terbesar di Malaysia. Kami menyampaikan maklumat yang relevan dalam bahasa yang senang dan tanpa jargon yang meletakkan kesihatan dalam konteks dalam kehidupan seharian.Kami membantu pembaca sedar bahawa kesihatan merupakan aspek yang seronok dalam kehidupan mereka dan memberi maklumat untuk menjaga kesihatan.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: