covid-19 memuncak april
Menurut who, kes coronavirus di malaysia mungkin memuncak pada pertengahan april

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jangka bilangan kes COVID-19 memuncak April di Malaysia dan terdapat tanda-tanda lengkungan penyebaran COVID-19 akan mendatar.

Malaysia mempunyai angka jangkitan yang tertinggi di Asia Tenggara dengan bilangan sebanyak 3,116 kes positif COVID-19. PKP juga dikuatkuasakan untuk membendung penularan virus tersebut.

Menurut maklumat yang tersedia, Pejabat WHO Negara telah membuat andaian bahawa Malaysia akan menyaksikan COVID-19 memuncak April dari segi kes hospitalisasi.

Bilangan pesakit yang kritikal dijangka akan mencecah kemuncak dalam minggu hadapan, namun andaian ini boleh berubah.

Terdapat petanda awal keleperan lengkungan penyebaran COVID-19, tetapi ia tidak mustahil untuk melantun semula sekiranya pendekatan kawalan dihentikan dan jika semua orang tidak meneruskan kaedah perlingdungan.

Maklumat mengenai jangkitan baru dan kaedah pemerhatian tambahan tidak mencadangkan penularan besar-besaran di Malaysia.

Sejak beberapa hari lalu, Malaysia telah meningkatkan jumlah ujian diagnostik dengan menguji lebih dari 7,000 orang sehari daripada jumlah sebelum ini, sebanyak 3,500 orang.

SUMBER

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672090/who-jangka-kes-covid-19-malaysia-memuncak-pertengahan-april

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/561590/covid-19-di-malaysia-memuncak-bulan-ini-who

Summary
Article Name
COVID-19 Dijangka Memuncak Dalam Bulan April
Description
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) jangka bilangan kes COVID-19 memuncak April di Malaysia dan terdapat tanda-tanda lengkungan penyebaran COVID-19 akan mendatar.
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: