Costochondritis
Costochondritis adalah keradangan tulang rawan di sangkar rusuk. Keadaan selalunya mempengaruhi tulang rawan di mana tulang rusuk bertembung

Costochondritis adalah keradangan tulang rawan di sangkar rusuk. Keadaan selalunya mempengaruhi tulang rawan di mana tulang rusuk bertembung dengan tulang dada atau sternum, bahagian yang dikenali sebagai penghubung costosternal atau penyambung costosternal.

Sakit dada disebabkan oleh costochondritis boleh jadi biasa atau serius. Kes biasa mungkin hanya menyebabkan sakit dada yang rasa padu apabila dipegang atau rasa sakit ketika anda menekan bahagian tulang rawan dada.

Kes serius mungkin menyebabkan rasa mencucuk pada anggota badan atau rasa sakit dada yang tak dapat ditahan yang boleh menganggu anda dan rasa sakit yang tidak hilang. Keadaan ini selalunya hilang selepas beberapa minggu, tetapi sesetengah keadaan memerlukan rawatan.

Simptom

Sakit dada yang berkaitan dengan costochondritis selalunya berlaku selepas bersenam, kecederaan kecil atau jangkitan pernafasan atas. Antara simptomnya seperti :

  • Sakit yang tajam di depan dada, berhampiran tulang dada dan tulang rusuk bertemu, iaitu pada bahagian kiri. Ia mungkin melarat sehingga ke belakang atau ke perut anda.
  • Rasa sakit apabila anda menarik nafas atau batuk. Ia jadi lebih baik apabila anda berhenti bergerak atau anda bernafas dengan lebih perlahan dan tenang
  • Rasa padu atau padat apabila anda menekan pada sendi rusuk. Jika anda tidak mempunyai keadaan ini, anda mungkin tidak mengalami costochondritis
  • Jika costochondritis berlaku disebabkan jangkitan selepas pembedahan, anda mungkin mengalami kemerahan, bengkak atau nanah terkeluar pada bahagian yang dibedah

Simptom kecemasan

Dapatkan rawatan doktor dengan segera / rawatan kecemasan :

  • Jika anda mengalami kesukaran untuk bernafas atau terasa sakit dada yang kuat.
  • Apabila anda mengalami sakit yang luar biasa dan melemahkan pada dada anda. Ia boleh menunjukkan keadaan yang serius seperti serangan jantung.
  • Secepat mungkin untuk mengurangkan kemungkinan komplikasi terutamanya jika terdapat sesuatu yang menyebabkan costochondritis.

Faktor Risiko

Costochondritis berlaku agak kerap di kalangan wanita dan seseorang yang berumur 40 tahun ke atas. Anda mungkin juga mempunyai risiko yang tinggi mengalami keadaan ini jika:

  • Terlibat dengan aktiviti yang memberikan impak yang tinggi
  • Melakukan buruh kasar
  • Mempunyai alergik dan sering terdedah pada gangguan

Risiko anda meningkat jika anda mempunyai keadaan seperti berikut:

Pengendalian berat yang salah boleh memberikan tekanan pada otot dada anda. Individu muda sepatutnya mengangkat sebarang beg berat dan beg galas dengan betul. Manakala orang dewasa yang melakukan buruh kasar perlulah berhati-hati.

Diagnosis

Diagnosis costochondritis adalah berdasarkan sejarah pesakit serta ujian fizikal. Ujian pengimejan dan ujian darah mungkin membantu menunjukkan sebarang punca serius yang menyebabkan sakit dada.

X-ray dada mungkin boleh digunakan untuk memeriksa pneumonia dan kanser. Pesakit dengan masalah jantung mungkin mengalami electrocardiogram (EKG).

Doktor mungkin akan mengambil darah anda jika demam dan tanda-tanda keradangan berlaku.

Rawatan Costochondritis & Rawatan di Rumah

– Rawatan di rumah

Rawatan daripada rumah ini mungkin memberikan kelegaan daripada costochondritis:

  • Ubat melegakan sakit yang dibeli daripada farmasi seperti ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs) seperti ibuprofen atau naproxen seperti yang diperlukan
  • Menggunakan haba atau ais untuk melegakan kesakitan
  • Mengelakkan sebarang senaman atau aktiviti yang membuatkan simptom semakin teruk; mengelakkan sukan yang memerlukan sentuhan anggota badan antara satu sama lain seperti terdapat perubahan baik pada simptom dan kemudian kembali kepada aktiviti biasa hanya sehingga pulih
  • Melakukan senaman regangan

– Ubat

Doktor anda mungkin mencadangkan ubat seperti berikut :

NSAIDs yang dipreskripkan dengan dos

  • Anestetik am dan suntikan steroid pada bahagian yang padat jika aktiviti biasa menjadi menyakitkan dan rasa sakit yang tidak hilang dengan ubat
  • Narcotics seperti hydrocodone/acetaminophen (Norco, Vicodin) atau oxycodone/acetaminophen (Percocet, Roxicet, Tylox) boleh digunakan untuk membantu rasa sakit yang teruk, tetapi dengan mana – mana narcotic, terdapat bahayanya yang membuatkan anda ketagih terhadapnya.
  • Steroid. Doktor anda akan memberikan suntikan corticosteroid pada sendi yang sakit tetapi ia mungkin menjadi pilihan terakhir selepas ikhtiar lain.
  • Anti depresan tricyclic atau anti depresan cyclic seperti amitriptyline boleh membantu melegakan kesakitan tetapi terdapat kesan sampingan jika anda mengambilnya, seperti berat badan menaik dan mengantuk
  • Ubat anti sawan, selalunya gabapentin (Neurontin), yang selalunya digunakan untuk merawat epilepsy tetapi ia juga mungkin membantu pada costochondritis
  • Jangkitan costochondritis (bakteria atau kulat) sepatutnya dirawat dengan antibiotik IV. Selepas itu, antibiotik mulut atau IV  perlu diteruskan pengambilannya untuk 2 hingga 3 minggu lagi. Anda mestilah berjumpa dengan doktor ketika pemulihan, dan kemudian setahun sekali.

– Pembedahan

Anda mungkin perlu menjalani pembedahan untuk membuang sakit rawan jika rawatan lain tidak membantu. Doktor anda akan mencadangkan anda pada seorang pakar bedah.

SUMBER

https://www.healthline.com/health/costochondritis#when-tosee-your-doctor

https://www.webmd.com/pain-management/costochondritis#3-6 https://www.medicinenet.com/chest

Summary
Costochondritis : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Article Name
Costochondritis : Simptom, Punca, Faktor Risiko, Diagnosis, Rawatan
Description
Costochondritis adalah keradangan tulang rawan di sangkar rusuk. Keadaan selalunya mempengaruhi tulang rawan di mana tulang rusuk bertembung
Publisher Name
Ceria Sihat
Tagged: